Masih Ramai Tak Tahu Kecantikan Di Labuan Bajo Tau
Kalau bercuti ke Indonesia sudah semestinya ramai akan ke Bali, Lombok dan Jakarta. Tak mungkin ada yang berani nak pergi melihat wilayah lain yang juga menarik seperti Labuan Bajo.
Mungkin ini kali pertama anda mendengar nama tempat ini, tidak mengapa. Kerana masih ramai majoriti kaki travel menganggap Labuan Bajo sebagai destinasi underrated di Indonesia.
Photo from The World Travel Guy
Secara amnya, Labuan Bajo ialah ibu kota bagi daerah Manggarai Barat. Ia juga satu daripada lapan daerah di bawah pentadbiran utama Flores, di wilayah Nusa Tenggara sebelah timur Indonesia.
Jika anda melihat gambar yang disertakan, anda mungkin terkejut bahawa ia terletak di negara jiran kita sahaja.
Photo from mStar
Sehubungan dengan itu, seorang netizen berkongsi bernama Intan berkongsi pengalaman bercuti di sini. Katanya bajet RM3,000 sudah cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik tau.
"Teringin Nak Bercuti Secara Do-It-Yourself" - Intan
Photo from mStar
Kata Intan, dia dan dua rakannya telah banyak melakukan kajian sebelum melakukan trip ini. Dia bersama rakannya ingin melakukan trip secara Do-It-Yourself (DIY) ke Labuan Bajo.
"Kecuali sailing, kami ambil dengan ejen. Memadangkan kami mahu merasai pengalaman berlayar di atas kapal untuk 3 hari 2 malam. Bajet kami habiskan sekitar RM3,000 kerana tiada direct flight ke Labuan Bajo.
Photo from IG | labuanbajo_trip
Kami perlu transit di Bali," kata Intan.
Tip Yang Dikongsikan Untuk Bercuti Ke Labuan Bajo
Photo from IG | labuanbajo_trip
Selain itu, Intan berkongsi pengalaman dan tip ringkas tau. Ini untuk membantu dan menjadikan panduan bagi anda yang teringin untuk bercuti serta meneroka Labuan Bajo.
Tip dikongsikan ialah seperti berikut:
Photo from FB | Pakej Percutian
- Sangat seronok dapat lakukan aktiviti snorkeling tengah laut bergelora. Kami dapat menyaksikan manta ray depan mata dan jangan risau kerana setiap pelancong diberikan jaket keselamatan. Pakej ini turut merangkumi aktiviti fin swimming.
- Hiking Padar Island mengambil masa sekitar 45 minit. Ia sangat berbaloi apabila tiba di puncak kerana kecantikannya sukar untuk digambarkan. Kami tidak berhenti memuji persekitaran suasana.
- Kami bermalam di Loccal Collection Hotel. Hotel ini mengambil inspirasi konsep di Santorini, Greece. Memang cantik betul dapat menikmati pemandangan kapal-kapal di laut berlatarbelakangan matahari terbenam.
- Untuk ke Labuan Bajo, anda perlu cari ejen menawarkan penginapan 3 hari 2 malam dan merasai pengalaman bermalam di atas kapal. Seeloknya cari houseboat yang tawar private trip untuk keselesaan.
Photo from IG | labuanbajo_trip
Semua bayaran sudah termasuk makanan dikira sekali dalam pakej. Jangan risau kerana kesemua makanan ialah halal dan telah tersedia khidmat fotografi untuk bergambar.
Seterusnya, WiFi pun ada di sini bagi memudahkan anda update media sosial. Jika teringin nak ke Komodo Island, anda perlu membayar tiket berasingan.
Labuan Bajo Boleh Buat Anda Terjatuh Cinta!
Photo from Sudirman
Selain Intan, seorang penulis bernama Sudirman turut menyatakan dia telah terjatuh cinta dengan Labuan Bajo. Katanya, "tidak sibuk dan sesak seperti di Bali. Malah jauh lebih tenang dan mendamaikan.
Ia adalah syurga tersembunyi di Timur Indonesia. Memang sesuai dengan jolokannya, rantau ini dinamakan sebagai salah satu destinasi 'Lonely Planet's Best Value Destinations'." katanya.
Photo from harian metro
Selain daripada melawat Taman Nasional Komodo. Anda juga boleh ke Bukit Cinta, Puncak Amelia dan Puncak Silvia untuk menikmati langit senja yang dapat menghilangkan segala masalah dalam diri anda.
Haa.. bagaimana tertarik tak untuk ke Labuan Bajo? Apa kata anda tempah tiket penerbangan sekarang!
Mungkin korang suka: