download Jom Explore app
5 Ciri Baru Bakal Hadir Dalam iOS 18

5 Ciri Baru Bakal Hadir Dalam iOS 18

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 Jun 2024
Digital Editor

Diumumkan ketika acara WWDC24 beberapa hari yang lalu. Apple telah persembahkan iOS 18 yang hadir dengan pelbagai ciri baru mengubah bagaimana kita berinteraksi dengan peranti iPhone kita.

Kemas kini kalini melihat terdapat generatif AI merupakan sebahagian daripada sistem Apple Intelligence. Apple turut mengemas kini beberapa rupa aplikasi untuk tampil lebih moden dan kemas.

Apple Intelligence menambah baik penulisan merentas sistem pengendalian. Menjadikan Siri lebih pintar dan boleh menjana pelbagai kandungan. Satu set Alat Penulisan (Writting Tools) akan membantu menulis, menggilap, membaca dan ringkaskan teks untuk kegunaan harian kita.

Ciri-ciri baru yang hadir dalam iOS 18Photo from Lakshya Lark

Haa.. selain itu ada banyak lagi ciri menarik yang hadir dengan kemas kini kali ini. Baca sampai habis untuk ketahuinya.

Sembunyikan Aplikasi Yang Taknak Orang Jumpa

Sembunyikan aplikasi yang kita taknak orang tahu Photo from Mac Rumours

Antara fokus mereka ialah untuk mempertingkatkan privasi pengguna lebih baik. Oleh itu sekarang korang boleh sembunyikan aplikasi yang taknak orang lihat berada dalam peranti.

Selain itu, korang juga boleh mengunci aplikasi tersebut untuk mengelakkan orang lain gunakan peranti melihat kandungan peribadi. Pengesahan Face ID diperlukan untuk membuka apa yang disembunyikan.

Taktala boleh sahaja sembunyikan aplikasi ke dalam sebuah folder dalam ruangan App Library.

Guna AI Untuk Padam Objek Dalam Gambar

Ada objek buruk nak kita padam? Sekarang dah bolehPhoto from theapplehub

Merupakan antara ciri paling besar dalam kemas kini menawarkan pelbagai fungsi AI menerusi Apple Intelligence. Selain daripada meningkatkan penulisan macam min sebutkan di bahagian atas.

AI ini turut berupaya untuk memadam objek yang kita tak suka dalam gambar. Walaupun perkara ini sudah pun wujud dalam dunia Android seperti di Google Pixel dan Galaxy S24, perkara ini masih baru dalam komuniti Apple.

Selain itu hasilkan emoji baru guna teks sahajaPhoto from theapplehub

Seterusnya, Apple bakal mengintegrasikan fungsi AI ChatGPT dalam Siri dengan kehadiran Genmoji. Ia membolehkan pengguna menghasilkan emosi berdasarkan teks dan penjanaan imej AI melalui Image Playground.

Tetapi kebanyakan ciri AI hanya pada peranti cip Apple A17 Pro (iPhone 15 Pro dan Pro Max).

Hantar Mesej Bila-Bila Masa Mengikut Jadual Penghantaran

Jadualkan mesej penghantaran sangat membantuPhoto from Mashable

Penghantaran mesej berjadual turut diperkenalkan mungkin berguna bagi mereka yang sentiasa terlupa nak reply mesej! Akan hadir dalam aplikasi Messages membolehkan korang jadualkan mesej pada masa tertentu bila-bila masa.

Boleh digunakan untuk tujuan berkerja, menyampaikan ucapan atau menghantar pesanan ingatan. Ciri ini pasti akan memudahkan beberapa kehidupan segelintir individu.

Akhirnya, iOS Boleh Hantar Mesej Ke Android

Servis RCS membuatkan menghantar mesej ke Android lebih efektifPhoto from SamMobile

Seperti kita sedia maklum, pengguna iPhone tidak boleh menghantar mesej ke pengguna Android melalui aplikasi Messages. Sebab itu kita guna aplikasi WhatsApp membolehkan kita borak tanpa henti.

Namun, kini dengan sokongan Rich Communication Services (RCS). Kita boleh hantar mesej ke semua pengguna Android sama seperti di WhatsApp, iMessage dan Telegram.

Ubah Suai Halaman Pemuka Ikut Suka Hati

Susun aplikasi mengikut suka hati Photo from theapplehub

Haa.. inilah ciri paling besar yang ramai orang terkejut dalam kemas kini iOS 18. Sejak azali lagi semua peminat Apple tahu kita tidak boleh mengubah suai halaman pemuka dengan bebas.

Ia terikat dan hanya boleh disusun mengikut format ditetapkan. Apple akhirnya memberikan kita kebolehan untuk menyusun halaman pemuka dengan lebih fleksibel berbanding sebelum ini.

Ikon aplikasi dan widget boleh diubah suai dalam iOS 18Photo from theapplehub

Susun aplikasi, widgets di mana-mana ruang kosong mengikut suka tanpa terikat dengan format lama. Fungsi ini juga boleh menghasilkan lebih banyak halaman pemuka kreatif bersama latar belakang menarik.

Ikon dan widgest di halaman rumah juga boleh diubah warna gelap atau cerah mengikut suka tau. Tambahan pula, saiz ikon aplikasi terlalu kecil? Korang boleh sahaja ubah jadi lebih besar.

Apa Kata Pakar IT Dalam Industri Tentang iOS 18?

Antara perubahan iOS 17 dan 18Photo from theapplehub

Menurut Android Authority yang telah mengeluarkan pendapat selepas menggunakan iOS beta 1 selama sehari. Mereka menyimpulkan bahawa Apple semakin menyerupai Android dengan banyak kehadrian ciri baru.

Terutama membolehkan kita mengubah suai halaman pemuka. Sebelum ini tidak pernah syarikat gergasi ini memberikan tahap kawalan ke atas sistem pengendaliannya dan jelas mengubah pendekatan untuk menarik pelanggan baru.

Mereka turut menambah, iOS kini semakin fleksibel dan meniru apa yang membuatkan individu suka dan tidak suka tentang sistem Android.

Dijangka Tiba Penghujung Bulan 9

Peranti iPhone yang menyokong iOS 18Photo from theapplehub

Walaupun tiada tarikh dikeluarkan. Ramai pakar industri menjangka kemas kini akan tiba pada penghujung bulan 9! Tak sabar rasanya untuk melihat bagaimana pengguna iPhone akan mengubah suai serta menghasilkan peranti yang lebih dekat dengan hati.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok