download Jom Explore app
Loqsakri, Hidangkan Makanan Kampung Thailand, Sambil Menikmati Pemandangan Sawah Padi Di Kedah

Loqsakri, Hidangkan Makanan Kampung Thailand, Sambil Menikmati Pemandangan Sawah Padi Di Kedah

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 17 Jan 2023
Digital Editor

Loqsakri Agro Farm adalah tempat yang menyediakan makanan Thai. Jika anda merindui makanan Thai, anda boleh datang ke Loqsakri Agro Farm untuk menikmati makanan Thai tanpa perlu pergi jauh yang terdapat di Pendang, Kedah.

Keunikkan tempat ini adalah di hiasi dengan pemandangan sawah padi. Sambil anda makan boleh juga anda mengambil gambar, melihat suasana padi dan menenangkan fikiran dari kotaraya.

 

Loqsakri Agro Farm memerlukan tempahan awal kerana mereka menggunakan sistem pondok. Setiap pondok hanya untuk satu keluarga sahaja. Ini bermakna anda tidak akan berkumpul dengan keluarga lain. Anda boleh baring, tidur atau melakukan apa sahaja yang anda inginkan di dalam pondok tersebut. Kelebihan dari sistem ini adalah walaupun tempat ini popular, tetapi tidak ramai orang datang kerana perlu melakukan tempahan dahulu.

Loqsakri Agro Farm menawarkan hidangan khas ikan Miang Pla yang merupakan resepi asli dari Thailand. Ikan Miang Pla disajikan dengan udang bakar dalam buah kelapa yang hanya boleh didapati di Malaysia.

280633442_2323300304476003_560695619394660031_n

280624247_2323300324476001_4594844784750822492_n

Udang dibakar dengan kelapa yang manis, membuat rasa udang juga menjadi manis. Ini adalah pengalaman yang sangat enak. Hidangan ini juga disajikan dengan sos hijau yang ditentukan oleh Loqsakri Agro Farm, yang membuat rasa hidangan semakin terbaik.

Selain itu, disini juga mempunyai aktiviti yang boleh dilakukan adalah memancing, menunggang kuda dan bermain dengan haiwan seperti kucing dan arnab.

287616771_2348115128661187_112478538438989736_n

?K358, 06350 Pendang, Kedah

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok