Lobster Pernah Dianggap Makanan Sampah Pada Satu Masa Dahulu
Kualiti dan Kuantiti ialah faktor penentu harga kepada makanan. Semakin baik kualitinya, semakin mahal harga jualannya dan apabila berlakunya lebih banyak permintaan lebih tinggi harga tersebut akan naik.
Contohnya daging wagyu yang menjadi kegilaan orang tempatan kebelakangan ini. Harganya mahal datang daripada kualiti penjagaan baka lembu dari kecil sehingga ke proses penyelembihan.
Hasilnya ialah isi daging lembut, berjus dan penuh rasa daripada lemak terhasil. Selain itu ada fenomena menarik dalam industri kulinari apabila hidangan yang boleh dinikmati oleh semua golongan telah meningkat menjadi hidangan mewah.
Photo from eomee
Berikut ialah beberapa makanan mewah yang asalnya pernah dijual dengan harga sangat murah pasti mengejutkan korang.
Kaviar
Photo from Pinterest
Kaviar ialah makanan istimewa yang harganya cukup menakutkan kalau perlu ditanya. Terdiri daripada telur ikan yang diawet dengan garam biasanya diperoleh daripada ikan sturgeon.
Mempunyai rasa kaya, sedikit masin dan memberi sensasi 'meletup' apabila disuapkan ke dalam mulut. Kaviar dihargai sebagai antara makanan golongan atasan apabila dihidangkan sebagai pembuka selera atau makanan berat.
Menariknya dahulu kaviar sangat murah sehingga menjadi makanan untuk orang daif. Kedai di Amerika Syarikat mempunyai stook kaviar begitu banyak menyebabkan mereka memberikannya percuma kepada pelanggan.
Photo from Pinterest
Ini sangat ketara dalam bar pada waktu itu. Rasa masin akan membuatkan pelanggar cepat haus dan ingin minum air, kesan ini meningkatkan penjualan minuman menguntungkan bar tersebut.
Photo from Pinterest
Apabila golongan elit semakin berminat terhadap makanan ini bercampur dengan kuantiti ikan sturgeon mengecil. Maka, harganya melonjak naik.
Foie Gras
Photo from Iluminasi
Harganya boleh mencecah sehingga RM100 ke atas. Ia dihasilkan daripada hati angsa yang mempunyai rasa berlemak, berkrim yang membuatkan ramai orang kaya sering menikmatinya.
Sejak zaman Mesin, Rome kuno sudah wujud makanan ini. Namun ia tidak dianggap mewah seperti zaman dulu kerana ia merupakan sumber lemak halal yang murah untuk didapati.
Photo from Pinterest
Faktornya berubah jadi mahal kerana ia susah diternak. Berbanding ayam, angsa dan itik memerlukan usaha lebih bagi proses penternakan. Tak lupa jua, haiwan ini akan diberikan makan untuk mengemukkan hatinya tersebut.
Photo from Pinterest
Itik dan angsa juga lebih banyak makan berbanding ayam. Oleh itu tak terkejut mengapa ia mempunyai harga sedemikian.
Truffle
Photo from Pinterest
Dianggap sebagai cendawan mewah terkenal dengan rasa sedap, wangi dan aromanya tersendiri. Dahulunya dikenali sebagai cendawan bodoh sering dimakan oleh petani dan dijadikan pengganti kepada bahan lebih mahal.
Ia tumbuh di kawasan gelap pada hari panas dan malam sejuk pada pokok tertentu. Antaranya seperti oak, pain dan hazel. Ada jenis truffle memerlukan masa 4-6 tahun untuk tumbuh dan tidak mampu untuk bertahan lama apabila sudah keluar dari tanah.
Photo from Pinterest
Apabia dibiarkan di luar, semakin cepat truffle akan hilang rasa dan cirinya yang unik menjadi faktor mengapa ia mahal. Sering digunakan dalam masakan Perancis dan Itali, ia semakin jarang dijumpai.
Kini harganya boleh mencecah ribuan ringgit untuk beberapa gram sahaja. Melonjakkan statusnya daripada makanan murah kepada salah satu makanan mewah.
Monkfish
Photo from on the water
Walaupun memiliki rupa sangat hodoh. Monkfish merupakan ikan kegemaran banyak chef kerana isinya lembut dengan sentuhan rasa manis serta teksturnya yang pejal. Sering ditemui di persiaran Atlantik Utara dan Mediterranean.
Mulut lebar dan badan rata membuatkan monkfish sebagai tangkapan yang tidak diingini sehingga digelar ikan sampah. Pada satu masa dahulu, jika ikan ini berjaya tersangkut dalam jaring, nelayan akan buangnya semula ke dalam laut.
Photo from Great British
Tambahan pula Kerajaan Perancis melarang penjual monkfish jika kepalanya masih ada. Statusnya mula berubah apabila ramai chef menyukai rasa isinya yang lebih kurang sama macam foie gras, lobster atau scallops.
Photo from Pinterest
Disebabkan itu dan populasi spesies yang kecil menyebabkan daripada sampah diangkat menjadi makanan mewah.
Lobster
Photo from Atlantic,Lobster
Biar betul min lobster dahulu makanan mampu milik? Sebagai perumpaan lobster dahulu ibarat makan nasi bujang sahaja. Dengan penampilan tidak menarik berbanding ikan, Lobster memang cukup senang untuk dijumpai dalam lautan.
Tambahan pula ramai menganggapnya sebagai haiwan perosak menjatuhkan lagi harganya. Sampai satu tahap banduan, orang kurang kemampuan dihidangkan isi lobster untuk memenuhi perut mereka.
Photo from Spoon University
Petani pula gunakan lobster sebagai baja tanaman. Ramai banduan yang dihidangkan isi lobster menganggap sebagai hukuman sangat kejam. Namun semuanya berubah apabila semakin ramai mula menikmati makanan ini.
Apabila permintaan meningkat ramai nelayan mula tangkap lobster. Oleh kerana ia senang untuk dijumpa, populasi lobster semakin berkurang dan semakin lama statusnya daripada makanan murah menjadi makanan golongan elit.
Photo from Spoon University
Lihat sahaja harganya pada masa kini, anggaran kasar RM20-25 per kg. Alangkah seronoknya jika ia masih kekal sebagai makanan murah betul tak?
Haa.. macam tak percaya makanan mewah ini dahulunya makanan murah juga. Proses evolusi ini cukup sinonim dalam industri kulinari.
Mungkin korang suka: