download Jom Explore app
5 Butik Hotel Mewah Berinspirasi Bangunan Warisan

5 Butik Hotel Mewah Berinspirasi Bangunan Warisan

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 15 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Warisan sejarah dan budaya yang masih wujud di Pulau Pinang menjadi salah satu ciri istimewa di kawasan ini. Sebab itu ia sentiasa dikunjungi oleh pelancong warganegara dan juga luar negara.

Antara tumpuan pelancong, George Town telah diberikan status sebagai Tapak Warisan UNESCO pada tahun 2008. Ini kerana mereka mempertahankan serta menampilkan seni bina tradisional yang ada di negara kita.

Melancong ke Pulau Pinang tidak pernah membosankan!Photo from Trails of Indochina

Pelan mereka untuk pulihkan semula bangunan warisan ini ternyata tindakan wajar. Kerana zaman sekarang majoriti orang mengambil berat tentang reka bentuk serta nilai kecantikan tempat penginapan semasa bercuti.

Disebabkan itu, butik hotel mula muncul mengambil kesempatan memulihkan semula bangunan warisan berkekalan sehingga hari ini. Ini 5 yang paling cantik di Pulau Pinang!

1. The George

Terletak di persimpangan jalan paling sibuk, The George menyerlahPhoto from The George

Terletak di persimpangan empat jalan bersejarah, Penang Road, Leith Street, Chulia Street dan Argyll Road. The George ialah sebuah bangunan moden direka oleh KH Tan Architect.

Asalnya ialah blok rumah kedai sebelum zaman perang yang dirobohkan pada awal 90-an. Hadir dengan facade (muka) bangunan baru tak bermakna warisan seni bina dan budaya terhapus.

Ruang atrium memberikan cahaya dan ruang secara semulajadi Photo from The George

Terdapat atrium di bahagian tengah menyediakan cahaya dan pengudaraan dapat menarik anda semula ke zaman lalu. Di sini ada 56 bilik tetamu deluxe bersama 36 suite premium untuk dipilih.

Reka bentuk dalaman Blu Water melengkapkan facade, memberikan estetika Peranakan tempatan dengan keselesaan moden.

Menampilkan bilik yang mewah, moden tetapi masih kekal warisan Baba NyonyaPhoto from The George

2. P.66 Lodging

Bawah ialah kedai alat tulis, atas butik hotel seperti di Jepun, cantik!Photo from AirBnb

Walaupun berada di kawasan yang sibuk di Jalan Campbell, George Town. P.66 Lodging menawarkan siri bilik gaya minimalis direka oleh Studio Eleven. Menariknya bahagian bawah ialah kedai alat tulis.

Langkah masuk sahaja anda akan nikmati ruang yang dipenuhi dengan cahaya. Memberikan suasana yang sesuai untuk berkerja, menulis atau bersantai. Selain itu, setiap bilik menampilkan hiasan berinspirasi daripada budaya Baba Nyonya.

Bahagian bawah memberikan ruang suasana sesuai untuk siapkan kerja atau hilangkan masalahPhoto from AirBnb

Ada 5 jenis bilik di butik hotel ini - Hemingway, Bradbury, Steinbeck, Bukowski dan Vonnegut. Sehubungan dengan itu, setiap bilik mempunyai watak tersendiri.

Contohnya Hemingway ialah bilik suite menawarkan pemandangan dari atas. Manakala, Bradbury dan Vonnegut memberikan pemandangan rumah kedai tradisional yang sangat terkenal di Jalan Campbell.

Ruang bilik yang sangat minimalis, sungguh unikPhoto from AirBnb

3. Hotel Mokozoyo

Lihat sahaja dari luar dah tahu, sangat estetikPhoto from Hotel Mokozoyo

Dihasilkan oleh ZT Studio menghasilkan sebuah seni bina yang memberi penghormatan kepada warisan reka bentuk Pulau Pinang. Lihat sahaja hotel ini, anda pasti akan tertarik dengan ruang sungguh menyerlah.

Penggunaan bahan seperti kotak penanam keluli Corten, keluli tergalvani memberikan elemen tradisional. Perkara ini mengingatkan rumah kedai tempatan yang memenuhi kawasan pulau permata.

Menggunakan banyak bahan yang dahulu banyak digunakan pada rumah kedai di Pulau Pinang dahuluPhoto from Hotel Mokozoyo

Di ruang komuniti, terdapat sistem penyejukan terhasil daripada ruang kosong dan landskap tropika. Ini menggalakan interaksi sosial di kalangan tetamu dan rakan ketika melepak di kafe The Sandwhich Bar.

Bahagian bilik pula lengkap dengan perabot kayu bersama dinding plaster tradisional. Selain itu, elemen lain seperti meja boleh lipat, pintu gelangsar membantu untuk memaksimumkan ruang serta cahaya.

Bilik pula mewah, lengkap dengan pelbagai kemudahan tapi masih unik dengan perwatakanPhoto from Hotel Mokozoyo

4. The Edison

Dahulu merupakan sebuah rumah agam yang sangat mewah di Pulau PinangPhoto from Edison

Dahulu merupakan kediaman taikun Yeo Wee Gark. Rumah agam mewah ini direka oleh arkitek terkenal bernama David Nathaniel. Ia mempersembahkan kemewahan pada zaman itu dengan ruang terbuka dan bahan premium seperti kayu, logam, jubin serta kaca.

Hari ini ia diubah menjadi The Edison. Direka smeula oleh Blu Water Studio telah menang pelbagai anugerah berjaya mengekalkan warisan Anglo-Kolonial sambil menyelitkan kemudahan elemen moden.

Tema kolonial yang dahulu mempengaruhi pembangunan Pulau PinangPhoto from The Edison

Memberi penghormatan kepada identiti Pulau Pinang. Sentuhan di seluruh bangunan mengukuhkan hubungan dengan warisan sekeliling, menggabungkan kemegahan kolonial dengan daya tarikan oriental.

Bilik penginapan pula ada 2 tema berbeza; kolonial dan oriental. Setiap satu mempunyai sentuhan mewah, nilai estetika, sejarah warisan dan keselesaan kontemporari.

Sangat berbaloi untuk menginap di siniPhoto from The Edison

5. 88 Armenian

Macam tak percaya cantik betul hotel ini kan?Photo from IG | 88armenian

Terletak di sepanjang Jalan Armeninan bertingkat. 88 Armenian ialah hotel butik yang dibina atas dasar dua rumah kedai yang asalnya hilang dalam kebakaran.

Direka oleh studio pelbagai disipilin Farm Architecture dari Singapura. Butik hotel ini ibarat tanda penghormatan kepada sejarah seni bina yang kaya di Pulau Pinang. Dahulunya merupakan penempatan Melayu sehingga ke zaman perdagangan.

Mengambil inspirasi daripada warisan seni budaya Pulau PinangPhoto from IG | 88armenian

Copper (kuprum), brass (loyang) menonjol bila bergabung dengan dinding batu menjadi ciri utama butik hotel ini. Kemudian bahagian kayu yang terbakar telah dipelihara semula menggunakan kaedah kayu tradisional Jepun dikenali sebagai 'shou-sugi ban'.

Tingkat atas terdapat 6 bilik tidur dan suite. Ia dinamakan sempena enam tukang tembaga terkenal di dunia- Bartholdi, Dunand, Mackenzie, Pearson, Revere dan Rodin.

Bilik pula cukup mewah memberikan pemandagan menakjubkan di Pulau PinangPhoto from IG | 88armenian

Justeru itu, lain kali anda menuju ke Pulau Pinang. Manjakan diri dengan berehat di antara 5 pilihan butik hotel mewah yang semestinya menjaminkan keselesaan serta keunikan sangat berbaloi.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok