Cendol Durian Runtuh, Tetaplah Ramai Orang Walaupun Sudah Berpindah Kawasan!
Cendol adalah pencuci mulut kegemaran semua kaum di Malaysia. Selain Malaysia, cendol juga boleh ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Myanmar.
Sekarang ini, dah ada banyak jenis cendol yang anda boleh jumpa tau. Ada cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang merah, cendol durian dan banyak lagi lah! Pilih je mana satu yang anda teringin nak rasa.
Antara cendol durian yang pernah viral dahulu adalah Cendol Durian Runtuh di Chow Kit. Boleh dikatakan setiap hari orang akan beratur semata-mata nak merasa keenakan cendol durian ini.
Apa taknya, pemiliknya sangat bermurah hati dengan durian di dalam cendol ini. Ada 6 ulas semuanya, dan besar-besar belaka. Siapa yang hantu durian pasti berpuas hati! Harga pun sangat berpatutan!
Ramai yang memuji keenakan cendol ini yang dikatakan cukup rasa, cukup lemak dan ditambah pula dengan durian yang sangat banyak menjadikannya lebih padu!
Bagaimanapun, jangan terkejut pula kalau anda tak jumpa kedai ini di Chow Kit kerana mereka sudah berpindah tempat di Startparc Point, Danau Kota. Tapi anda tak perlu risau, rasanya tetap sama macam di kawasan lama dahulu.
Dan yang paling best tentunya kedai ini tetaplah dibanjiri oleh pencinta cendol dan juga durian! Jadi, jika anda tercari-cari cendol durian yang sedap, apa kata anda bukak waze ke Cendol Durian Runtuh!
?Starparc Point, Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur
⏰ Jumaat - Ahad (12pm-3am), Isnin, Rabu, Khamis ( 12pm-12am)