
Mengantuk Di Tempat Kerja? Mungkin Terkena Food Coma!
Anda pasti pernah alami situasi seperti ini. Lepas makan tengah hari perasan tak badan kita terasa lesu, letih dan mengantuk? Mungkin anda bertanggapan bahawa kurang tidur tapi sebenarnya ia adalah fenomena 'food coma'.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), food coma secara saintifiknya dikenali dengan perasaan mengantuk selepas makan. Keadaan ini lebih kerap selepas menikmati had makanan berlebihan.
Photo from  SEENI
Lebih banyak individu itu mengambil kuantiti makanan berlebihan untuk metabolismanya. Peratus untuk terdedah kepada fenomena ini meningkat lebih tinggi.
Jika anda terasa malas selepas makan, ia bermaksud anda mengalammi masalah food coma.
Photo from  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Bagaimana dan Mengapa Boleh Berlakunya Fenomena Ini?
Photo from  Tempat Makan Best
Jawapan paling mudah ialah mengambil makanan yang banyak dengan kiraan kalori tinggi dan kandungan lemak tinggi. Ini akan mengaktifkan sistem saraf parasimpaetik (PNS).
PNS mengarahkan lebih banyak aliran darah ke organ pencernaan anda untuk membantu penghadaman. Kemudian, ia mengurangkan aliran darah ke otak membuatkan rasa letih serta lesu.
3 Faktor Menjadi Penyebab Food Coma
Photo from  The Patriots
Untuk pengetahuan umum, terdapat 3 punca mengapa food coma boleh berlaku terutama selepas makan tengah hari:
Perubahan Hormon
Photo from  Men's Health
Apabila kita makan, ia mencetuskan pembebasan beberapa hormon seperti insulin. Makanan berkarbohidrat tinggi menyebabkan lonjakan insulin mempengaruhi tahap tryptophan dan serotonin dalam otak.
Tryptophan akan muncul dahulu sebelum serotonin dan melatonin. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengawal tidur dan mood menyebabkan anda mengantuk.
Irama Sirkadian

Irama Sirkadian (Circadian) ialah proses semulajadi badan kita untuk menjaga proses tidur dan bangun. Ia juga boleh menyebabkan kita terasa mengantuk selepas makan.
Pada waktu tengah hari dan petang, tenaga kita akan berkurangan menyebabkan kurangnya berwaspada. Ini dikenali sebagai 'afternoon dip' menyebabkan rasa mengantuk selepas makan tengah hari
Photo from  Jawa Pos
Pelepasan Sitokin
Photo from  Nature's Superfoods
Sitokin bertanggungjawab untuk menjaga tindak balas keradangan. Ini menyumbang kepada rasa keletihan selepas makan. Sitokin boleh menjejaskan sistem saraf pusat dan meningkatkan rasa mengantuk.
Cara Terbaik Untuk Mengelak Daripada Terkena Food Coma
Photo from  Cerita Kulina
Jadi mesti anda pernah mengalami sekurangnya sekali rasa mengantuk melampau selepas siap makan. Perkara lebih menjengkelkan apabila terdapat beberapa tugasan mustahak perlu disiapkan.
Bagaimana cara terbaik untuk megelak daripada food coma? Baca seperti berikut:
Photo from  Sirap Limau
- Pilih makanan lebih kecil dan seimbang (protein, lemak sihat dan karbohidrat kompleks). Ini dapat kekalkan paras gula darah stabil dan mengelakkan sistem penghadaman berlebihan
 - Lakukan aktiviti fizikal ringan seperti jalan kaki selepas makan. Ini dapat tingkatkan peredaran dan penghadaman mengurangkan rasa lesu
 
Photo from  RS Pusat Pertamina
- Tidur yang secukupnya ialah kunci untuk segala-galanya! Badan yang berehat dengan baik dapat berfungsi dengan baik sepanjang hari
 - Kerap minum air membantu penghadaman dan mengelakkan makan secara berlebihan. Sekali gus mengurangkan fenomena food coma
 
Photo from  Sirap Limau
- Ambil masa untuk kunyah dan makan perlahan-lahan. Ia membantu kita untuk makan dihadam dengan baik serta elak terasa lesu
 
Justeru itu, semoga info ini bermanfaat terutama mereka yang berkerja dalam ofis. Selepas tengah hari je memang mengantuk!
Photo from  ACT Consulting
Mungkin korang suka:



