download Jom Explore app
Akibat Terlalu Pedas Mi Segera Ini Diharamkan

Akibat Terlalu Pedas Mi Segera Ini Diharamkan

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 13 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menurut laporan dari BBC International, Denmark telah menarik balik beberapa produk mi segera pedas dari Korea Selatan. Jenama Samyang yang terkenal dengan tahap kepedasan tinggi berisiko menimbulkan masalah kesihatan.

Tindakan drastik ini diambil setelah pihak berkuasa menggangap makanan tersebut terlalu pedas. Untuk lidah pengguna di negara Nordic. Sehubungan dengan itu, tiga varian yang ditarik ialah seperti berikut:

Mi Segera Samyang 3x pedas yang diharamkan untuk penjualan di DenmarkPhoto from Reddit

  • Buldak 3x Spicy & Hot Chicken
  • Buldak 2x Spicy & Hot Chicken
  • Hot Chicken Stew

Menurut Agensi Kawalan Makanan dan Veterinar Denmark, mereka mengeluarkan amaran keras minggu ini. Ditegaskan bahawa tahap capsaicin dalam produk tersebut terlalu tinggi sehingga menimbulkan risiko kesihatan terutama pada kanak-kanak.

Mi segera Samyang sangat terkenal dengan rasa pedasPhoto from Shopee

Buat Pertama Kali Produk Samyang Kena Tarik

Buat kali pertama produk Samyang ditarik balik *Gambar sekadar hiasan*Photo from Swap Language

Samyang merupakan antara jenama pengeluar mi segera terkenal dari Korea Selatan. Majoriti produknya boleh didapati di seluruh negara kita setelah popularitinya meletup dek kerana memiliki rasa sungguh pedas.

Menurut Samyang, mereka menyatakan bahawa penarikan balik bukan disebabkan oleh masalah kualiti. Tetapi kerana kepedasan yang melampau. Tambahan pula, mereka menyebut ini kali pertama produk ditarik balik atas sebab terlalu pedas.

Produk Samyang terkenal sehingga artis kpop turut gemar makanPhoto from creatrip

Sebelum ini, produk mereka dieskport ke seluruh dunia tanpa menghadapi sebarang isu seperti ini. Mereka ingin menyemak peraturan tempatan Denmark dan ambil tindakan sesuai susuli kes ini.

Tak Semua Orang Boleh Makan Pedas

Tak semua orang boleh makan pedas dan kita perlu faham benda itu!Photo from Bobo

Seterusnya pihak berkuasa Denmark turut menasihati pengguna yang masih memiliki produk ini disarankan untuk buang atau kembalikan semula ke kedai dibeli. Kejadian ini turut mencetuskan perbincangan hangat dalam media sosial.

Ramai orang melakukan spekulasi bahawa orang Nordic tidak boleh makan makanan pedas serta mengandungi capsaicin tinggi. Capsaicin ialah sebatian kimia dalam cili yang berikan rasa pedih pedas apabila dimakan.

Capsaicin dalam mi segera itu yang hasilkan rasa pedas ituPhoto from I am a food blog

Sejak tahun 1960-an lagi Samyang mula menghasilkan mi pedas mereka yang membuatkan jenama itu popular di pelbagai negara.

Ramai Netizen Terkejut Mendengar Kes Ini

Contoh makanan orang Denmark yang tidak kelihatan pedas langsungPhoto from scandinavianstandard

Penarikan semula produk Samyang bukan sahaja mengejutkan di negara sana malah turut seluruh dunia. Bagi penggemar makanan pedas perkara seperti ini tidak masuk akal.

Namun, ini menunjukkan keprihatinan pihak berkuasa Denmark untuk memastikan keselamatan makanan bagi penduduk. Terutama apabila sesuatu makanan tersebut boleh memberi kesan buruk pada kesihatan.

Kes ini turut membuka mata tentang kepentingan keselamatan makanan. Tidak semua makanan sesuai dan apa yang tidak pedas bagi kita, mungkin kelihatan pedas bagi individu yang lain.

Pihak berkuasa Denmark ambil berat tentang risiko makanan kepada penduduk Photo from Life in Norway

Apa Keburukan Makanan Pedas Pada Kesihatan Kita?

Makanan pedas sangat bahaya untuk mereka yang perut sensitifPhoto from Jovee

Majoriti warga tempatan memang gemar makan makanan pedas. Dari siang sehingga ke malam kita sudah biasa menikmati makanan pedas seperti nasi lemak, kari, asam pedas sebagai contoh.

Walau bagaimanapun makanan pedas boleh memberi kesan buruk pada kesihatan melalui kimia Capsaicin itu. Bahan ini boleh merangsangkan dinding perut kita, sekaligus memberi signal kepada otak terdapat 'kebakaran'.

Kemudian otak kita akan melepaskan endorfin untuk melegakan rasa sakit. Bagi mereka yang mempunyai perut sensitif, bahan ini boleh menyebabkan sakit perut kronik dan cirit-birit yang teruk

Nasi lemak juga terkenal dengan sambal pedas. Boleh makan tapi kena berpada-padaPhoto from Wikipedias

.

Jika dibiarkan korang boleh merosakkan perut tanpa sedar tau. Justeru itu, tiada masalah makan pedas cuma kena berhati-hati.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok