"Restoran Teringat Lenggong" , Pengalaman Menjamu Masakan Tradisional Di Tepi Tasik Raban
Restoran Teringat Lenggong adalah tempat yang sempurna untuk anda yang mencari pengalaman makan tradisional di tepi banjaran. Terletak di tepi Tasik Raban yang indah, restoran ini menawarkan masakan tradisi Melayu yang dihidangkan dalam dulang.
Tasik ini dikelilingi oleh pemandangan alam yang indah, dengan pepohonan hijau yang rimbun dan udara yang segar. Sememangnya satu tempat makan yang begitu istimewa sekali.
Restoran Teringat Lenggong menawarkan pelbagai hidangan tradisional Melayu yang dihidangkan dalam dulang. Beberapa hidangan yang paling popular di sini termasuk Perkasam, Ikan Loma Masak Lemak Belimbing Buluh, Pecal, Kerabu Pucuk Paku, Talapia Bakar yang pasti akan membuat anda ingin datang kembali.
Dengan hanya RM20 (siang) atau RM35 (malam), anda dan 3 orang lagi boleh makan sepuas-puasnya dan menikmati hidangan yang luar biasa. Harga yang sangat berpatutan ini membuat restoran ini menjadi pilihan orang ramai!
Satu dulang termasuk nasi yang disajikan bersama ikan talapia bakar yang dihidangkan dengan dua jenis sambal yang berbeda, ikan Loma masak gulai lemak cili api (salah satu hidangan yang menjadi specialty di sini), ikan pekasam, pilihan antara kerabu taugeh atau pecal, ulam ulaman, air sirap dan bubur kacang!
Oleh itu, jadi anda disarankan untuk membuat tempahan sebelum datang agar anda dapat menikmati hidangan kami tanpa harus menunggu terlalu lama.
Restoran ini memang menarik dan sedap. Sesuai untuk makan tengahari bersama keluarga anda.
?No.6, Taman Rekreasi Tasek Raban Dataran Tasik Raban, 33400 Lenggong, Perak
⏰ 11:30am - 3:30pm (tutup Jumaat)
☎️ 013-3303450
Anda mungkin suka: