Cendol Terpilih Antara Pencuci Mulut Terbaik Dunia
Di bawah terik matahari dan cuaca panas terik sangat sinonim dalam negara kita. Tiada apa yang lebih menyegarkan selain daripada menikmati semangkuk cendol sejuk dihidangkan atas meja.
Cendol merupakan antara pencuci mulut sangat popular dalam negara kita. Malah seluruh Asia Tenggara turut menikmati pencuci mulut ini sehingga hampir setiap negara dalam kawasan mempunyai versi mereka tersendiri.
Photo from Asian Inspirations
Kenikmatan pencuci mulut ini telah diakui oleh CNN Travel yang memilihnya sebagai salah satu pencuci mulut terbaik dunia. Bermula dengan jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras,
Dicampurkan dengan santan pekat, gula melaka memberikan rasa manis serta bau wangi. Kombinasi bahan ini yang menghasilkan rasa lemak, krim, manis yang memuaskan untuk menghilangkan rasa dahaga.
Photo from FoodAdvisor
Tetapi terdapat kontroversi sebalik pemilihan ini..
Cendol Berasal Dari Singapura?
Photo from Chiefeater
Berbalik kepada CNN Travel, menurut mereka cendol yang mereka suka ialah versi Singapura. Alasan diberikan ialah terdapat kacang merah yang ditambah bersama bahan lain seperti jeli hijau, pulut dan ais.
Perkara ini telah menimbulkan pergaduhan kerana ramai tidak berpuas hati dengan dari mana datangnya pencuci mulut yang dirujuk oleh CNN. Segelintir warga Singapura juga tidak bersetuju versi mereka paling sedap dalam dunia.
Photo from Johor Kaki
Menariknya menurut laporan iFood, tiada maklumat terperinci mengenai asal usul pencuci mulut ini. Namun ia dipercayai perkataan 'cendol' digunakan untuk kali pertama dalam Malay Concordance Project diterbitkan pada tahun 1932.
Oleh itu dari mana sebenarnya datang pencuci mulut ini?
Photo from Saveur
Sebenarnya Cendol Datang Daripada..
Photo from Pinterest
Menurut Ullen Sentalu, perkataan 'Dawet' dicatat dalam manuskrip Kresnayana pada abad ke-12 di Jawa. Dawet yang disebut dalam manuskrip itu dibuat daripada santan, gula melaka dan jeli hijau.
Maksudnya dawet ialah cendol dalam bahasa Jawa. Cuma ia diminum bukan dihidang bersama ais kisar mungkin kerana ais tidak wujud pada zaman itu. Seterusnya, ada juga teori mengatakan pencuci mulut tercipta di negara kita semasa zaman penjajah British.
Orang British mempunyai kemudahan peti sejuk. Mereka boleh menyimpan ais untuk kegunaan yang dibawa dalam Kapal Cargo mereka. Selain itu, ada juga percaya pencuci mulut wujud kerana ingin elak sisa ais daripada membazir.
Photo from IG | jalanjalancarimakandipahang
Sehubungan dengan itu, Malay Concordance Project menyenaraikan boleh nikmati semangkuk cendol di Kuala Lumpur pada tahun 1932.
Beberapa Versi Cendol Yang Wujud Di Asia Tenggara
Photo from Bon Appetit
Asal usul pencuci mulut ini sentiasa menjadi topik hangat di kalangan orang Asia Tenggara. Sama seperti rendang, setiap negara akan berebut untuk claim mereka yang mencipta makanan tersebut.
Namun demikian terdapat beberapa versi cendol unik kepada setiap negara. Menurut sejarawan Fadly Rahman, "pencuci mulut ini ialah minuman yang wujud di Asia Tenggara sejak berkurun lamanya.
Photo from Vecteezy
Ia bukan datang daripada satu negara tertentu," Ia datang dengan banyak rupa dan bentuk. Daripada negara kita ke Thailand, Myanmar, Vietnam dan sehingga ke Timor Leste pun ada.
Setiap negara ada cara tersendiri untuk nikmati pencuci mulut ini. Ada yang minum terus dari gelas, ada yang makan dalam mangkuk seperti kita. Ini beberapa versi yang ada:
Photo from Slurrp
- Vietnam = Che Ba Mau
- Indonesia = Es Cendol/Dawet
- Myanmar = Mont Let Saun
- Thailand = Lot Chong
- Kemboja = Nom Lot
- Laos = Lod Song
- Filipina = Halo Halo
Photo from Better Homes & Gardens
Kesimpulannya asal usul Cendol mungkin akan berubah mengikut pendapat mana kita baca. Walau bagaimanpun ia tidak menghalang kita untuk menikmati semangkuk pencuci mulut yang sungguh unik rasanya.
Kita patut rasa bangga bahawa ia dilihat sebagai antara pencuci mulut terbaik dalam dunia setanding dengan yang lain.
Mungkin korang suka: