download Jom Explore app
8 Jenis Rumah Selalu Kita Nampak Di Malaysia

8 Jenis Rumah Selalu Kita Nampak Di Malaysia

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Ramai netizen merasakan jenis rumah yang ada di negara hanya ada beberapa sahaja. Sama ada teres, flat, banglo, kondominium dan lain-lain. Sebaliknya ada lebih daripada itu yang mungkin korang tak perasan.

Industri seni bina negara giat melahirkan pelbagai bangunan yang cantik menghiasi landskap negara. Kesannya boleh dilihat dengan pelbagai kediaman rumah cantik mula tumbuh seperti cendawan.

Tak semuanya kelihatan sama tetapi masih mengikut gaya seni bina yang sesuai dengan iklim cuaca negara. Untuk pengetahuan am, hartanah rumah dilindungi oleh Akta Pembangunan Perumahan (HDA).

Contoh kawasan perumahan biasa di MalaysiaPhoto from iStock

Ia ditubuhkan untuk melindungi kepentingan pembeli hartanah. Selain itu, mereka turut:

  • Membantu semasa pertikaian antara pemaju dan pembeli
  • Melindung kepentingan pembeli jika pembangunan terbengkalai
  • Menetapkan peraturan bila pemaju mula mengenakan bayaran kepada pembeli

Disebabkan semakin banyak jenis rumah baru telah muncul. Ia boleh menyebabkan kita mudah keliru dan boleh kena tipu dengan agen hartanah tentang perkara ini.

Ada banyak sangat jenis rumah, mana satu kegemaran anda?Photo from PropertyGuru

Oleh itu, min senaraikan jenis rumah yang korang akan biasa jumpa dalam negara. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin ingin mencari rumah idaman.

1. Perbezaan Antara Banglo / Banglo-Zero Lot / Kluster / Villa / Agam

Contoh rumah agam ada dalam negara kitaPhoto from Libur

Seperti kebiasaan di mana-mana negara maju, rumah atas tanah adalah lambang kemewahan. Jika kita melihat hartanah orang kaya kita akan panggil sebagai 'banglo' dan bukan agam.

Tetapi ada perbezaan ke antara dua tersebut? Haa.. baca di bawah untuk memahami perbezaannya:

Rumah banglo mewah dimiliki oleh orang t20 di negara kitaPhoto from Tatler Asia

  • Agam = lebih besar daripada banglo dengan tanah besar (paling besar)
  • Banglo = Kecil sedikit daripada agam dari segi kaki persegi dan keluasan tanah
  • Banglo Zero-Lot = Sama seperti banglo tapi mempunyai tanah lebih kecil. Majoriti letak di bahagian corner lot (paling tepi) memanfaatkan tanah yang ada
  • Rumah Kluster = Dibina secara berkelompok empat buah dalam satu

Contoh rumah klusterPhoto from NRY Architects

2. Rumah Berkembar & Berasingan

Rumah berkembar yang semakin popular kalangan keluarga sederhanaPhoto from Idaman Property Valet

Selain daripada banglo, jenis berkembar dan berasingan (Semi-D) juga semakin popular kebelakangan ini. Majoriti Lembah Klang mempunyai jenis rumah seperti ini yang popular kalangan keluarga bersaiz sederhana.

Perbezaan antara dua jenis adalah seperti berikut:

  • Rumah Berkembar = berkongsi dinding dengan sebelah
  • Rumah Berasingan = berdiri sendiri dan tidak berkongsi dinding dengan jiran sebelah

3. Rumah Teres Ada 3 Jenis, Teres / Teres Link / Teres Superlink

Rumah teres pun sampai ada 3 jenis Photo from Utusan Malaysia

Tak ramai tahu sebenarnya rumah teres ada 3 jenis yang berbeza walaupun berada dalam kategori yang sama. Faktor yang membezakan antara 3 jenis tersebut bergantung pada saiz.

  • Teres = Paling kecil antara semua biasanya mempunyai saiz 22 kaki x 75 kaki
  • Teres Link = Besar daripada rumah teres
  • Superlink = Paling besar antara 3 jenis, boleh mencecah sehingga 34 x 80 kaki

Ini rupa teres Superlink yang berbeza daripada teres biasaPhoto from Ejen Hartanah

Membezakan mengikut saiz rumah lebih memudahkan kita dari pihak pembeli. Memahami perbezaan antara 3 ini membuatkan kita lebih yakin membeli hartanah walaupun memiliki harga lebih tinggi.

4. Townhouse

Rupa townhouse yang jarang ada dalam negaraPhoto from iProperty

Semakin banyak diusahakan dalam negara kita berbanding beberapa tahun lepas. Apa yang korang perlu faham ialah dua atau tiga rumah berkongsi dalam satu unit. Ia akan disusun atas satu sama lain atau bersebelahan.

Namun jangan salah sangka yang korang berkongsi ruang sama. Setiap pemilik akan mempunyai ruang masuk tersendiri, contohnya satu di bahagian depan dan lagi satu di bahagian sisi.

2 unit berkongsi 1 ialah keunikan townhousePhoto from PropertyGuru

Menariknya ia kelihatan seperti sebuah rumah tunggal dari luar.

5. Pangsapuri & Flat

Rumah Pangsapuri memberikan unit mampu milik untuk dimilikiPhoto from Lagenda Properties

Pangsapuri, flat atau apartment tidak kisah korang panggil jenis ini apa. Ia sebuah rumah bertingkat tinggi (high-rise) sangat kerap kita jumpa dalam negara. Jenis ini juga telah wujud sejak berabad lagi.

Tujuan ia dibina untuk menawarkan unit bertaraf rendah pada harga berpatutan. Tetapi mempunyai sedikit perbezaan seperti:

  • Flat = kediaman lima tingkat bertangga tanpa pagar dan kawalan. Tempat letak kereta di luar dan tidak mempunyai kemudahan lain
  • Pangsapuri  = berada dalam kawasan berpagar dan lebih daripada lima tingkat. Lengkap dengan lif dan disambungan dengan ruang letak kereta di luar. Mempunyai kemudahan asas seperti taman permainan

Kedua jenis hartanah ini mempunyai status kediaman strata.

6. Pangsapuri Perkhidmatan (Service Apartment)

Service apartment lengkap dengan pelbagai kemudahan meningkatkan kualiti hidup pendudukPhoto from Edge Prop

Jenis kediaman bertingkat tinggi yang semakin popular terutama di Kuala Lumpur. Ia antara jenis hartanah yang digemari ramai kerana mempunyai banyak perkhidmatan untuk penduduk meningkatkan kualiti hidup.

Di negara kita ada beberapa jenis dengan perbezaan kecil sama seperti jenis teres. Lihat dibawah:

  • Kondominium = Pelbagai kemudahan dengan keselamatan ketat. Ada ruang letak kereta dan perlu diusahakan kawasan tanah seluas 4,000 meter persegi ke atas
  • Pangsapuri Perkhidmatan, Kediaman Perkhidmatan & Suite Perkhidmatan = Lengkap dengan segala perkhidmatan seperti sebuah hotel

7. Penthouse, Loft Dan Duplex

Penthouse ialah unit paling besar dalam rumah bertingkat tinggi dan ia paling mahal!Photo from Tatler Asia

Kalau agam dan banglo jenis rumah bertanah yang mewah. Penthouse, loft dan duplex ialah simbol kaya dan mewah berada di tingkat tinggi. Sama seperti jenis berkembar cuma tidak terikat dengan tanah.

Biasanya korang akan jumpa jenis ini berada berdekatan dengan pusat bandar (downtown) seperti di KLCC, Bukit Bintang contohnya. Perbezaan antaranya ialah seperti berikut:

  • Penthouse = Terletak di bahagian paling atas kediaman bertingkat. Mengambil seluruh tingkat dan ada juga versi dua tingkat menjadi unit paling mahal dalam sebuah bangunan
  • Loft dan Duplex = Sebuah unit dua tingkat dalam kediaman bertingkat tinggi

Rumah duplex atau loft semakin popular dalam kalangan pasangan mudaPhoto from Edge Prop

8. Rumah Kedai

Contoh rumah kedai yang berkongsi rumah di atas kedai di bawahPhoto from Vocket

Jenis kediaman yang terletak di atas kedai. Walaupun kedai di bahagian bawah mempunyai status komersial, bahagian di atas mempunyai status kediaman. Di negara lain konsep ini dikenali sebagai mixed-use (kegunaan bercampur)

Namun ini bergantung sepenuhnya kepada pemaju. Sama ada mereka memohon Status Kediaman untuk bahagian di atas kedai atau tidak. Jika gagal menukar status kediaman, ia tidak dilindungi oleh HDA.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok