download Jom Explore app
Ohh Nak Masak Ayam Bawang Mamak Senang Rupanya!

Ohh Nak Masak Ayam Bawang Mamak Senang Rupanya!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 30 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kalau anda ke restoran nasi kandar kegemaran lauk apa wajib menjadi pilihan? Kalau tanya min, sudah semestinya ayam bawang yang terkenal dengan rasa manis dan pedasnya.

Menjadi padanan yang sempurna bersama nasi putih atau briyani. Patutlah orang sanggup beratur sampai berjam-jam terutama di beberapa kedai mamak popular.

Pedas, manis dan secukup rasa! Memang sedap makan bersama nasi putihPhoto from Resepi Limau Nipis

Tetapi min penat sangat asyik kena beratur panjang semata-mata untuk makan ayam bawang. Haa.. nasib baik ada seorang peniaga yang muat naik satu video di TikTok tular dalam kalangan peminat nasi kandar.

Peniaga yang dikenali sebagai Pak Man berkongsi resipi bagaimana untuk menghasilkan ayam bawang di rumah. Rupa-rupanya senang sahaja, berikut ialah resipinya.

Bahan-Bahan Yang Anda Perlukan Untuk Menghasilkan Ayam Goreng Bawang Surr!

Pastikan anda sedakan semua bahan terlebih dahulu sebelum masakPhoto from Pngtree

Untuk memudahkan anda masak, min bahagikan bahan mengikut jenis supaya proses penyediaan tidak begitu rumit.

Kisar Halus:

  •  biji bawang merah besar
  •  biji bawang merah kecil
  •  ulas bawang putih
  •  inci halia

Ayam Goreng:

  • 1 kilo ayam
  •  sudu kecil garam & serbuk kunyit

Rupanya ada bahan rahsia digunakan yang membuatkan ramai orang beratur tauPhoto from Ajinomoto Malaysia

Bahan Tambahan:

  • biji bawang merah besar
  • 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 5 biji pelaga, 3 cengkih)
  • sehelai daun pandan
  • serbuk cili
  • serbuk kari daging
  • jintan manis
  • serbuk jintan putih dan garam masala
  • sos tomato dan sos tiram
  • Sedikit air
  • Garam (mengikut rasa)
  • Serbuk perasa (tambah jika perlu)
  • gula merah
  • daun ketumbar

Selain ayam bawang apa lagi lauk kegemaran nasi kandar anda?Photo from Che Nom

Cara Untuk Masak, Senang Sahaja Ikut Di Bawah

Bila bahan semua dah disediakan, proses masak senang sahajaPhoto from BukaReview

Pastikan semua bahan yang min tulis tu anda sediakan terlebih dahulu bagi memudahkan proses memasak. Baiklah ini cara untuk masak:

  • Pertama ambil 10 ulas bawang, hiris nipis dan gaul bersama tepung jagung
  • Biarkan minyak panas dalam kuali dan goreng bawang itu. Pastikan ia garing baru boleh angkat dan letak ketepi dahulu
  • Ambil daun kari, daun pandan dan empat sekawan tadi. Tumis dalam minyak panas yang baru kita guna tadi
  • Masukkan bahan kisar pula iaitu bawang putih, besar, halia, sedikit air dan kisar sehingga halus
  • Selesai kisar, masukkan ke dalam kuali tadi
  • Tambah serbuk cili, rempah daging  lebih kurang tiga senduk, serbuk jintan putih, jintan manis dan kacau sehingga betul-betul pecah minyak
  • Masukkan sos cili, tiram dan mengikut Pak Man, letak gula merah untuk kasir surr
  • Gaulkan semua bahan tersebut dan tambah air sedikit sahaja. Tips dia jangan bagi berkuah sangat, biar pekat sedikit barulah sedap macam di kedai
  • Seterusnya masukkan bahan perasa lain mengikut rasa anda
  • Bila dah gaul sehingga sebati, gaul ayam sehingga sebati dengan kuah tadi
  • Akhir sekali, taburkan bawang goreng tadi dan hiaskan bersama hirisan daun sup dan daun bawang

Lepas ni tak perlulah anda beratur panjang macamni, boleh makan sahaja di rumahPhoto from Utusan

Haa.. siap pun lauk nasi kandar anda! Lepas ni tak perlulah anda nak susah payah beratur panjang terutama makan tengah hari nanti. Sehubungan dengan itu, lauk ayam bawang lebih sedap jika ia pekat dan tidak cair.

Bila terlalu cair, rasa bawang dan rempah tidak akan naik. Ia boleh menyebabkan pengalaman makan anda jadi tawar. Oleh itu semoga bermanfaat!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok