download Jom Explore app
Lebih 140 Orang Alami Keracunan Makanan Sebab ‘Unagi’

Lebih 140 Orang Alami Keracunan Makanan Sebab ‘Unagi’

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 31 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Makanan istimewa musim panas yang popular di Jepun iaitu Belut panggang telah menyebabkan lebih 140 orang mengalami keracunan makanan. Insiden ini berlaku di sebuah gedung serbaneka yang terkenal.

Menurut Shinji Kaneko dari Keikyu Department Store berkata, "kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang telah membeli bento box (kotak makan) tengah hari mengandungi belut mengalami muntah dan cirit-birit.

Unagi menjadi kegemaran orang Jepun waktu musim panas menjadi punca insiden iniPhoto from Umami Bites

Kami juga mengucapkan takziah kepada pelanggan wanita berusia 90-an yang telah meninggal dunia akibat insiden ini," memberitahu sambil menunduk serendah-rendahnya.

Lebih menakutkan, kes sama turut berlaku di Singapura pada 31 Julai 2024. Seramai 60 orang dilaporkan mengalami gejala sakit perut dan muntah selepas makan di kantin syarikat.

Mengapa kes keracunan makan meningkat semenja dua ini?Photo from National-Geographic

Persoalannya mengapa kes keracunan makanan meningkat semenjak dua ini? Apakah perkara boleh anda lakukan untuk menghindarkan diri daripada mengalami kes sama yang juga boleh meragut nyawa anda.

1,300 Kes Keracunan Makanan Dilaporkan Di Negara Tahun Ini Sahaja

Tahun ini sahaja kita dapat lihat lebih daripada 1,000 kes keracunan makananPhoto from CDC

Tahukah anda tahun ini (2024) sahaja kes yang dilaporkan dalam anggaran 1,200 hingga 1,300 menurut National Poison Centre (NPC). Perkara yang merisaukan ialah majoriti kes melibatkan kanak-kanak berumur bawah 4 tahun.

Menurut ketua ahli farmasi NPC, Sulastri Samsudin berkata, "Data tahunan kami pada 2023 menunjukkan jumlah panggilan keracunan meningkat daripada 2,913 kepada 3,153 bagi bagi tahun 2023.

Tambahan pula berdasarkan data 2024, lima negeri dengan jumlah laporan tertinggi adalah Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Kedah.

Bagaimana Nak Tahu Simpton Keracunan Makanan?

Berikut ialah gambaran simpton keracunanPhoto from KKM

Sehubungan dengan insiden ini, masih ramai tidak peka akan ancaman kes sebegini pada kehidupan seharian kita. Menurut Healthline, kes ini berpunca daripada makanan tercemar, rosak dan toksik.

Cara untuk mengetahui simpton pertama ialah seperti berikut:

  • sakit perut
  • cirit-birit
  • loya dan muntah
  • hilang selera makan
  • demam ringan

Perlu diingatkan kes ini boleh mengancam nyawa jika:

  • Lebih dari 3 hari anda cirit-birit
  • demam tinggi daripada 38.9ºC
  • Dehidrasi teruk (mulut kering, tiada pengeluaran air kencing, sukar minum air)
  • kencing berdarah

Jika simpton anda semakin teruk, sila bawa diri ke hospitalPhoto from KLCC Projeks Sdn Bhd

Andai kata anda sedang menghadapi simpton seperti ini, anda perlu pergi ke hospital dengan kadar segera.

Healthline turut berkata, insiden ini boleh berlaku anggaran kasar antara 30 minit sehingga 8 minggu bergantung pada sumber jangkitan. Namun kebanyakan kes akan sembuh dalam masa 1 minggu.

Punca Menyebabkan Makanan Jadi Berbahaya

Gambaran ilustrasi bakteria dalam makanan Photo from Ceriasihat

Majoriti makanan jadi berbahaya boleh dikesan kepada salah satu daripada 3 punca utama:

  • Bakteria
  • Parasit
  • Virus

Patogen ini boleh hidup dalam semua jenis makanan yang kita nikmati. Walau bagaimanapun, haba daripada proses memasak dapat membunuh patogen sebelum makanan sampai ke pinggan kita.

Makanan yang tidak dimasak dengan betul menjadi rumah idaman untuk bakteriaPhoto from BukaReview

Ini bermakna makanan mentah ialah sumber utama untuk insiden seperti ini berlaku kerana tidak melalui proses memasak. Selain itu, makanan tercemar atau bercampur juga boleh menyebabkan anda sakit.

Antara makanan yang sering tercemar ialah:

  • Daging
  • Telur
  • Sumber tenusu
  • Air

Air yang tercemar juga sangat berbahayaPhoto from FMT

Apa Patut Anda Lakukan Untuk Elak Daripada Terkena Insiden Seperti Ini?

Cara terbaik untuk elak terkena insiden sama, sediakan makanan anda sendiriPhoto from RASA

Antara cara terbaik menurut Healthline ialah dengan menyediakan makanan anda sendiri dapat mengelakkan sebarang makanan tidak selamat.

Kerana sesetengah makanan lebih cenderung untuk tercemar melalui cara dihasilkan dan disediakan. Contohnya:

  • Daging
  • Ayam/Itik
  • Telur
  • Makanan laut (kerang, ketam)

4 jenis makanan ini boleh menyebabkan keracunan makanan jika dimakan secara mentah atau tidak dimasak dengan betul. Selain itu jika makan dengan tangan dan persekitaran kotor bercampur dengan makanan juga menjadi punca.

Makanan mentah yang tidak dihasilkan dengan baik sangat berbahayaPhoto from akurasushi

Tambahan pula berikut ialah makanan yang biasa dilaporkan kes keracunan makanan:

  • Sushi dan produk ikan dihidangkan mentah atau kurang masak
  • Daging tidak masak dengan betul
  • Daging lembu kisar yang bercampur dengan daging haiwan lain
  • Susu, keju dan jus yang tidak dipasteurisasi
  • Buah, sayur mentah tidak dibasuh dengan betul

Jangan lupa untuk pantau persekitaran kedai makan itu juga, kotor atau bersihPhoto from TripSavvy

Justeru itu sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda lakukan perkara berikut:

  • Basuh tangan dengan betul sebelum masak atau makan
  • Pastikan makanan anda disimpan dan ditutup dengan betul
  • Masak daging dengan telur dengan teliti
  • Bersihkan permukaan, perkakasan yang bersentuhan dengan makanan mentah sebelum menggunakannya untuk menyediakan makanan lain
  • Cuci buah dan sayur sepenuhnya sebelum hidang

Basuh tangan dengan betul ialah langkah terbaik untuk lindung diriPhoto from KKM

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok