download Jom Explore app
70% Lelaki Dalam Dunia Hadap Masalah Rambut Gugur

70% Lelaki Dalam Dunia Hadap Masalah Rambut Gugur

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 30 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

70% lelaki dalam dunia akan mengalami masalah keguguran rambut apabila mereka semakin menua. Malangnya, 25% lelaki sudah melihat tanda pertama masalah ini sebelum umur 21 tahun.

Bermula dengan dengan menipis di bahagian atas, rambut akan gugur dari kepala secara progresif menimbulkan rasa kebimbangan. Folikel rambut kita semakin nipis dan lemah menyebabkan ia berhenti mengeluarkan rambut sama sekali.

70% lelaki dalam dunia akan mengalami masalah gugur rambutPhoto from Premier4him

Proses ini dipanggil miniaturization, dan ia berlaku kerana bergantung pada genetik keluarga kita. Menurut Advanced Hair Studio, rambut kita sangat sensitif terhadap hormon dipanggil dihydrotestosterone (DHT).

DHT terbentuk pada resptor androgen folikel rambut menyebabkan ia jadi lemah. Ia akan menghalang rambut kita untuk tumbuh dan kerosakan itu kekal serta tidak dapat dipulihkan.

Banyak khasiat semulajadi terkandung dalam kulit pisang tauPhoto from KlikDokter

Tetapi tahukah anda, kulit pisang sangat bagus untuk mengurangkan masalah keguguran rambut?

Kaya Dengan Pelbagai Vitamin Secara Semulajadi

Vitamin A, B, C dan Kaya dengan Antioksidan cukup untuk lawan masalah gugur rambutPhoto from Butterkicap

Kulit Pisang mengandungi pelbagai vitamin seperti A, B dan C. Seratnya pula mempunyai kuasa ajaib untuk membantu pertumbuhan dan suburkan semula rambut anda termasuklah mengurangkan kelemumur.

Tambahan pula sifat antioksidan dalamnya meneutralkan radikal bebas tau. Membantu rambut anda lebih kuat, sihat dan menghindarkan daripada masalah keguguran rambut.

Tak lupa juga Kulit Pisang kaya dengan mineral untuk memberikan semula kelembapan semulajadi pada rambut anda. Kesannya, kurang sikit rambut anda kelihatan rapuh, rosak dan kasar.

Selain Masalah Gugur Rambut, Kelemumur Pun Hilang

Masalah kelemumur juga dihadapi oleh majoriti lelakiPhoto from Maskulin

Masalah kelemumur juga sering dihadapi oleh majoriti lelaki. Perasaan malu akan muncul apabila orang menegur kelemumur penuh di baju terutama di bahagian bahu.

Kelemumur muncul apabila kulit kepala kering menyebabkan ia mengelupas secara berlebihan. Ini juga membuatkan kulit kepala anda terasa gatal tau.

Lepasni beli pisang banyak-banyak dan gunakan kultnya sebaik mungkinPhoto from Berita Harian

Oleh itu gosok kulit pisang di kepala untuk membuang mikroskopik, menambah kelembapan. Ia turut membantu menghalang patogen daripada tumbuh semula.

Bagaimana Nak Guna Kulit Pisang Lawan Masalah Gugur?

Jom lawan masalah gugur rambut dengan pes kulit pisang!Photo from Treehugger

Haa.. jangan risau senang sahaja. Beli 2-3 biji pisang dan makan isi tersebut kerana kita perlukan kulitnya sahaja. Seterusnya ikut langkah ini:

  • Gaul 2 sudu besar santan sehingga jadi pes
  • Masukkan 1 sudu kecil minyak kelapa dan air mawar dalam pes itu
  • Kacau pes dengan 1 sudu teh
  • Sapukan pes secara menyelruh pada kulit kepala dan rambut
  • Biarkan kekal selama 15-20 minit sebelum anda membilas

Amalkan setiap hari dan rambut anda akan jadi macam meerqeenPhoto from Suara Sarawak

Bagaimana kesannya? Rambut lebih lebat, lembap dan cantik! Semuanya kerana antioksidan memainkan peranan dalam untuk berikan perlindungan kepada rambut lebih kuat serta sihat.

Seterusnya, ia juga akan merawat rambut anda secara semula jadi mengurangkan kadar keguguran rambut.

Selain Untuk Rambut Apa Lagi Kita Boleh Buat Dengan Kulit Pisang?

Selain untuk lawan masalah gugur, buat smoothie pun bolehPhoto from LinkedIN

Selain daripada untuk merawat masalah keguguran rambut anda. Banyak juga perkara boleh dilakukan dengan kulit pisang. Contohnya, anda boleh makan kulit pisang dengan pelbagai cara.

Campur dengan smoothie, masak dengan air dan gula untuk hasilkan gula-gula dan potong dan letak dalam air untuk hasilkan teh. Sehubungan dengan itu, pes kulit pisang itu boleh digunakan setiap hari.

Nampak mudah tapi banyak betul khasiat buah pisangPhoto from PSA International

Jadi sesiapa yang ada masalah rambut gugur, bercabang, kasar dan rosak amalkan tips ini. Walau bagaimana pun tak semua kulit pisang sesuai untuk digunakan untuk rambut anda tau.

Silap guna semakin gugur pulak nanti. Oleh itu pastikan anda guna kulit pisang masak kerana ia lebih lembut dan sesuai untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok