Buat Kali Pertama, Upacara Pembukaan Di Luar Stadium!
Demam Sukan Olimpik Paris 2024 semakin hampir. Peminat sukan seluruh dunia tidak sabar menanti acara tersulung yang menampilkan atlet bertaraf dunia mewakili negara masing-masing.
2 tahun sebelumnya, Olimpik diadakan di bandar Tokyo, Jepun. Untuk acara kali ini, ia diadakan di ibu kota Perancis iaitu bandar romatik yang menjadi idaman untuk semua pergi melawat, kota Paris.
Photo from eCentral
Selain itu tahun ini mereka memberi fokus khusus kepada perlindungan alam sekitar dan sustainable development. Ia dilakukan untuk dijadikan contoh untuk acara berskala besar pada masa akan datang.
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Olimpik Paris 2024.
Photo from Reuters
Upacara Pembukaan Akan Diadakan Di Luar Stadium Untuk Kali Pertama
Photo from Utusan Malaysia
Menjadi tradisi, upacara pembukaan Sukan Olimpik bakal melakar sejarah baru! Kerana pada pukul 7:30 malam bertarikh 26 Julai, upacara pembukaan akan diadakan di luar stadium buat kali pertama di Sungai Seine.
Sebanyak 160 bot membawa atlet dari pelbagai negara bertanding akan mengikuti laluan Seine sepanjang enam kilometer. Di sini mereka akan lalu semua mercu tanda terkenal Paris seperti Louvre, Notre-Dame.
Photo from Paris Perfect
Hentian terakhir ialah Place de la Trocadero untuk upacara perasmian. Format baru ini membolehkan seramai 600,000 penonton merasai keindahan acara yang berprestij ini.
Trek Balapan Berwarna Ungu Lavender
Photo from The Running Channel
Selain itu selalunya trek balapan ialah berwarna merah biru betul? Haa.. untuk tahun ini bandar Paris akan mengubahnya kepada warna ungu lavender di Stade de France melambangkan anggun, pesona dan romantis.
Dibina oleh pakar trek dari Itali, Mondo Sport & Flooring, trek romantis akan digunakan untuk acara olahraga, melompat dan melontar. Manakala acara teknikal akan menggunakan warna ungu lebih gelap.
Untuk mencipta kesan visual seperti di Athens, Greece untuk memberikan elemen lebih unik di kota Paris.
Photo from InsideTheGames
Kampung Olimpik Yang Lebih Mesra Alam
Photo from Malay Mail
Terletak di barat laut Paris, sebuah kampung untuk atlet bertanding disediakan memberi fokus kepada reka bentuk mesra alam. Menariknya ia menggunakan sistem penghawa dingin secara tradisional.
Kampung atlet ini akan menembak air ke dalam tanah untuk memastikan ia berada dalam suhu dingin. Kaedah ini lebih menjimatkan tenaga dan mesra alam berbanding menggunakan penghawa dingin.
Seterusnya, majoriti tempat pertandingan yang didirkan ialah binaan sementara untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Tambahan pula ia tidak terletak jauh daripada kampung atlet tersebut.
Ini membolehkan atlet pergi dan balik tanpa memerlukan kenderaan peribadi. Mengurangkan pelepasan karbon daripada pengangkutan sekaligus membantu alam sekitar.
Pingat Olimpik Paris Menghormat Dewi Kemenangan Yunani
Photo from Sky News
Pingat Olimpik menjadi idaman untuk setiap atlet dalam dunia akan dihasilkan oleh jenama mewah, Chaumet. Ia dihasilkan daripada kepingan logam dari Menara Eiffel.
Menggabungkan unsur Perancis untuk mencipta pingat yang mempunyai nilai artistik sungguh mendalam. Dengan sentuhan kepakaran barang kemas, menjadikan setiap pingat sebagai karya senik.
Selain itu, di bahagian belakang akan menampilkan dewi kemenangan Yunani dengan bangunan dari Athens. Tempat kelahiran Sukan Olimpik pertama.
Photo from KPCW
Maskot Comel Ambil Inspirasi Daripada Sebuah Topi
Photo from Reuters
Setiap acara Olimpik memiliki maskot untuk meriahkan tema acara. Untuk tahun ini maskot yang diberikan nama 'Phyrge' mengambil inspirasi daripada sebuah topi bernama Phrygian.
Ia digunakan secara meluas semasa Revolusi Perancis, mewakili kebebasan dan pembebasan. Reka bentuknya mempunyai nilai bersejarah dan kontemporari bersesuaian dengan keseluruhan tema acara ini.
Photo from ThoughtCo
Akan Berlangsung Dari 26 Julai Sehingga 11 Ogos!
Photo from Paris-2024
Tak sabar betul nak tunggu beberapa minggu lagi untuk bermula acara sukan paling seronok! Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai sehingga 11 Ogos. Ia akan menampilkan 45 sukan.
Antara sukan yang berlangsung seperti:
- Memanah
- 3x3 bola keranjang
- Bola sepak
- Judo
- Badminton
Dan banyak lagi, ayuh kita beri sokongan penuh kepada atlet Malaysia yang bakal bertanding!
Mungkin korang suka: