Rasai Keenakan Makanan Thai di Restoran Terra Pong di Hulu Langat, Diiringi Tasik yang Indah!
Nikmati makanan Thai yang lazat di Restoran Terra Pong, Hulu Langat, yang terletak di tepi tasik yang indah. Bunyi cengkerik, unggas sahut menyahut, dan deruan air yang sangat mendamaikan, ia sememangnya satu tempat yang istimewa untuk menjamu selera.
Restoran ini terletak di kawasan Hulu Langat, hanya sekitar satu jam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui Ampang. Untuk sampai ke sini, anda hanya perlu melalui Bukit Ampang dan terus menuju arah Hulu Langat. Restoran ini terletak di tepi jalan.
Umpama terapung di atas air
Seni binaan kayu yang menambahkan keunikan restoran ini. Malah di bawahnya ialah sebuah kolam, restoran ini umpama terapung di atas air, tambahan dengan hiasan air terjun mini, menjana suasana yang tenang dan damai.
Restoran ini sangat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk mengambil gambar. Dengan reka bentuk yang cantik dan pelbagai sudut yang tersedia, anda boleh mengambil gambar yang cantik dari pelbagai sudut.
Masakan Thai yang asli
Masakan yang disediakan di sini adalah mengikut resipi tradisional dari negara Thailand. Dihidangkan oleh chef berbangsa Thai yang berpengalaman. Masakan di sini sedap dan disukai ramai, malah bahan yang digunakan adalah bahan segar yang berkualiti tinggi.
Dari masakan berlauk sehingga masakan berunsurkan gorengan, mesti boleh memenuhi citarasa setiap orang. Seperti Siakap 3 rasa, sawi ikan masin, sup Ekor, green curry, butter Prawn, kerabu Mangga dan lain-lain.
Di sini juga terdapat beberapa akuarium yang menempatkan berbagai jenis ikan yang segar, siap untuk ditangkap dan dimasak mengikut citarasa pilihan anda.
?Lot 679, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor
⏰3pm - 10pm (hari biasa), 1pm -10pm (hujung minggu)
?019-894 6454
Anda mungkin suka: