Biji Kopi Pun Boleh Hasilkan Minuman Teh Menyegarkan
Menjadi minuman kegemaran majoriti warga tempatan. Kopi bukan sahaja minuman yang dapat meningkatkan tenaga, malah ia kaya dengan sejarah dan kisah menarik yang tak ramai tahu.
Dilihat seperti satu trend, semakin banyak kedai kopi lebih mesra dikenali sebagai 'kafe' muncul di Malaysia.
Photo from Halimi H
Menjadi satu kegilaan, menurut International Coffee Organization berkata secara purata rakyat Malaysia minum 107 cawan kopi pada tahun 2021. Berbanding tahun sebelum ini hanya 52 cawan sahaja.
Sebab itu tahukah anda 6 kisah menarik sebalik minuman kegemaran negara ini.
Pokok Kopi Juga Boleh Menghasilkan Air Teh
Photo from Kopilogi
Kopi berasal dari pokok yang dikenali sebagai Coffee Arabica. Pokok tersebut mengeluarkan buah ceri yang akan diproses untuk menghasilkan minuman kegemaran kita.
Menariknya bahagian buah luar, dikenali sebagai Cascara. Biasanya dibuang ketika proses pengeluaran kopi. Walau bagaimanapun, Cascara boleh dikeringkan dan dibancuh untuk menjadi teh dengan rasa unik dan manis semulajadi.
Photo from Weathered Hands Coffee
Minuman ini kaya dengan antioksidan dan menawarkan minuman lebih mesra alam. Ia semakin popular sebagai alternatif kepada minuman teh tradisional dengan rasa cukup menyegarkan.
Photo from Bhutan Women Portraits
Dijumpa Oleh Seorang Pengembala Kambing?!
Photo from Fox News
Min pernah cerita sebelum ini tentang fakta ini. Bermula di sebuah negara bernama Ethiopia, seorang pengembala kambing bernama Kaldi mula perasaan haiwan ternakannya bertenaga selepas makan buah beri berwarna merah dari pokok tertentu.
Perasaan ingin mencuba mula memenuhi dalam diri Kaldi. Lalu dia mencuba sendiri buah tersebut dan turut mengalami peningkatan tenaga! Disebabkan itu ia membawa kepada penemuan minuman yang kita nikmati di kafe kegemaran.
Kopi Turut Digunakan Sebagai Sistem Mata Wang
Photo from Caffe Luxxe
Di beberapa negara di benua Afrika, mereka pernah menggunakan biji kopi sebagai satu sistem mata wang mereka. Perkara ini dapat dilihat di Ethiopia di mana biji minuman ini sangat dihargai.
Oleh itu ia digunakan sebagai mata wang kerana dilihat ada 'nilai'. Amalam ini turut meluas ke kawasan lain, di mana biji kopi diperdagangkan untuk barang serta perkhidmatan.
Minuman Ini Juga Pernah Diharamkan Tau
Photo from Bayt Al Fann
Percaya atau tidak, minuman ini juga mempunyai kontroversi sepanjang sejarahnya. Pada abad ke-16, ia diharamkan di kota suci Mekah kerana mempunyai kesan 'merangsang'.
Ia dipercayai kesan tersebut akan menggalakan pemikiran radikal dan bersosial di kedai makan. Sehubungan dengan itu, pada abad ke-17 Eropah juga melarang minuman ini di beberapa negara.
Contohnya seperti di Itali dan Inggeris kerana ia dilihat sebagai sebuah ancaman. Walau bagaimanapun, populariti minuman ini membuatkan ia menjadi minuman ruji dalam kehidupan kita dan juga seluruh dunia.
Photo from Forest Cloud
Kopi Ini Juga Membantu Atlet Olimpik Ketika Bertanding
Photo from Tatler Asia
Apa yang membuatkan kita bertenaga selepas minum secawan air ini ialah kandungan Kafein. Ia sangat terkenal sebagai penambah tenaga dan prestasi serta faedahnya telah diiktiraf dalam dunia sukan.
Pada tahun 1930-an, atlet Brazil yang bersiap sedia untuk sukan Olimpik diberikan minuman ini. Kaedah ini dilakukan sebahagian daripada rejimen latihan mereka.
Rangsangan kafein dapat membantu meningkatkan daya tahan dan prestasi atlet. Hari ini ramai atlet terus menggunakan minuman ini untuk tingkatkan prestasi sukan mereka mengambil keupayaan kafein.
Photo from NPR
Makanan Pertama Melalui Proses Pengeringan Beku
Photo from Food Republic
Kalau anda nak tahu, kopi merupakan makanan minuman pertama yang melalui proses pengeringan beku. Kaedah ini biasa digunakan harini untuk mengawet makanan sambil mengekalkan rasa dan tempoh hidupnya.
Kopi menjadi yang pertama menjalani proses ini semasa berlakunya Perang Dunia II. Hasilnya ialah memudahkan tentera untuk nikmati minuman kafein di medan perang tanpa perlu melakukan banyak proses.
Photo from milliltre
Disebabkan itu lahirnya kopi segera yang kita selalu nikmati di rumah. Ia sentiasa menjadi pilihan utama kerana mudah dan memiliki jangka hayat yang panjang!
Mungkin korang suka: