download Jom Explore app
Anda Peminat Butter Chicken? Ini 5 Kedai Wajib Pergi!

Anda Peminat Butter Chicken? Ini 5 Kedai Wajib Pergi!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 16 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Mengambil inspirasi daripada hidangan bernama "Murgh Makhani" dari India. Butter Chicken merupakan antara hidangan yang digemari ramai dalam kalangan warganegara.

Ayam salut tepung digoreng rangup disalut dengan kuah mentega pekat dan berkrim memang melazatkan! Dengan sedikit aroma pedas untuk menambah rasa ketika makan bersama nasi.

Rasa berkrim dan berlemak membuatkan hidangan ini sangat popularPhoto from Maggi

Disebabkan itu memang banyak restoran menawarkan dalam menu mereka. Tetapi tak semua berjaya menghasilkannya tau!

Sebab itu min senaraikan 5 yang terbaik wajib anda cuba.

Jibril, SS15

Jibril sangat terkenal dengan konsep restoran speakeasy atau 'hidden'Photo from FB | Jibril SS15

Kita mulakan dengan restoran paling terkenal sehingga mendapat beribu ulasan dari netizen. Berada di SS15, Subang Jaya, restoran Jibril sangat sinonim dengan salted butter chicken mereka.

Cara mereka menghasilkan hidangan ini ialah memastikan kuahnya sungguh pekat dan berkrim. Rasanya juga sedikit pedas berbanding pilihan lain dalam senarai ini serta mempunyai beberapa variasi hidangan lain.

Selain itu, Jibril cukup terkenal dengan konsep restoran tersembunyi mengambil ilham daripada kelab speakeasy. Jika anda seorang peminat butter chicken, memang wajib singgah ke sini dahulu.

Salted Butter Chicken Jibril membuatkan lebih 8 ribu netizen tinggalkan ulasan 5 bintangPhoto from X | Jibril SS15

📍 25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

⏰ Setiap Hari (12 pm - 12 am)

The Butter Chicken, TTDI

Tersembunyi di TTDI, mereka menghidangkan butter chicken menyelerakanPhoto from IG | thebutterchicken

The Butter Chicken pula menghasilkan versi mereka dengan sedikit sentuhan rasa pedas. Bermula dengan perapan selama 24 jam dalam enam rempah India - rasam puli, sambal puli, garam masala, serbuk cili, jintan manis dan kunyit.

Butter Chicken Bakar menjadi pilihan majoriti pelanggan dihidangkan dengan limpahan sos mentage berkrim. Selain itu, Sotong Rangup dan Sos Thai turut menjadi kegemaran ramai sebagai pembuka selera.

Disalut dengan telur untuk memberikan rasa berkrim sedikit sedap dicicah bersama sos thai. Walaupun gerai kecil, makanan yang dikeluarkan ialah berkualiti tinggi!

Wahh nampak selera betul!Photo from The Butter Chicken

📍 Plaza Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Damansara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Setiap Hari (11 am - 12 am) Jumaat (3 pm - 12 am)

Homst

Homst menawarkan pengalaman makanan Cina Muslim yang asliPhoto from Star Property

Mempunyai 8 cawangan di seluruh Selangor. Homst merupakan restoran cina muslim dengan beberapa hidangan menu Cina Muslim yang terkemuka!

Homst terkenal dengan Wet Butter Chicken yang menjadi pilihan wajib ketika makan di sini! Ketulan kiub ayam rangup disaluti dengan kuah butter mentega yang berkrim serta melazatkan.

Tekstur kuahnya pula sedikit cair berbanding pilihan restoran yang lain. Selain daripada butter chicken, anda juga boleh menikmati pelbagai gaya masakan Cina yang asli di sini!

Memandangkan ia merupakan sebuah francais. Anda boleh sahaja singgah di cawangan yang berdekatan bagi menikmati hidangan menyelerakan ini.

Wet Butter Chicken dari Homst yang menjadi pilihan utama pelangganPhoto from IG | eza10fifa

📍 No. 34 & 36, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Branch TTDI)

⏰ Hari berkerja (11 am - 10:30 pm) Jumaat (3 pm - 11 pm) Sabtu & Ahad (11:30 am - 11 pm)

Cincai, SS15

Nama kedai sahaja cincai, makanan mereka tetap berkualitiPhoto from KJ Goh

Kombinasi sos butter berkrim yang disapu ke atas ayam goreng rangup sudah cukup membuatkan mulut kita terliur membayangkannya. Selain Jibril, Gold's Chilli, Cincai juga menjadi antara lokasi utama untuk dapat butter chicken yang sedap di SS15.

Harganya juga berpatutan memadangkan kawasan tersebut mempunyai julat harga yang berbeza. Selain daripada hidangan utama, mereka juga menawarkan beberapa menu dengan nama yang lucu.

Konsep bagi restoran mereka ialah 'apa sahaja, asal jadi atau ambil mudah' yang tepat dengan nama mereka. Mereka tidak ambil perkara terlalu serius dan hanya ingin menjual makanan melazatkan kepada pelanggan sahaja.

Selain butter chicken, ada pilihan lain jugaPhoto from Kim Hui Tan

Tambahan pula selain butter chicken, ada 2 pilihan kuah untuk anda cuba iaitu kali, grin kali.

📍 35-1, Jalan SS 15/8a, Ss 15, 47600 Subang Jaya, Selangor

⏰ Hari berkerja (10:30 am - 12 am) Hari Minggu (11 am - 12 am)

Buttermilk Kitchen, SS15

Makan di sini terasa seperti air tangan ibu kita sendiriPhoto from Zafran Zahris

SS15 memang terkenal dengan beberapa restoran yang jual butter chicken. Persaingan di sini memang sengit, sebab itu ramai orang mempunyai pilihan mereka sendiri dan terletak tak jauh dari Gold's Chilli ialah Buttermilk Kitchen.

Segala hidangan yang dikeluarkan dari dapur mereka dihasilkan oleh sentuhan air tangan pemilik itu sendiri. Ini pasti dapat dirasai dengan setiap suapan ke dalam mulut anda.

Keistimewaan di sini ialah 3 pilihan nasi boleh anda pilih iaitu nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Selain itu, mereka turut menawarkan kuah kari, salted egg jika anda ingin sedikit kelainan.

Terliur betul tengok makanan ini!Photo from Buttermilk Kitchen

📍 9, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

⏰ Setiap hari kecuali Ahad (11:30 am - 9:30 pm)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok