download Jom Explore app
5 Fakta Tentang Puteri Keempat Keluarga Kerabat Pahang

5 Fakta Tentang Puteri Keempat Keluarga Kerabat Pahang

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 23 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menjadi tumpuan ramai semalam Tengku Puteri Afzan Aminah selamat bergelar isteri kepada FD Idzham FD Iskandar.

Pasangan mempelai diraja ini dinikahkan oleh Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim. Beliau diperkenankan oleh Sultan Pahang untuk menjadi wakil rasmi Baginda.

Wah cantik dan kacak, memang cucuk sungguh dua pasangan iniPhoto from IG | House of Pahang

Tengku Puteri Afzan memang terkenal dengan sifat merendah diri dalam keluarga kerabat Pahang. Beliau turut disayangi oleh rakyat Malaysia juga mempunyai wajah jelita dengan senyuman manis.

Oleh itu, ini 5 fakta tentang Puteri Pahang yang keempat. Baca sampai habis tau!

Jom kenali fakta menarik tentang Tengku Afzan Aminah!Photo from Nona

Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Pengurusan Dan Perakaunan

Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda tauPhoto from IG | House of Pahang

Untuk pengetahuan umum, Tengku Puteri Afzan Aminah dan pasangan kembarnya merupakan graduan universti di United Kingdom tau! Beliau menuntut pelajaran di Royal Holloway University.

Puteri kelahiran Pahang ini turut memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengurusan dan Perakaunan. Tengku Puteri Afzan turut menghabiskan pelajarannya pada tahun 2022.

Royal Holloway University merupakan antara Universiti terbaik di kota LondonPhoto from The Guardian

Merupakan Kembar Kepada Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah

Kembar yang diputera dan puterikan di Kuantan, PahangPhoto from IG | t.aimshah

Tadi min ada sebut bahawa Tengku Puteri Afzan Aminah ialah mempunyai kembar kan? Haa.. kembarnya bernama Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah yang merupakan Tengku Panglima Perang Leftenan Pahang pulak tu.

Kedua-dua diputerakan dan diputerikan pada tanggal 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Tengku Puteri Afzan Aminah Ialah Puteri Keempat Sultan Pahang

Tengku Puteri Afzan Aminah merupakan Puteri Keempat kepada Sultan PahangPhoto from Glam

Selain itu, beliau merupakan anakanda kesembilan daripada 10 orang adik-beradik. Tuan Puteri merupakan puteri keempat daripada lima orang puteri Sultan Pahang.

Semuanya memiliki senyuman manis dan rupa sungguh jelita!

Sebelum Ini Tular Kerana Jelingan Tajam Dan Manja!

Jelingan yang menjadi viral di kalangan netizenPhoto from Hype MY

Sekitar tahun 2019, Tuan Puteri pernah tular di media sosial kerana memiliki jelingan sangat tajam! Namun ia juga kelihatan manja pulak tu.

Ramai warga netizen mengatakan jelingan ini persis seperti ayahandanya. Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sehubungan dengan itu, Tengku Puteri juga membalas komen netizen yang berkongsi gambarnya.

Ternyata Tengku Puteri Afzan Aminah mempunyai senyuman manisPhoto from IG | House of Pahang

"Saya pandai senyum pun bukan pandai jeling je," ujar Tuan Puteri. Ia merupakan salah satu kenangan antara Tuan Puteri bersama warga tempatan yang menjadi kenangan manis.

Siapakah Pujaan Hati Tuan Puteri Yang Bernama FD Idzham Ini?

Beliau juga merupakan pemain ragbi!Photo from Iluminasi

Haa.. mesti anda semua teringin nak tahu siapakah jejaka yang berjaya menangi hati Tuan Puteri ini betul? FD Idzham ialah seorang usahawan muda yang dilahirkan dalam keluarga pakar dalam dunia perniagaan.

Beliau merupakan anak kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Zakaria. Bapanya merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Glomac Berhad.

Kini memegang jawatan penting dalam syarikat Glomac BerhadPhoto from FD Izham

FD Idzham banyak melibatkan diri dalam pelbagai sektor seperti hartanah dan runcit. Kini memegang jawatan sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad.

Bukan itu sahaja, FD Idzham juga merupakan pemain untuk kelab ragbi tau yang bernama Saracens F.C. di London, England. Tambahan pula beliau merupakan graduan Imperial College Business School dan memegang Sarjana Sains-Inovasi, Keusahawanan & Pengurusan.

Memang cucuk sungguh, kelihatan manis bersama!Photo from IG | House of Pahang

Nampaknya betul kata pepatah Melayu, bagai pinang dibelah dua untuk dua mempelai ini kan?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok