Lelaki Kurus Habiskan Hidangan Gergasi Sebesar 8 KG!
Cuba bayangkan anda diberi cabaran untuk menghabiskan hidangan nasi salted butter chicken seberat 8 Kg. Rasanya anda berjaya tak makan seorang?
Tular di aplikasi TikTok, Zermatt Neo ialah seorang competitive eater dan pempengaruh daripada Singapura. Dia mula terkenal pada 2016 dengan menghabiskan hidangan nasi seberat 4 kg.
Photo from IG | Jibril SS15
Ibarat anda makan 10 pinggan nasi dan seekor ayam secara keseluruhan. Menariknya, Zermatt berjaya makan dalam masa 29 minit sahaja.
Dalam video tersebut, Zermatt sedang menikmati hidangan nasi salted butter chicken di restoran Jibril. Hidangan tersebut telah menarik perhatian ramai netizen kerana seberat 8 Kg tau! Cukup untuk makan 4-6 orang.
"Bro Tak Muak Ke Makan Banyak Tu?" - Netizen
Photo from IG | Jibril SS15
Zermatt telah berkunjung ke sebuah restoran cukup terkenal bagi peminat butter chicken. Terletak di SS15, Subang Jaya, Selangor, Jibril memang pakar dalam menghasilkan hidangan ini.
Dalam video yang dikongsikan oleh Zermatt. Dia memesan satu pinggan besar nasi bersama ayam, udang dan lobster masak mentega.
Perkara yang membuatkan ramai netizen terpukau ialah saiz hidangan tersebut. "nasi sahaja sudah seberat 4 kilogram (kg)" ujar Zermatt. Lalu beliau mula makan dengan menikmati ayam terlebih dahulu.
Photo from Wiki Sg
Walaupun Banyak, Zermatt Puji Makanan Sedap!
Photo from IG | Jibril SS15
Ketika menikmati hidangan tersebut, Zermatt teruja kerana ia dimasak dengan baik dan mengakui ia sedap. Malah dia sempat memuji lauk ayam dan udang dimasak begitu baik sekali.
Oleh itu tidak hairanlah untuk melihat seorang competitive eater berjaya menghabiskan makanan gergasi ini dengan sendiri. Malah, licin pulak tu! Tiada sebutir nasi pun dibazirkan, cukup hebat.
"8 kg cabaran makan 'Salted Butter Chicken' di Jibril SS15, Malaysia! Ini cabaran makanan paling berkrim pernah saya lakukan.
Dua suapan awal sangat sedap namun tekstur berlemak terasa seperti saya dilanggar dinding," ujar Zermatt.
"Untunglah Metabolisma Tinggi," Ujar Netizen
Photo from Zermatt Neo
Video yang tular mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen Malaysia. Maklumlah majoriti antaranya teruja melihat seorang individu berjaya menghabiskan hidangan gerasi ini.
Kebanyakan soalan bertanya Zermatt tidak terasa muak ke ketika menghabiskannya? Ada juga yang pelik bagaimana dia berjaya melakukan cabaran tersebut tanpa sebarang masalah.
Selain itu, segelintir netizen mengatakan terasa kenyang melihat beliau makan. Tambahan pula, ada juga menyatakan kerana metabolisma tinggi, Zermatt boleh makan tanpa risau tentang berat badan naik.
Photo from IG | Jibril SS15
Sebelum Ini Viral Kerana Nasi Kandar RM300 Sepinggan
Photo from Focus Malaysia
Jika anda seorang pengemar content seperti yang dilakukan oleh Zermatt. Anda tahu bahawa dia pernah viral sebelum ini kerana menghabiskan sepinggan nasi kandar yang berharga RM300 di Pulau Pinang.
Menurut laman Facebook restoran Nasi Kandar Sulaiman, "RM300 rekod baru hidangan paling mahal di restoran ini,"
Menerusi gambar tersebut Zermatt dilihat menikmat hidangan seperti kepala ikan, sotong, udang, telur rebus, telur sotong dan ayam goreng. Beliau juga sempat memberikan 'thumbs up' sebelum menghabiskan makanan tersebut.
Photo from Citizens Journal
Dalam masa dua jam, warga Singapura ini berjaya menghabiskan hidangan tanpa sebarang masalah. Pemilik kedai berkata, "dia stabil, lepas minum air sedikit dia terasa kuat semula dan alhamdulilah, dia suka Nasi Kandar Sulaiman," ujarnya.
Justeru itu, adakah anda sanggup sahut cabaran seperti ini? Atau akan pengsan cuba menghabiskannya?
Photo from CNA-Lifestyle
Mungkin korang suka: