download Jom Explore app
Kenapa Orang Iban Percaya Tak Boleh Cederakan Buaya?

Kenapa Orang Iban Percaya Tak Boleh Cederakan Buaya?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 06 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tular beberapa hari lalu seekor buaya telah dijumpai di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Walaupun sudah berjaya ditangkap masih ramai dinasihatkan berhati-hati apabila berada di kawasan tersebut.

Namun begitu masyarakat Iban masih memandang rasa hormat yang mendalam terhadap haiwan ini sehingga tiada seorang pun daripada kaum terbesar Sarawak itu membunuhnya.

Masyarakat Iban percaya buaya ialah keluarga merekaPhoto from Universiti Sains Islam Malaysia

Walaupun ia mengganas di penempatan penduduk. Ini kerana mereka percaya haiwan ini ialah saudara mara mereka yang sudah meninggal dunia dan berubah menjadi haiwan tersebut kata Ipoi Datan, seorang pakar arkeologi.

Persoalannya bagaimana boleh timbulnya perasaan hormat begitu mendalam?

Habitat buaya di negara kita bukanlah asing, malah ada taman buaya lagi di MelakaPhoto from Sinar Harian

Orang Iban Percaya Terdapat Tuhan Yang Menjadi Penunggu Buaya

Orang Iban percaya terdapat Tuhan yang menjaga serta menjadi penungguPhoto from Lawat Kenyalang

Ipoi Datan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam menyelidik Majlis Adat Istiadat Orang Iban. Katanya, "kepercayaan tradisional berkenaan buaya dipengaruhi oleh Ribai, tuhan sungai yang juga penunggu buaya.

Secara tradisinya masyarakat Iban tinggal di kawasan perairan Borneo. Mereka lihat sungai sebagai talian hayat yang berikan mereka makan, pengangkutan dan sebagainya. Untuk memastikan laluan air ini selamat, mereka beri penghormatan kepada Ribai.

Kalau Cederakan Buaya, Mereka Ada Kuasa Untuk Balas Dendam!

Ia dipercayai reptilia ini boleh membalas dendam menjadi antara kisah mitos popular orang IbanPhoto from Berita Harian

Tambahan pula, orang iban percaya jika mereka cederakan buaya walau apa sebab sekalipun. Reptilia ini ada kuasa untuk membalas dendam.

Menariknya terdapat cerita rakyat yang menceritakan kisah tentang seorang lelaki yang bawa keluarganya tinggal jauh dari sungai. Lelaki tersebut buat sebegitu kerana telah melakukan sesuatu kepada buaya supaya tidak boleh membalas dendam.

Contoh budaya orang Iban, rumah panjang tradisionalPhoto from Malaysia Borneo Travel

Ipoi berkata, lelaki tersebut percaya di atas gunung mereka tidak akan diganggu oleh reptilia ini. Nak dijadikan cerita, rumahnya diserang oleh angin terlalu kuat sehingga satu objek berat disimpan di loteng menimpa anaknya yang sedang tidur.

Apabila keluarga melihat objek tersebut. Mereka dapati ia adalah sebuah dram diselaputi dengan kulit buaya!

Kisah mitos dan lagenda menjadi cara budaya diceritakan kepada generasi mudaPhoto from Sarawak Tourism Board

Cara Masyarakat Iban Lakukan Untuk Elak Diserang Buaya

Masyarakat Iban ada banyak cara untuk elak diserang oleh buayaPhoto from Masyarakat Iban

Ipoi turut berkongsi bagaimana masyarakat Iban lakukan untuk elak diserang oleh reptilia ini. Katanya, "mereka akan ikat daun daripada pokok jenis pudding di bot ketika melakukan perjalanan di sungai.

Daun ini menjadi isyarat kepada buaya yang orang dalam bot tidak berniat untuk mencederakan mereka. Tambahan pula, mereka juga akan membuat tatu pelbagai motif seperti mata kail di bahagian betis untuk mengelak daripada diserang.

Mereka percaya tatu ini mempunyai kuasa khas boleh menghalang daripada diserang," kata Ipoi.

Contohnya seperti tatu yang mempunyai banyak simbol dan maksudPhoto from Bernama

Ada Pantang Larang Terutama Jangan Keluar Pada Waktu Malam

Pantang larang membuatkan mereka boleh melindung diri daripada diserangPhoto from Story of an Iban

Selain itu, Ipoi berkata, "Jangan ada rutin dengan pergi ke sungai pada waktu sama, tempat sama setiap hari. Tidak kisah untuk mandi, ambil air atau basuh baju sekalipun. Elakkan keluar menangkap ikan pada waktu malam,"

Sehubungan dengan itu Ipoi turut berkata elak ke sungai sebelum jam 6 pagi dan selepas 5 petang. Ini kerana pada waktu itu buaya aktif sedang memburu makanan.

Monyet menjadi antara makanan kegemaran haiwan ini sering turun ke sungai pada awal pagi. Kadang kala manusia diserang kerana disalah anggap ialah monyet.

Ipoi turut berkata, "jumlah individu diserang selalunya berlaku kerana menangkap ikan pada waktu malam. Mangsa pula ialah pekerja warga asing yang ingin menambah sumber makanan dengan menangkap ikan,"

Masih banyak kes buaya serang berlaku di SarawakPhoto from KKday

Setiap Kepercayaan Ialah Unik Dan Perlu Kita Hormati

Oleh itu, ingat jaga diri baik-baik dan hormati haiwan inI!Photo from Benar News

Walaupun majoriti generasi muda hari ini semakin lupa akan tradisi dan budaya lama. Ini tidak bermakna kita tidak perlu mengambil berat serta menghormati kepercayaan seperti ini.

Apa yang kita boleh lakukan ialah menghormati apa yang diceritakan dan ambil apa yang jernih daripada kisah tersebut.

Mungkin korang situ:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok