download Jom Explore app
Kenapa Aiskrim Farm Fresh Menjadi Buruan Ramai?!

Kenapa Aiskrim Farm Fresh Menjadi Buruan Ramai?!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 12 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Terkenal dengan produk tenusu yang menjadi kegemaran warga tempatan. Farm Fresh telah mengeluarkan produk baru yang membuatkan ramai orang jadi 'gila' untuk mencubanya.

Di bawah jenama Cream Hauz, Farm Fresh telah menghasilkan produk aiskrim batang yang sering kita lihat di kedai runcit. Hadir dalam dua perisa iaitu vanila atau coklat disalut dengan lapisan kacang tanah.

Menerusi perkongisan gambar ini, ramai netizen jadi gilaPhoto from FB | Cuti-Cuti Kaki Travel

Harganya dikatakan dijual sekitar RM2.90 sehingga RM4.00 bergantung pada lokasi serta kedai.

Tular Di Media Sosial, Netizen Pantas Ingin Mengetahui

Terdapat 2 perisa, vanila dan coklat, anda suka mana satu?Photo from FB | Cuti-Cuti Kaki Travel

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh netizen di media sosial telah menyebabkan aiskrim ini tular. Dalam gambar tersebut, kita dapat lihat bahawa ia kelihatan seperti aiskrim mewah seperti jenama luar negara.

Disebabkan itu dengan pantas netizen mula bertanya menerusi ruangan komen setelah melihat produk terbaru Farm Fresh. Rata-rata meluahkan rasa ingin mencuba kerana kelihatan sangat menyelerakan.

Namun begitu, aiskrim ini masih belum boleh didapatkan secara meluas. Apa yang min dapati melalui kajian ialah anda perlu membeli menerusi agen atau penjual luar.

Buat masa ini produk ini tidak terjual secara besar-besaranPhoto from Salam Gerik

"Luar Crunchy, Dalam Pulak Lembut Sangat," - Netizen

Luarnya rangup dan dalamnya lembut dengan rasa tidak terlalu manis menurut netizenPhoto from FB | Cuti-Cuti Kaki Travel

Menurut segelintir orang yang pernah mencubanya menyatakan bahawa Farm Fresh berjaya menghasilkan ais krim sedap! "bahagian luar crunchy, dalam pulak lembut dan rasanya tidak terlalu manis," ujar netizen.

Tambahan pula, aiskrim ini merupakan hasil kerjasama antara 2 jenama tempatan. Farm Fresh berganding bahu bersama Inside Scoop bagi menjayakan produk ini.

Kedai mereka di UPM juga menjual ais krim tetapi dalam konPhoto from SPE UPM

Pernah Dilekeh Kerana Menjual Susu Di Pasar Malam, Ini Kisah Farm Fresh

Boss Susu bersama Pengasas Farm Fresh Loi Tuan Ee berkerjasama untuk menjayakan bisnes iniPhoto from SPE UPM

Jika anda seorang yang penggemar produk tenusu daripada jenama tempatan ini sudah tentu anda kenal Ketua Pegawai Operasi (COO), Azmi Zainal. Atau lebih mesra dikenali sebagai 'Boss Susu'.

Beliau bersama pengasas Farm Fresh iaitu Loi Tuan Ee mulakan bisnes secara kecil-kecilan sahaja. Asalnya mereka dapatkan stok susu segar daripada 60 ekor lembu dan membeli daripada penternak.

"Kami hantar susu itu naik bas ekspress kerana tiada lori yang sudi untuk menghantar 10-20 kotak ke Kuala Lumpur. Saya tunggu bas ekspres di Petronas Sungai Besi dan kami juga jual di kedai kecil sebelum masuk ke supermarket.

Bila petang, saya sendiri jual di pasar malam dan pasar tani. Kami dapat rasa kepayahan dan perit untuk meneruskan bisnes ini. Bukan sahaja air mata mengalir, maruah juga diinjak-injak," jelas Azmi.

Ternyata usaha mereka bukan sia-sia, boss susu dikenali ramai di media sosialPhoto from Info Rakyat

Usaha Ternyata Berhasil, Farm Fresh Tersenarai Di Bursa Saham Malaysia

Anda boleh pergi ke kedai mereka di UPM, Serdang untuk menikmati gelato Photo from IG | farmfreshupm

Sedikit demi sedikit lama-lama jadilah bukit. Usaha Azmi dan Loi ternyata berhasil apabila Farm Fresh tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak tahun Mac 2022.

Syarikat ini kini bernilai RM2.5 bilion telah menghasilkan pelbagai jenis produk tenusu yang berjaya menarik pembeli warga tempatan. Tak lupa juga, mereka telah meluaskan operasi sehingga ke luar negara.

Oleh itu tidak terkejut mengapa hanya sekeping gambar aiskrim mereka berjaya membuatkan ramai netizen berlumba untuk mencubanya!

Rasanya berbeza sedikit tetapi tetap sedap!Photo from Bella Chong

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok