Sultan Surakarta Indonesia Memiliki Kereta Pertama Di Asia Tenggara
Industri automotif telah melahirkan pelbagai genius yang mengubah dunia. Salah satunya ialah Pakubuwono X merupakan seorang sultan di Indonesia dikatakan merupakan orang pertama memiliki kenderaan di Asia Tenggara.
Pakubuwono X (PBX) ialah Susuhunan (Raja/Sultan) Surakarta kesembilan memerintah dari tahun 1893 hingga 1939. Ini menjadikannya sebagai Sultan paling lama memerintah dalam sejarah Surakarta terletak di wilayah Jawa Tengah.
Beliau juga dilantik sebagai Pahlawan Nasional Indonesia kerana peranannya dalam gerakan kemerdekaan. Tambahan pula, semasa zaman pemerintahannya telah berlakunya Revolusi Perindustrian menyebabkan kewujudan banyak industri.
Antaranya ialah industri automotif yang telah mencipta pelbagai kenderaan telah mengubah landskap pengangkutan. Memiliki kereta persendiriaan dapat memberi kemudahan kepada kehidupan seharian membolehkan orang pergi ke mana-mana sahaja.
Photo from Ullen Sentalu
Namun, harganya bukan mampu milik macam zaman sekarang.
Pakubuwono X Merupakan Penggemar Kereta
Photo from eBay
Sultan Surakarta seorang yang menyukai kereta. Menurut beberapa sumber, PBX telah membeli kereta pada tahun 1893/94 menjadikan kereta pertama di kawasan Asia Tenggara. Model kereta tersebut ialah Benz Victoria.
Ia merupakan model popular dihasilkan oleh jenama Jerman, Benz & Cie. Kalau korang tertanya, ini merupakan nama asal Mercedes Benz yang terdiri daripada gabungan Daimler Motoren Gesellschaft untuk mencipta Daimler-Benz.
Berbalik kepada kisah asal, kereta kecil ringan ini dikuasakan oleh enjin satu silinder. Ia boleh memuatkan dua penumpang dan dikatakan untuk menunjukkan jumlah wang yang ada padanya pada waktu itu.
Photo from Dutch Docu Channel
Untuk memberi perumpaan, seorang buruh kasar waktu itu mampu memiliki model kereta sama jika gajinya disimpan selama tiga abad (300 tahun).
Sebuah Kereta Dapat Lonjakkan Statusnya
Photo from Kompas
Pembelian ini dapat membuktikan dirinya sebagai salah seorang Raja terkaya di negaranya. Menariknya, PBX memiliki kenderaan 2 tahun sebelum kenderaan persendirian pertama muncul di Belanda.
Apabila dipamerkan di depan khalayak ramai. Orang awam berada dalam keadaaan ketakutan dan kagum kerana melihat keupayaan automotif untuk bergerak dengan sendiri tanpa ditarik oleh kuda.
Ada juga mengelarkannya sebagai 'Kereta Setan'. Tambahan pula, kenderaan ikonik ini masih bertahan sehingga hari ini tetapi telah dibawa keluar dari Indonesia untuk dipamerkan di Pameran Motor Amsterdam pada tahun 1924.
Photo from Otomotif
Ini selepas PBX melepaskan pemilikannya di mana ia kekal di situ sebagai pameran di Muzium harini.
Impak Kemunculan Kenderaan Di Asia Tenggara
Photo from Dyler
Pengenalan sebuah kenderaan ke Asia Tenggara amat penting dari segi perkembangan. Ia telah memberi kesan sangat mendalam kepada penduduk di kawasan ini kerana sebelum ketibaannya, pengangkutan bergantung kepada berjalan kaki, berbasikal serta menaiki kereta kuda.
Kenderaan mewakili teknologi pengangkutan baru yang lebih pantas, cekap serta selesa. Kemunculannya turut membuahkan lebih banyak industri seperti pembuatan, pembaikian dan penyelenggaran kenderaan.
Photo from Britannica
Ia juga telah membanugnkan banyak infrastruktur seperti jalan raya. Walaupun terdapat beberapa pergaduhan tentang siapa memiliki kenderaan pertama di kawasan ini, tidak dapat dinafikan kepentingan ketibaannya.
Siapa Memiliki Kereta Pertama Dalam Malaysia Pula?
Photo from FB Saga Club
Kini korang dah tau siapa memiliki automotif pertama dalam kawasan Asia Tenggara. Kalau di negara kita siapa pula? Jawapannya ialah seorang lelaki bernama Eu Tong Sen pada tahun 1902.
Model kenderaan tersebut ialah Mercedes Simplex yang diimport ke dalam negara. Tong Sen merupakan baron bijih timah berpangkalan di Perak dan disebabkan itu negeri ini diberikan plat kenderaan huruf 'A'.
Photo from Mercedes-Benz Archive
Kerana kenderaan pertama dan bilangan terbanyak masa itu banyak di negeri ini. Kemudian baru negeri lain ikut sekali seperti Selangor (B), Pahang (C) dan seterusnya.
Adakah Kita Pengeluar Terbesar Kereta Di Asia Tenggara?
Photo from Paul Tan Automotive News
Oleh kerana autmotif telah mengubah hidup kita, negara kita juga telah mencipta dua jenama kenderaan yang diminati ramai iaitu Proton dan Perodua. Namun, Malaysia masih berada di tangga ketiga negara pengeluar terbesar kenderaan di Asia Tenggara.
Menurut data dikeluakran Pertubuhan Automotif ASEAN pada tahun 2022, jumlah pengeluaran sebanyak 702,275 buah terdiri dariapda kenderaan penumpang sebanyak 650,190 dan kenderaan komersial sebanyak 52,085 buah.
Berada di tangga pertama ialah negara Thailand dengan jumlah sebanyak 1,883,515 buah telah dikeluarkan!
Mungkin korang suka: