download Jom Explore app
4 Sebab Kenapa Anda Perlu Bawa Laifen MINI Masa Travel!

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Bawa Laifen MINI Masa Travel!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tidak dinafikan travel memang seronok! Tetapi yang tak seronoknya ialah memastikan rambut kita kelihatan on-point semasa dalam perjalanan kan? Rumit betul!

Nak mengharapkan hair dryer hotel memang menyedihkan dengan hampir semuanya tidak berfungsi langsung. Rambut kita layak mendapat layanan yang baik ibarat seorang puteri.

Walaupun kecil, ia tetap kuat!Photo from Laifen

Sebab tu, jom min kenalkan Laifen MINI Hair Dryer! Nampak je kecil, tapi jangan terpedaya. Ini dia penyelamat rambut anda masa travel!

Senang Untuk Dibawa Ke Mana-Mana Terutama Masa Travel!Photo from Laifen

1. Ringan & Senang Masuk Beg

Haa.. lebih ringan dari sebotol air mineral tau!Photo from Laifen

Korang tahu tak, packing beg travel tu satu seni! Lagi-lagi bila nak bawa macam-macam baju cantik. Hair dryer? Jangan risau, Laifen MINI ni hanya 299g je, ringan macam sebiji epal! Senang betul nak masuk dalam luggage.

Disebabkan ia ringan, mudahlah nak bawa dia ke mana manaPhoto from Laifen

Ia sangat ringan dan tidak akan mengambil banyak ruang dalam beg anda. Dah boleh rasanya buang hair dryer lama yang berat dan berbentuk pelik tu dan katakan ya kepada Laifen MINI jauh lebih bergaya!

Tak lupa juga, sama ada anda bercuti pada hujung minggu atau selama 2 minggu. Hair dryer ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja, menjadi peneman sempurna anda.

Berbanding Laifen SE, MINI 33% lebih kecilPhoto from Laifen

2. Takut Lambat Bersiap? Takpa, 5 Minit Sudah Cukup Untuk Rambut On Point!

Dengan kelajuan moto sehingga 110,000 RPM, Rambut anda pasti kering bawah 5 minitPhoto from Laifen

Siapa je nak buang masa dengan mengeringkan rambut selamanya, sepatutnya anda pergi terokai dunia kan? Sebab itu Laifen MINI hadir dengan motor berkuasa sehingga 110,000 RPM mampu mengeluarkan kelajuan angin 19m/s.

Kelajuan itu akan membuatkan anda sudah bersiap sedia dalam masa yang lebih singkat. Risau rambut panjang anda lambat kering? Tidak perlu kerana akan kering sepenuhnya dalam masa 5 minit.

Tak kisah pendek atau panjang rambut anda, Laifen MINI pasti mengeringkannyaPhoto from Laifen

Inginkan gaya rambut bob pendek yang tengah trend tu? Dalam masa 2-3 minit sudah siap! 

Selain itu, sepanjang hari anda tidak perlu risau akan rambut menjadi buruk kerana 200 juta ion negatif berfungsi untuk pastikan rambut anda berkilat, lembut, bebas kerinting dan sehalus kain sutera.

3. Jangan Risau, Pasang Mode Paling Berkuasa Pun Masih Senyap

Laifen MINI cukup senyap, seperti ia berbisik dengan rambut andaPhoto from Laifen

Bagi mereka yang sering menggunakan hair dryer pasti ketahui perkara paling annoying adalah bunyi. Bising betul!

Cuba bayangkan pukul 6 pagi, anda tengah bersiap untuk melakukan aktiviti. Tetapi anda sedang berkongsi bilik dan ingin keringkan rambut anda.

Nak siapkan rambut pada lewat malam atau awal pagi pun takpa, tiada siapa akan dengarPhoto from Laifen

Anda pasti tidak ingin kejutkan rakan anda dengan bunyi bising dari hair dryer kan? Sebab itu Laifen MINI hanya mengeluarkan bunyi serendah 61dB yang sangat senyap. Seperti ia berbisik kepada rambut membolehkan anda bersiap seawal pagi atau lewat malam tanpa mengganggu sesiapa pun selepas ini.

4. Ada 4 Tetapan Suhu, 2 Kelajuan Angin Sesuai Untuk Rambut Anda

Tak Kisah Rambut Anda Bagaimana, Laifen MINI Sesuai Untuk Semuanya!Photo from Laifen

Tak kisah rambut anda lurus, kerinting, tebal atau halus. Laifen MINI sesuai untuk semua jenis rambut dengan 4 tetapan suhu serta 2 kelajuan angin. Ini membolehkan anda selaraskan Laifen MINI dengan rambut untuk menghasilkan rupa sempurna. Anda suka angin laju atau rendah, yang pasti rambut anda dilindungi!

Paling best, ada juga mod kanak-kanak! Kalau ada anak yang rambutnya halus. Boleh guna mod ni untuk keringkan rambut diorang tanpa risau merosakkan akar rambut.

Memang perfect untuk satu family!

Mod Baru Kanak-Kanak Memastikan Angin Dikeluarkan Sesuai Untuk Rambut Halus MerekaPhoto from Laifen

Siapa Kata Travel Tak Boleh Ada Rambut Cantik? Dengan Laifen MINI Semuanya Boleh!

4 Warna Comel Untuk Anda Pilih!Photo from Laifen

Nampak gayanya anda seperti perlukan Laifen MINI untuk memastikan rambut sentiasa kelihatan cantik waktu travel nanti kan?

Boleh nampak betapa praktikalnya Laifen MINI ni untuk travel kan? Yang paling menarik, ada 4 pilihan warna comel iaitu Jungle Green, Glacier Blue, Coral Pink dan White.

Nak Keringkan Encik Bulus Pun Tiada Masalah,  Laifen MINI mampu menolong!Photo from Laifen

Siap datang sekali dengan beg simpanan dan muncung udara magnetik untuk mudah simpan dan senang cari.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan Laifen MINI dengan harga serendah RM459 je! Klik link ini sekarang:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok

Lifestyle