download Jom Explore app
Eh Ada Maksud Tersembunyi Sebalik 8 Logo Jenama Ini

Eh Ada Maksud Tersembunyi Sebalik 8 Logo Jenama Ini

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 25 Jun 2024
Digital Editor

Setiap jenama atau syarikat terkemuka pasti mempunyai logo yang dikenali seluruh dunia. Ia bukan hanya sebuah imej malah rekaan visual dihasilkan dengan teliti merangkumi seluruh identiti dan nilai jenama tersebut.

Logo terhasil melalui proses kreatif, strategik melibatkan penyelidikan, reka bentuk dan komunikasi. Kalau korang perasan, majoriti jenama ini mempunyai satu perkara yang sama melibatkan isu ini.

Logo yang terkenal mestilah mudah dikenali dan diingati. Jika orang awam boleh melukis atau menceritakan semula maka jenama itu mempunyai visual yang sangat kuat dapat mengukuhkan identiti.

Antara logo jenama di negara kita yang semua orang kenalPhoto from nurulrahmah

Namun, disebalik kecantikan visual, adakah perkara ini mempunyai maksud tersirat yang ramai tak tahu?

Apple

Logo Apple yang dikenali satu duniaPhoto from Lowyat.Net

Lihat sahaja perasmian Apple Store pertama di Malaysia, betapa ramai orang beratur untuk meraikan kedai tersebut. Apple merupakan salah satu jenama paling terkenal seluruh dunia dalam industri teknologi.

Diasaskan pada tahun 1976 oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne. Logo epal dengan gigitan di sudut sebelah kanan menjadi identiti yang berkait rapat dengan syarikat gergasi ini.

Pengasas Apple, Steve Jobs di kiri, Ronald Wayne di tengah dan Steve Wozniak di kananPhoto from The Mercury News

Pelbagai teori pernah dikeluarkan tetapi yang paling popular ialah kisah Adam dan Hawa dengan gigitan Buah Terlarang. Perkara ini menurut artikel ditulis di laman web Crowdspring.

Nike

Logo 'swoosh' sangat sinonim dengan NikePhoto from Nike

Menurut laman Branding Forum, logo jenama Nike telah dihasilkan dengan kos sebanyak $35 (RM164) sahaja tetapi jelas menjadi salah satu yang sangat mudah untuk dikenali oleh sesiapa sahaja.

Pelajar reka bentuk, Carolyn Davidson telah mencipta visual ikonik pada tahun 1971. Ia mengambil ilham daripada sayap dewi Yunani yang bernama Νίκη dalam bahasa Yunani.

Proses penghasilan logo Nike oleh CarolynPhoto from Looka

Reka bentuk sangat ringkas tetapi cukup efektif untuk menyampaikan visi jenama ini. Kini, tak kisah siapa pun tunjuk sahaja jenama ini. Mereka pasti akan mengenali Nike.

Coca-Cola

Minuman berkarbonat yang paling dikenali dengan warna merahPhoto from Mashed

Seorang akauntan di Dr Pemberton bernama Frank Robinson telah menghasilkan visual untuk jenama terkenal ini. Hanya menggunakan font tulisan 'Spencerian Script', menjadi identiti asas untuk masa hadapan syarikat minuman berkarbonat cukup terkenal.

Pilihan warna merah serta pemilihan rekaan grafik yang ringkas telah menambah daya tarikan pada visual jenama ini. Ia boleh dikaitkan dengan apa-apa sahaja seperti orang muda, keyakinan dan kecemerlangan contohnya.

Mercedes-Benz

Jenama mewah yang menjadi impian semua lelakiPhoto from Logomaster

Sebuah jenama automotif yang menjadi impian para lelaki. Mercedes-Benz mempunyai sejarah disebalik visual yang diletakkan pada kereta mereka.

Adik-beradik Damler, anak kepada pengasas telah mencipta logo berdasarkan bintang berbucu tiga yang digunakan oleh bapa mereka. Ia melambangkan darat, laut dan udara mencerminkan kemajuan syarikat untuk mencapai kecemerlangan.

Bintang Merdedes Benz menjadi simbol untuk mencapai kemajuan dalam automotifPhoto from Frame

Namun pada tahun 1926, ia telah diubah suai dengan meletakkan bintang dalam bulatan mewakili populariti di seluruh dunia. Tambahan pula, terdapat bentuk logam 3D menghasilkan sebuah lencana begitu ikonik untuk Mercedes-Benz.

Google

Ringkas tapi sungguh kreatif menjadi tunggakan GooglePhoto from The Keyword

Hampir setiap masa kita melihat serta menggunakan servis syarikat ini. Ia dicipta oleh pelajar Universiti Stanford pada tahun 1998. Google tidak takut untuk menghasilkan sebuah visual yang kreatif.

Walau bagaimanapun, reka bentuk yang telah terhasil tidak boleh menjejaskan identiti mereka. Selain itu, pilihan warna primer dan sekunder mencerminkan visi syarikat untuk tidak mengikut peraturan konvensional.

Antara logo yang cukup ikonik!

Adidas

Tiga jalur selari melambangkan gunung tau!Photo from MASSES

Ada orang minat Nike, ada orang lebih gemar jenama ini. Dianggap sebagai peneraju dalam dunia sukan, visual tiga jalur selari dikatakan membentuk sebuah gunung. Memberi maksud cabaran serta matlamat yang Adidas ingin capai.

Walaupun mempunyai reka bentuk visual ringkas, ia cukup berkuasa mencerminkan identiti serta falsafah jenama ini. Selain itu, dengan logo tersebut mereka ingin mengatasi segala halangan untuk mencapai potensi penuh mereka.

Setiap kasut mudah dikenali apabila ada 3 garis selariPhoto from Adidas

Sehubungan dengan itu, visual tersebut mewakili kepelbagaian dan keterangkuman yang menjadi nilai asas bagi mereka. Ia juga melambangkan kualiti, prestasi dan gaya.

Toyota

Logo Toyota menjadi identiti jenama terkemuka gergasi dari JepunPhoto from Jalaopnik

Merupakan salah satu jenama gergasi automotif dari Jepun. Toyota hadir dengan tiga elips bertindih membentuk "T" bergaya yang mewakili kesatuan pelanggan dan jenama.

Selain itu, dua elips lebih besar melambangkan jantung syarikat dan dunia sedang bergerak. Manakala elips kecil mewakili teknologi Toyota yang berpotensi tinggi di masa depan yang tidak terhingga.

Walaupun memiliki reka bentuk ringkas namun cukup padat mencerminkan visi jenama automotif ini.

PETRONAS

Bukan sahaja terkenal dalam negara, satu dunia mula kenal PetronasPhoto from Offshort Technology

Antara jenama paling terkenal dalam negara kita. PETRONAS menghasilkan visual pertama pada tahun 1974. Terdapat visual minyak menurun dan simbol P menceritakan kepakaran dalam industri minyak dan gas.

Di bahagian tengah terdapat bentuk bulat melambangkan kitaran lengkap dalam industri minyak dan gas. Warna hijau zamrud mewakili lautan dan darat yang menjadi sumbar mereka.

Sehingga menjadi jenama unggul dalam bidang perlumbaanPhoto from F1

Kemudian bentuk lengkung lembut telah menggambarkan aliran berterusan untuk mencapai kemajuan dalam industri.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok