download Jom Explore app
The New York Times Sanjung Kesedapan Ramly Burger?!

The New York Times Sanjung Kesedapan Ramly Burger?!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 06 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menjadi pilihan warga tempatan untuk menghilangkan rasa lapar pada waktu malam. Ramly Burger cukup sinonim dalam hidup kita, namun siapa sangka ia juga berjaya mencuri hati warga Amerika Syarikat.

Berdasarkan laporan Yahoo News, sebuah kedai makan bernama Kampar di Philadelphia menghidangkan Ramly Burger. Restoran ini turut terkenal bukan sahaja kerana burger, malah menghidangkan makanan Malaysia.

Siapa sangka Ramly Burger menjadi kegemaran di Amerika Syarikat?Photo from Che Nom

Perkara ini telah mencuri perhatian antara penerbit berpengaruh di dunia, The New York Times. Walaupun baru enam bulan sahaja dibuka, Kampar menerima pujian dalam sebuah artikel menampilkan Ramly Burger sebagai tarikan utama.

"Burger Adalah Potret Amerika Syarikat," - The New York Times

Burger moden dipercayai dicipta di AmerikaPhoto from Nyonya Cooking

Dalam artikel yang berjudul, 'The Burger Is a Portrait of America'. Ia berkongsi kisah bagaimana kebanyakan makanan Amerika telah berkembang.

"Makanan ini boleh didatangkan dengan bahan budaya yang menjadikan negara seperti ini. Tradisi tempatan, inspirasi dari orang luar, kreativiti, buah pisang, gochujang dan lebih banyak kejut.

Berikut ialah 11 variasi yang menggambarkan masa ini - potensi yang tidak terhad boleh dilakukan dengan hidangan bernama burger." ujar penerbit tersebut.

Daripada 11 variasi yang diceritakan, salah satunya ialah Ramly Burger dari Kampar di Philadelphia. Sudah tentu kita terasa bangga betul?

Kampar, sebuah restoran di Philadelphia dikatakan menjual Ramly Burger paling sedap di Amerika!Photo from Kampar Restaurant

Orang Amerika Terkejut, Burger Ramly Ialah Makanan Malaysia

Pemilik Kampar menerangkan kepada pelanggan, Ramly Burger ialah makanan MalaysiaPhoto from Neil Santos

Ange Branca, chef dan pemilik Kampar berkongsi pendapat dalam artiket tersebut. Katanya, "Burger moden mungkin berasl dari Amerika Syarikat. Tetapi sama besar sensasi di Malaysia.

Di negara kita peniaga jalanan bertanding untuk menghasilkan versi burger Ramly terbaik. Ia merupakan ciptaan tempatan patty berbalut telur bersama kubis yang dicincang.

Pernciptanya yang dikreditkan ialah Ramly bin Mokni mula menjual burger halal kepada vendor Malaysia pada 1970-an," Selain itu, Branca mula menawarkan makanan ini semasa pandemik Covid-19 dan terjual dengan baik.

"Ada beberapa pelanggan persoalkan mengapa ada burger dalam menu? Kerana mereka mengharapkan saya menghasilkan makanan Malaysia lebih klasik," tambah Branca. Lalu memberitahu kepada pelanggannya, ini ialah makanan Malaysia.

George Motz, pakar burger turut mengatakan Ramly Burger mempunyai rasa unik berbanding variasi burger lainPhoto from Fly Fm

Walaupun Dijual Di Luar Negara, Rasa Malaysia Tidak Dilupakan

Walaupun dijual di luar negara, kampar masih menghasilkan dengan rasa Malaysia untuk dinikmatiPhoto from IG | kamparphilly

Menurut perkongsian di Instagram restoran Kampar, mereka menggangap sebagai satu pencapaian hebat apabila makanan mereka diakui oleh The New York Times.

"Kami telah menerima banyak maklum balas positif tentang Burger Ramly kami daripada peminat. Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan dunia!

Terima kasih kepada rakan kongsi yang membantu kami menghasilkan burger yang sedap. Daging kami segar dan tidak dibekukan daripada penjual daging halal tempatan dan untuk melihat nama kami di New York Times hanya 6 bulan selepas membuka ialah satu keistimewaan.

Sila sertai kami dalam meraikannya dengan memesan Burger Ramly lain kali anda masuk ke restoran kami," ujar Kampar.

Diperbuat daripada daging halal, memang best betul dapat rasa kanPhoto from IG | kamparphilly

Burger Ramly Dilahirkan Dari Usaha Orang Tempatan

Dicipta oleh usaha orang tempatan yang bernama RamlyPhoto from Vulcan Post

Walaupun kita gemar makan Burger Ramly sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini beberapa fakta mengenai siapa disebalik nama makanan terkenal ini.

  • Ramly bersama Isterinya memulakan perniagaan ini dari rumah mereka pada tahun 1978.
  • Beliau perasan permintaan terhadap makanan buatan bumiputera sangat rendah dan mula mendapat idea untuk menjual daging burger halal
  • Pada awalnya rakyat Malaysia kurang gemar menikmati burger ciptaannya. Kemudian, beliau membuka gerai burger berhampiran Chow Kit dan mula menjual burger dengan mengubah rasa mengikut cita rasa tempatan
  • Selepas itu permintaan mereka meningkat sehingga menjadi salah satu makanan kegemaran orang tempatan

Kita patut berbangga burger kita dilihat antara yang sedap di mata duniaPhoto from Philadelphia Magazine

Justeru itu, sudah tentu kita berbangga melihat di luar negara pun makanan Malaysia menjadi kegemaran ramai.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok