download Jom Explore app
Tahukah Anda, 5 Muzium Tertua Dunia Ini Masih Beroperasi?!

Tahukah Anda, 5 Muzium Tertua Dunia Ini Masih Beroperasi?!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Semakin ramai generasi muda mula menghabiskan hujung minggu dengan mengunjungi Muzium. Selain daripada mengambil gambar, mereka juga dapat mempelajari serba sedikit tentang sejarah negara.

Menurut International Council of Museums, "Muzium ialah sebuah institusi yang tidak mencari keuntungan, kekal dalam perkhidmatan masyarakat. Fungsinya untuk menyelidik, mengumpul, memulihara, mentafsir dan mempamerkan warisan,"

Bila kali terakhir anda ke Muzium Negara?Photo from Muzium Negara

Dalam kata mudah, segala objek yang dipamerkan di Muzium Negara mempunyai kepentingan dapat kita pelajari. Selain daripada objek, ada versi yang pamer koleksi peribadi yang digunakan oleh penyelidik serta pakar.

Kalau di Malaysia, Muzium Negara akan menjadi pilihan utama betul? Siap dibina pada tahun seterusnya. Jika lihat pada umurnya tidak terlalu tua macam kita sangkakan.

Semakin ramai pasangan muda berdating ke Muzium, sangat bagus!Photo from X | raafikaziz

Oleh itu, apakah muzium tertua di dunia yang masih beroperasi sehingga hari ini?

Kunstkamera, Rusia (1714)

Digelarkan 'Muzium paling seram' oleh beberapa pengunjungPhoto from Kunstkamera

Ditubuhkan oleh Peter the Great pada tahun 1714 menjadi muzium tertua di Rusia. Ia mempamerkan koleksi Peter yang pelbagai. Contohnya seperti alam semula jadi, antropologi, etnografi, anatomi dan spesimen jarang ditemui.

Antara pameran dipaparkan oleh muzium iniPhoto from Kunstkamera

Pengunjung dapat melihat sifat ingin tahu Peter begitu tinggi dalam bab pengetahuan serta penerokaan. Antara pamerna menarik ialah koleksi janin cacat dalam balang. Menunjukkan pemahaman tentang perkembangan manusia.

Peter the Great ialah Maharaja Rusia Yang PertamaPhoto from CNS News

Ashmolean, Inggeris (1683)

Antara yang tertua di negara Inggeris menyimpan pelbagai koleksi budaya Mesir purbaPhoto from Redwan Halim

Menjadi pemegang pengiktirafan muzium universiti pertama di dunia. Institusi ini mempamerkan pelbagai pameran seni serta artifak dari Mesir purba sehingga zaman moden.

Pengungjung boleh melihat pelbagai koleksi mumia Mesir, arca Yunani dan pelbagai karya seni terkenal. Contohnya, Turner, Van Gogh, Picasso.

Antara pameran yang ada menunjukkan Maharaja Pertama Rom, Maharaja Augustus CaesarPhoto from Cristian

Segala koleksi terawal Ashmolean disumbangkan oleh Elias Ashmole, seorang polymath dan antiquarian.

Seterusnya, institusi ini pernah ditutup untuk tujuan renovasi beberapa tahun yang lalu. Ini kerana mereka telah menyediakan galeri baru memfokuskan pada budaya Mesir dan Nubia.

Antara galeri Mesir yang ada di muzium iniPhoto from MICA Archtiects

Galeri Uffizi, Itali (1581)

Antara muzium paling popular di dunia tau! Setiap kali ke Eropah wajib ke siniPhoto from Conde Nast Traveler

Dibina pada 1581 menjadi bukti era Renaissance yang berkembang pesat di Florence, Itali.

Di sini menempatkan segala koleksi seni Renaissance Itali yang luas untuk pengunjung lihat. Anda dapat menghayati karya agung daripada Botticelli, Leonardo da Vinci dan Michelangelo.

Antara pameran hasil seni MichelangeloPhoto from Uffizi Gallery

Uffizi menjadi tempat wajib untuk kunjungi bagi pencinta seni di seluruh dunia. Selain itu, menjadi antara muzium paling penting dan banyak dikunjungi di Itali.

Pembinaan Uffizi telah dimulakan oleh Giorgio Vasari pada tahun 1560 dan dibuka kepada pelawat sejak abad keenam belas. Menjadi muzium secara rasmi pada tahun 1865.

Jika ada seorang pencinta seni sudah pasti teringin nak ke sini kan?Photo from The New York Times

Muzium Vatican, Vatican City - 1506

Muzium Vatican juga menjadi pusat perlancongan di ItaliPhoto from Vatican city

Dibina pada 1506 apabile Paus Julius II ingin mempamerkan koleksi peribadinya. Hari ini bangunan ini mempamerkan pelbagai karya terkenal seperti siling Sistine Michelangelo dan Sekolah Athens Raphael.

Sehubungan dengan itu, bangunan ini dikatakan menyimpan 70,000 karya. 20,000 dipamerkan dan terdapat 40 jabatan pentadbiran, pemulihan dan ilmu yang berbeza. Tambahan pula, ada 24 galeri secara keseluruhan.

Terdapat 70,000 karya disimpan di sini, lukisannya sudah pasti anda pernah lihat tanpa sedarPhoto from Vatican City

Muzium Capitoline, Itali - 1471

Dibina di atas bukit masih kukuh sehinga hari iniPhoto from Lonely Planet

Berdiri megah di bandar bersejarah, Rom. Muzium Capitoline diasaskan pada tahun 1471 dan dibina di atas Bukit Capitoline. Untuk menjawab persoalan pada permulaan artikel, bangunan ini ialah muzium paling tua di dalam dunia tau.

Bangunnan ini menyimpan pelbagai koleksi seni dan artifak budaya Rom. Contohnya patung Capitoline Wolf dan Maharaja Marcus Aurelius.

Antara arca paling penting, Maharaja Marcus Aurelius menaiki kudaPhoto from Turismo Roma

Sejarahnya bermula pada tahun 1471, Paus Sixtus IV menyumbangkan koleksi gangsa kuno kepada penduduk Rom. Kemudian, koleksi tersebut telah berkembang termasuk banyak patung Rom purba, inskripsi dan atrifak era lain.

Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1734 di bawah Clement XII.

Jika anda seorang peminat sejarah Rom, memang wajib ke sin!Photo from Through Eternity Tours

Kalau Di Malaysia, Muzium Apa Paling Tua Di Negara Kita?

Kalau di negara kita, Muzium ini paling tua tauPhoto from Taiping

Muzium Perak di bandar Taiping dibina pada tahun 1883 menjadi yang paling tua di negara kita tau! Selain itu juga merupakan yang pertama pulak tu.

Mempunyai seni bina cukup unik yang menggabungkan pengaruh seni bangunan orang 'Moor' di India dengan seni bina 'neo-classical' dan 'victorian' orang Eropah.

Antara pameran menarik yang ada di muzium iniPhoto from Muzium Perak

Idea untuk membina dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British Ketiga di Perak pada waktu itu. Hugh merasakan perlunya menubuhkan di Tanah Melayu untuk dijadikan pusat penyelidikan serta pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara.

Bukan itu sahaja, tujuannya juga untuk memahami serta mengkaji budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan.

Mari kita meriahkan Muzium supaya dapat mempelajari budaya negara kitaPhoto from Prince Malay

Oleh itu, hujung minggu nanti apa kata singgah ke bandar Taiping bagi melihat bangunan bersejarah ini pula.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok