download Jom Explore app
Kenapa Amerika Syarikat Ada ‘Syarikat’ Di Namanya Eh?!

Kenapa Amerika Syarikat Ada ‘Syarikat’ Di Namanya Eh?!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 02 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Pernah tak anda terfikir mengapa nama negara dipanggil sebegitu berbeza dengan nama asalnya tersebut? Contohnya seperti Amerika Syarikat, di mana syarikatnya?

Menurut Worldometer, terdapat 195 buah negara di bumi hari ini. Sebanyak 193 negara merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Manakala 2 negara adalah pemerhati bukan ahli: Palestin dan Holy See (Vatican City).

Ada 195 buah negara dalam dunia, anda boleh namakan semuanya tak?Photo from Wikipedia

Oleh demikian rupa sudah tentu kita mempunyai pelbagai kata nama bagi merujuk sesebuah negara betul? Kebanyakannya datang daripada sejarah, nama dan secara tidak sengaja cara sebutan masyarakat setempat.

Jadi, untuk menjawab persoalan kita, ini merupakan beberapa penjelasan mengapa negara ini dinamakan sebegitu rupa.

Mengapa negara Amerika Syarikat diberikan nama sebegitu?Photo from Utusan Malaysia

Amerika Syarikat

Negara Amerika merupakan gabungan 50 negeri bersekutu sama seperti kitaPhoto from Addis Tribune

USA membawa maksud United States of America. Jika kita terjemahkan secara terus, ia akan menjadi 'Negeri Bersatu atau Bersekutu Amerika' betul? Tetapi kenapa kita panggilnya, Amerika-Syarikat?

Katanya asal penggunaan perkataan 'syarikat' datang daripada perkataan 'sarekat' yang dipopularkan oleh penubuhan Sarekat Dagang Islam di Indonesia.

Jadi sepatutnya namanya disebut sebagai Amerika Bersekutu kan?Photo from Wikipedia

Sarekat berasal daripada perkataan Arab, 'Sharikat' bermaksud persatuan, pertubuhan dan pakatan. Ia digunakan untuk menggambarkan sebarang bentuk kerjasama beberapa pihak.

Oleh itu Indonesia menterjemahkan nama negara ini sebagai 'Amerika Serikat'. Untuk bahasa melayu pula, diubah menjadi Amerika Syarikat.

Disebabkan sebutan Indonesia, kita juga memanggilnya sebagai Amerika SyarikatPhoto from Wikipedia

Belanda - Netherland Atau Holland

 Belanda pula mempunyai banyak sangat nama dan terkenal dengan orang gemar berbasikalPhoto from Reddit

Selain Amerika Syarikat, Belanda juga mengalami situasi lebih kurang sama. Nama rasminya ialah Kingdom of Netherland.

Holland dirujuk sebagai dua wilayah dalamnya, Noord-Holand dan Zuid-Holland. Selepas dijajah oleh Perancis pada tahun 1775, ia berubah menjadi Republik Batavia.

Empayar Belanda yang datang ke kepulauan Melayu dipanggil 'Balanda' kerana kulit merekaPhoto from Daily Sabah

Nama Belanda dikatakan berasal daripada perkataan 'Balanda' yang membawa maksud orang kulit putih datang ke kepulauan Melayu.

Selain itu, Ulama Melayu pada tahun 1650 bersetuju untuk menggelarkan kumpulan orang putih datang ke kepulauan Melayu sebagai 'belahnde'. Maksud perkataan ini ialah 'keluarga'

Kemboja Atau Kampuchea - Cambodia

Kalau Kemboja pula dari mana datangnya nama tersebut?Photo from Britannica

Dalam bahasa melayu kita masih memanggil negara Cambodia sebagai Kemboja. Nama ini berasal daripada nama lama wilayah ditubuhkan oleh pengasas kerajaan 'Kambuja' yang diambil daripada Bahasa Sanskrit.

Namun negara ini mengubah nama secara rasmi pada tahun 1979 menjadi 'People's Republic of Kampuchea' sehingga tahun 1989. Ini dilakukan untuk melupakan zaman gelap dibawah pemerintahan Khmer Rouge.

Akhir sekali, kerajaan mereka bersetuju untuk menggunakan nama Cambodia sebagai nama rasmi.

Kemboja merujuk kepada empayar lama yang memerintah negara iniPhoto from Britannica

Jepun - Japan Atau Nihon

Jepun pula terkenal sebagai negara matahari terbit seperti gambar iniPhoto from The Japan Times

Untuk pengetahuan umum nama negara Jepun berbeza daripada nama kita sebutkan. Nama sebenarnya ialah gabungan dua huruf kanji iaitu 'Ni' dan 'Hon'.

Bila digabungkan ia disebut sebagai 'Nihon', membawa maksud 'the sun's origin' atau negara matahari terbit.

Seorang pengembara, Marco Polo memanggil nama negara ini sebagai Cipangu. Ini berdasarkan nama diberikan oleh masyarakat China. Apabila pedagang Portugis datang ke Melaka dan perasan orang tempatan memanggilnya sebagai 'Jippang'.

Menariknya, orang Belanda menggelarkan Jepun sebagai 'Yatpun'. Kerana dialek mereka akan sebut huruf Y seperti huruf J. Maka Yatpun disebut sebagai Ja-pan.

Oleh itu jangan pelik mengapa ada yang menyebut Jepun sebagai NihonPhoto from mainichi

Mesir - Egypt

Bagaimana dengan negara Mesir, dari mana datangnya nama merekaPhoto from National Geographic

Nama negara ini datang daripada nama sebenarnya iaitu Jumhuriyyat Misr al-Arabiyyah. Maka secara rasminya dalam bahasa Melayu disingkatkan kepada Mesir.

Maksud perkataan ialah pinggiran dan berasal daripada perkataan 'misru'. Namun dari mana datang nama Egypt?

Ia dipercayai orang Mesir merujuk negara mereka sebagai 'Hwt-ka-Ptah' sempena Ptah, tuhan purba mereka. Selepas ditakluk oleh masyarakat Yunani.

Pencatat sejarah mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan tersebut. Jadi mereka menukarnya kepada 'Aegyptus' bagi memudahkan sebutan. Ia diberikan sempena nama Raja Mesir yang memerintah ketika itu.

Nama negara Mesir terhasil daripada sejarahnya yang kayaPhoto from Expedia

Maghribi - Morocco

Nama Maghribi juga mengalami situasi sama seperti MesirPhoto from The National

Sebuah negara yang terletak di bawah Sepanyol, Maghribi mengalami situasi sama seperti Mesir.

Ia diambil sempena nama asal negara iaitu Al-Mamlakah al-Maghribiyyah. Maksudnya ialah 'Kingdom of the West'. Tetapi bagaimana boleh diubah menjadi Morocco?

Ia merupakan terjemahan perkataan Bahasa Inggeris kepada perkataan Sepanyol 'Marruceos'. Ia merujuk kepada ibu negara tempat mereka berdagang, Marrakesh.

Untuk memudahkan ejaan dalam bahasa Inggeris, mereka mengubah ejaan menjadi apa yang kita lihat pada hari ini.

Marrakesh sangat terkenal dan menjadi destinasi wajib di MaghribiPhoto from Much Better

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok