download Jom Explore app
5 Artis Popular Yang Mendapat Gelaran Ibu Pada Tahun 2022,Bukan Neelofa Dan Mira Filzah Sahaja

5 Artis Popular Yang Mendapat Gelaran Ibu Pada Tahun 2022,Bukan Neelofa Dan Mira Filzah Sahaja

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 03 Jan 2023
Digital Editor

Saat yang paling berharga dalam diri setiap isteri adalah ketika melahirkan penghuni rahim pertama mereka. Tambah pula ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup mereka apabila dianugerahkan cahaya mata hasil daripada perkahwinan bersama suami tercinta.

Jadi, mari kita lihat 5 artis wanita yang popular bergelar ibu pada tahun 2022.

? Neelofa


View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Pelakon Wanita, Neelofa dan suami, PU Riz (Haris Ismail) dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari 2022. Muhammad Bilal merupakan nama yang telah dipilih oleh mereka dan sehingga sekarang mereka masih merahsiakan wajah Bilal. Neelofa  sah bergelar isteri kepada Pu Riz dengan sekali lafaz pada 27 Mac2021

? Mira Filzah

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan pada 9 Syawal, 10 Mei 2022. Mira dan suaminya, Emir dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Wan Khai Amir bin Wan Emir. Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada September 2020.

? Ernie Zakri


View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri


Popular dengan lagu Ku Bersuara, penyanyi Ernie Zakri selamat melahirkan seorang anak perempuan bernama Nur Kawla Soleha. Kawla dilahirkan pada 22 Febuari 2022 pada jam 10.14 pagi. Pasangan duet popular, Ernie dan Syamel dijabkabulkan sebagai suami isteri sengan sekali lafaz pada hari jumaat, 26 Mac 2021.

? Uyaina Arshad


View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)


Uyaina dan pasanganya, Syahiran dikurniakan cahaya mata sulung pada 8 September secara Ceasar. Mereka menamakan anak mereka dengan nama Raja Urhan bin Raja Syahiran yang memberi maksud pemimpin yang hebat. Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada disember tahun lalu. Semoga dengan kurniaan cahaya mata sulung mereka dapat memeriahkan lagi keluarga mereka,

? Elisya Sandha


Menantu kepada selebriti Sheila Rusly, Elisya Sandha dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq. Bunga dilahirkan secara Ceasar pada 18 Julai 2022. Elisya berkahwin dengan anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada bulan Ogos tahun lalu.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok