download Jom Explore app
“Rambut Cepat Gugur Sebab Kerap Cuci” - Pakar

“Rambut Cepat Gugur Sebab Kerap Cuci” - Pakar

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 05 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Selain memiliki kulit wajah yang berseri, rambut yang ikal, kilat dan tersusun rapi juga menjadi idaman ramai. Baik lelaki mahupun perempuan setiap orang mempunyai rutin untuk menjadikannya lebih sihat dan bersinar.

Tetapi tahukah anda majoriti teknik yang anda lakukan tidak membantu untuk dapatkan rambut sihat. Sebaliknya ia akan menambah pada jumlah kerosakan tanpa kita sedar langsung tau.

Ramai tak tahu cara cuci dengan betulPhoto from Pete and Pedro

Sebab itu masih ramai di antara kita yang mengalami masalah keguguran rambut. Kesilapan yang dilakukan semasa mencuci menyumbang kepada isu yang ramai takut!

Kalau begitu baca sampai habis untuk ketahui kesalahan sering dilakukan semasa mencuci rambut.

Kesalahan mencuci boleh menyebabkan keguguran rambut!Photo from Astro Awani

Cuci Rambut Dengan Air Panas

Mandi air panas memang best, tapi tak bagus waktu cuci rambutPhoto from Siakap Keli

Mencuci dengan air panas nampak seperti tiada masalah di mata kita betul? Tahukah anda ia boleh merosakkan kerana kulit ari (kutikel) telah terdedah menyebabkan akar rambut menjadi lemah.

Selain itu, guna air panas ketika musim sejuk sekalipun juga memberi kesan yang buruk kepada kulit kepala. Tak lupa juga, ia akan menyebabkan kulit kering, kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala.

Menurut Dr Vanita Rattan, beliau berkata, "Anda sepatutnya membilas dengan air suam untuk membolehkan perapi (conditioner) menyerap lebih berkesan dan memberi kelembapan pada kulit kepala,"

Contoh kulit kepala kering yang boleh buat rambut kita lebih rosak tauPhoto from Reddit

Tambahan pula, "mencuci dengan air sejuk akan menutup kutikel rambut, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan risiko rambut gugur," kata Dr Vanita.

Syampu Sebelum Sapu Perapi

Formula perapi-syampu-perapi akan buat rambut kita lebih sihat tauPhoto from Coco Soul

Sejak kecil kita diajar untuk mencuci dengan syampu dahulu, kemudian guna perapi untuk dapatkan rambut sihat.

Namun Dr Vanita berkata, "Syampu mengandungi bahan surfaktan yang boleh mendorong kepada keguguran. Ia juga dapat kurangkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala kita.

Apabila kita cuci dengan perapi dulu dan biarkan ia mengalir ke helaian rambut. Ia tidak akan mengeringkan atau merosakkan struktur dan kutikel pula akan kekal kuat.

Nak rambut macam Syafiq Kyle? Guna formula ituPhoto from New Straits Times

"Formula perapi-syampu-perapi lebih berkesan pada semua jenis rambut dan boleh memanjangkan hayat daripada mengalami keguguran.

Memerah Rambut Untuk Mengeringkan Cepat

Ramai suka keringkan rambut guna tuala seperti ini akan buat rambut cepat gugur tauPhoto from Lespettua

Haa.. memang ramai akan perah rambut selepas selesai proses mencuci. Tindakan ini merupakan kesilapan yang patut korang elakkan dengan serta merta dan mula gunakan mesin pengering rambut.

Menurut Dr Vanita, "ketika proses mengering, rambut boleh jadi kasar dan jika kita perah terlalu kuat ia boleh mengakibatkan kerosakan daripada hujung akar dan pori di kulit kepala.

Perasan tak selepas perah, ia kelihatan lebih kering dan tidak terurus? Apabila ia menjadi kerinting bermaksud ia perlukan kelembapan dan mesin pengering pula akan menambah kepada keseluruhan kerosakan jika tidak dijaga dengan baik.

Sebaliknya pengering rambut lebih baik digunakan untuk keringkan rambutPhoto from Amanz

Cara lebih baik ialah untuk guna tuala bersih dan lap secara perlahan untuk kurangkan kerosakan," kata Dr Vanita

Terlebih Sikat Pun Tidak Membantu

Selalu sikat rambut tidak membuatkan rambut lagi rapi tauPhoto from Syok

Bila rambut kita basah, ia lebih cenderung untuk gugur kerana berada dalam keadaan lemah berbanding kering. Sehubungan dengan  itu, kerap menggunakan sikat pun tidak membantu untuk buat ia kelihatan kemas.

Dr Vanita berkata, "Bila dah bercabang, ia bermaksud sudah rosak secara kekal dan perlu dipotong untuk memberi laluan rambut baru tumbuh semula. 'Minyak semula jadi' hanya menutup helaian yang kering, tidak membaiki,"

Selain itu, jangan sikat masa rambut basah! nanti lagi kusutPhoto from Syok

Selain itu beliau turut pesan, individu yang mempunyai jenis kerinting perlu sikat sebelum mandi. Sikat pula jenis bergigi besar bermula dari hujung sehinga ke akar untuk mengurangkan kerosakan.

"Menyikat rambut basah lebih mudah kusut berbanding ketika sudah kering kerana selepas disikat ia meningkatkan risiko untuk bersimpul," tambah beliau.

Nak kurangkan kusut, min sarankan korang guna sikat sepertiPhoto from Pattern Beauty

Terlalu Banyak Produk Nak Guna

Terlalu banyak produk pun tidak sihat untuk rambut kitaPhoto from Michael 84

Penggunaan syampu dan perapi secara berlebihan turut merupakan kesalahan ramai lakukan. "Rambut halus tidak memerlukan banyak produk. Tetapi jika memiliki tekstur kerinting atau tebal.

Memerlukan produk sebesar saiz syiling 10 sen," kata Dr Vanita. Jika kita menggunakan terlalu banyak produk yang berlainan jenis dan jenama. Ini akan membuatkan kita kehilangan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala.

Kenapa minyak ini sangat penting? Ia akan membantu kita melembapkan semula kulit kepala. Di samping itu, elak menggunakan banyak sangat produk untuk memberi ruang supaya kulit kepala dapat nafas secara semula jadi.

Sebaliknya nak rambut sihat, guna produk penting seperti syampu, perapi sahajaPhoto from The Beard Club

Kalau nak biarkan ia kurang gugur dan berkilat secara semula jadi. Pastikan korang setia pada 1-2 jenama sahaja dan teruskan memakai produk sama jika tidak memberi sebarang masalah kesihatan.

Justeru itu, kesalahan mana yang anda selalu lakukan?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok