Hidangan Diraja Yang Tak Ramai Orang Pernah Cuba!
Nasi sentiasa menjadi makanan ruji kebanyakan masakan di negara. Hampir setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang unik dari segi rasanya seperti Nasi Beringin yang mungkin anda tidak pernah dengar?
Anda mungkin sudah biasa menikmati Nasi Lemak, Nasi Dagang dan Nasi Kerabu kalau teringin nak cuba masakan Pantai Timur. Selain itu, jangan lupa Nasi Kandar yang majoriti warganegara gemar makan setiap hari.
Photo from Munch Malaysia
Tetapi ada satu hidangan yang mempunyai bau aroma sungguh wangi dan berempah bersembunyi di selatan. Dihidangkan bersama kuah santan, sambal, acar sayur dan dikatakan berasal dari dapur istana Johor.
Menjadi Hidangan Utama Di Istana Johor Satu Ketika Dahulu
Photo from Kesultanan Johor
Ketika pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur (1895-1959), hidangan ini dihasilkan dari dapur istana Johor. Hidangan tersebut dikenali sebagai Nasi Beringin Harum menjadi antara makanan ruji jamuan istana.
Beringin bermaksud 'mengimpikan' dan ada juga merujuk perkataan tersebut sebagai 'kayu ara yang menangis'. Walau bagaimanapun, ia telah mempengaruhi orang untuk memberikan nama yang sesuai kepada hidangan ini.
Sehingga pertengahan tahun 1980-an, Nasi Beringin akan dihidangkan di majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran. Namun pada hari ini, kebanyakan generasi muda tidak pernah dengar atau mencuba rasanya.
Photo from Wikipedia
Banyak Terjual Di Muar Dan Segamat
Photo from Dhruv Papia
Walaupun dahulu merupakan hidangan istana, kini ia menjadi hidangan rakyat. Kalau anda ingin mencubanya, kebanyakan kedai di daerah Muar dan Segamat menghidangkan Nasi Beringin.
Tetapi jika anda berada di kawasan Lembah Klang, hanya segelintir kedai yang jual di Kuala Lumpur. Secara asasnya, ia adalah kombo nasi dan kari sahaja tetapi mempunyai bau sangat harum.
Ditambah pula dengan rempah empat beradik iaitu kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Photo from Beng Chaeng
Hidangan Diraja Yang Boleh Dinikmati Setiap Hari
Photo from Cooking With Ella
Rempah empat beradik tersebut akan dimasak bersama minyak sapi dan biji halba. Kemudian ditumis bersama hirisan bawang merah, halia dan daun serai untuk kembangkan aroma harum tersebut.
Beras yang siap dibasuh akan menjadi bahan utama. Selalunya beras basmati akan menjadi pilihan beras kerana memiliki bijiran yang panjang.
Kemudian, ia dicampak ke dalam adunan wangi dan dimasak bersama santan. Mengikut tradisi, Nasi Beringin akan diiringi dengan kari ayam berkrim, sambal tumis yang diperbuat dari cili kisar, bawang merah dan acar nanas.
Photo from Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Pada hari ini, ramai orang gemar menikmati hidangan ini dengan pelbagai jenis lauk. Antaranya seperti kari kambing, ayam masak merah, sambal sotong dan ayam goreng! Kombinasi lauk ini menjadikan Nasi Beringin benar sesuai untuk seorang raja.
Mungkin korang suka: