download Jom Explore app
Akibat Tercucuk Udang, Lelaki Hampir Hilang Tangan!

Akibat Tercucuk Udang, Lelaki Hampir Hilang Tangan!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 01 Jul 2024
Digital Editor

Dianggap sebagai rutin harian bertukar tragedi sukar dilupakan. Seorang lelaki menghadapi situasi cemas apabila jari bertukar hitam setelah siap menyiang bahan mentah seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.

Menyiang adalah proses yang biasa dilakukan oleh semua orang setelah selesai pergi ke pasar. Proses ini bukanlah rumit tetapi perlu ditegaskan bahawa kita perlu juga berhati-hati.

Udang memang sedap untuk di makan tapi kena lebih berhati-hati lepas niPhoto from Che Nom

Terutama pada haiwan yang mempunyai tulang atau bentuk badan keras serta tajam. Contohnya seperti udang! Bahagian ini boleh mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan kita tau.

Seperti mana berlaku pada seorang lelaki ini. Beliau berdepan dengan situasi cemas yang boleh menyebabkan keseluruhan tangan hilang begitu sahaja. Apa yang telah berlaku?

Rutiin harian menyiang udang bertukar tragedi untuk lelaki niPhoto from Motherhood

Tercucuk Udang, Terkena Jangkitan Kuman Berbahaya

Lelaki dikatakan terkena jangkitan kuman setelah jari terluka tercucuk udangPhoto from Prevention

Menurut laman Public Health Malaysia (PHM), lelaki tersebut menceritakan beliau mengalami luka pada jarinya ketika menyiang udang. Ia difahamkan bahawa perkara ini bukan kali pertama berlaku.

Malah banyak kali pernah tercucuk serta berdarah sedikit sahaja. Lalu, dia meneruskan tugasan tanpa sebarang masalah. Namun detik cemas berubah pada keesokan harinya apabila dia mengalami demam.

Lebih menakutkan, jarinya mula bengkak dan bertukar menjadi warna hitam gelap. Perasaan panik mula menyelebungi diri maka beliau bergegas ke jabatan kecemasan di hospital berdekatan.

Beliau juga menghadapi simpton seperti demam panas dan jari mula bengkakPhoto from Halodoc

Pemeriksaan mendapat lelaki ini telah menghidap jangkitan kuman yang berbahaya iaitu Necrotizing Fascitis. Kuman ini telah makan daging hujung jari mangsa menyebabkan ia bertukar menjadi warna hitam.

Pembedahan Segera Untuk Selamatkan Mangsa

Tindakan pantas dilakukan oleh doktor untuk selamatkan mangsaPhoto from Hospital UiTM

Setelah mendapati jangkitan kuman telah berlaku. Pihak hospital ambil keputusan untuk lakukan pembedahan segera bagi merawat tangan mangsa untuk membuang bahagian otot yang sudah dimakan kuman tersebut.

Menurut Public Health Malaysia, "Jika kami lambat bertindak, kuman boleh merebak dan mangsa kemungkinan akan hilang tangan atau seluruh lengan. Lebih serius, kuman boleh masuk ke dalam saluran darah dan menyerang organ penting,"

Tindakan pantas oleh pihak hospital ialah keputusan wajar setelah melihat perubahan pada jarinya. Jika terlambat, ada kemungkinan mangsa akan bertarung nyawa melawan jangkitan kuman.

Tindakan doktor menyelamatkan lelaki ini daripada terancam nyawanyaPhoto from Canva

Ini Tips Untuk Elak Kena Kuman Berbahaya Ini

Doktor turut kongsi tips bagaimana nak elak terkena jangkitan kuman!Photo from Canva

Menurut Cleveland Clinic, bakteria ini biasanya dijumpa dalam makanan laut seperti kerang, udang dan boleh masuk ke dalam badan jika makan yang tidak dimasak dengan betul.

Selain itu, ia juga boleh menjangkiti melalui luka terbuka. Ini akan mengakibatkan penyakit vibriosis yang bahaya membawa kepada sepsisshock serta memusnahkan tisu badan.

Wajib pakai sarung tangan semasa mengendalikan makananPhoto from Grub Street

Lebih menakutkan jangkitan ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul. Oleh itu sebelum nak menyiang udang pastikan:

  • Sentiasa peka dan awas semasa proses menyiang udang dan haiwan laut yang lain
  • Jangan siang tanpa pakai sarung tangan untuk elakkan berlakunya kecederaan
  • Jika terluka, basuh dengan segera menggunakan sabun
  • Jangan picit untuk keluarkan darah, ikat jari atau menyedut darah keluar
  • Jika gejala seperti demam, kulit tukar warna. Pergi ke hospital dengan segera!

Jika jari terluka, pastikan basuh dahulu dan pergi dapatkan rawatan di hospitalPhoto from Canva

Tiada Vaksin Untuk Jangkitan Kuman Ini Tau

Jangkitan kuman ini tiada vaksin, sebab itu bahaya!Photo from Alodokter

Sehubungan dengan itu, jangkitan ini juga dikenali sebagai Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS) disebabkan oleh Streptokokus Kumpulan A. Contoh simpton biasa dilihat oleh pesakit dijangkiti kuman ini:

  • Sakit tekak
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Tekanan darah rendah
  • Demam panas

Sentiasa basuh tangan dengan sabun supaya kuman tak hidup di tangan!Photo from Canva

Andai kata tidak dirawat dengan segera, potensi risiko tinggi akan meningkat! Contohnya, kerosakan pada tisu lembut, sistem pernafasan gagal, hati, buah pinggang dan organ lain juga akan gagal.

Sehingga hari ini, masih tiada vaksin untuk kuman ini. Tapi jangan takut, cara untuk mencegah ialah seperti berikut:

  • Membersihkan luka terbuka pada bahagian badan
  • Elakkan mandi di tab panas atau kolam jika ada luka terbuka
  • Merawat jangkitan kulat
  • Kerap cuci tangan

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok