download Jom Explore app
Wahh Lawa Betul Apple Store Dalam Asia

Wahh Lawa Betul Apple Store Dalam Asia

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 30 May 2024
Digital Editor

Apple Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi yang ditunggu oleh peminat gajet dalam negara. Mereka mengesahkan Apple store pertama di Malaysia akan dibuka pada 22 Jun di TRX Exchange Mall.

Apple Store di TRX Exchange akan menjadi kedai ke-6 dalam kawasan Asia Tenggara. Singapura memiliki 3 dan Thailand 2. Sehubungan itu, syarikat gergasi turut mengeluarkan hiasan wallpaper untuk meriahkan perasmian tersebut.

Tak sabarnya nak tengak pelancaran rasmiPhoto from RinggitPlus

Terdapat perbezaan ketara berbanding kedai rasmi dan penjual semula premium yang telah wujud di negara kita. Walaupun produk dan harga dijual kekal sama, konsep, seni bina dan pengalaman membeli jauh lebih istimewa.

Kerana majoriti Apple store mereka di Asia dijadikan monumen seni bina kontemporari. Menggerakkan trend futuristik dan gaya rekaan minimalism, syarikat gergasi ini berjaya menghasilkan banyak bangunan cukup menakjubkan.

Jom lihat Apple Store di kawasan AsiaPhoto from 9to5Mac

Senarai berikut ialah 5 Apple Store paling cantik dalam kawasan Asia.

Marina Bay Sands, Singapura

Pandangan panaroma 360 darjah melihat bandar SingapuraPhoto from Tatler Asia

Mengambil inspirasi daripada bangunan Pantheon di Rom, kedai ini direka oleh Foster + Partners terdiri daripada 114 keping kaca, terapung atas air memberikan pemandangan panaroma 360 darjah melihat keseluruhan landskap bandar.

Sejak dibina, kedai ini menjadi ikon dalam industri seni bina. Bangunan tersebut berdiri penuh megah dengan struktur kubah yang menggunakan kaca seluas 30 meter melahirkan sesuatu yang cukup unik.

Mengambil inspirasi daripada Pantheon di Rom terlihat di bahagain bumbungPhoto from Tatler Asia

Selain itu terdapat sebuah forum yang dibina di bahagian dalam. Dikelilingi sebuah skrin dan beberapa pokok mencerminkan nama gelaran bandar Singapura iaitu 'Garden City'. Di sini, sesiapa sahaja boleh kongsi pandangan ketika Sesi Apple dijalankan.

Contoh sesi perbincangan di forum tersebutPhoto from Tatler Asia

Central World, Bangkok, Thailand

Antara Apple Store yang membuat ramai terpegun dengan kecantikannyaPhoto from Tatler Asia

Ketika pelancarannya ramai terpegun melihat kecantikan Apple Central World yang terletak di daerah Ratchaprasong, Bangkok. Direka oleh firma sama dengan kerjasama F&P dari Thailand dan Architects 49.

Kedai dua tingat menampilkan reka bentuk silinder diperbuat dengan kaca mempunyai diameter selebar 24.4m. Seterusnya bahagian bumbung serong dihasilkan dengan kayu disokong kuat oleh bahagian pusatnya.

Lingkaran tangga menghasilkan dimensi lebih mendalamPhoto from Tatler Asia

Struktur pusat berdiri secara menegak diperbuat daripada 1,461 kayu oak putih Eropah menjadi tarikan utama. Tambahan pula, terdapat tangga lingkarang mebawa kita menuju ke forum utama.

Tujuan ini semua dihasilkan untuk mempamerkan rangkaian terbaru produk Apple memenuhi seluruh kawasan kedai.

Walaupun berada di tengah Bangkok, ia memberi nafas baruPhoto from Tatler Asia

Marunouchi, Tokyo, Jepun

Konsep minimalism yang dihasilkan di TokyoPhoto from Tatler Asia

Terletak tidak jauh dari Stesen Tokyo dan Istana Maharaja bersejarah menjadi tumpuan pelancong di Tokyo. Wujudnya Apple Marunouchi berada dalam bangunan Mitsubishi yang telah dibina pada tahun 1973.

Kedai ini dibina dengan mengambil berat budaya orang Jepun. Contohnya lampu yang digunakan menghasilkan aura tenang tapi hangat mengambil inspirasi dari kepercayaan 'zen'. Selain itu, Foster + Partners memberi fokus kepada tema minimalis.

Penggunaan pokok bamboo ialah inspirasi daripada budaya Zen Photo from Tatler Asia

Dengan menghasilkan garisan lurus tidak terganggu, tona warna neutral. Selain itu, terdapat pokok buluh di bahagian dalam dan sepanjang bahagian luar merujuk kepada budaya orang Jepun.

Xinyi A13, Taipei, Taiwan

Walaupun nampak moden, ia masih mengambil inspirasi seni bina tradisional AsiaPhoto from Tatler Asia

Mengambil inspirasi dari seni dan budaya Taiwan. Kedai ini mempunyai seni bina Asia moden. Dengan gaya binaan pavilion dan bumbung bertetulang (dikukuhkan) berbentuk cekung yang dihasilkan guna gentian karbon (carbon fiber).

Bahagian dinding dan tangga disalut dengan cengkerang putih menghasilkan rekaan cukup menyerlah. Kemudian setiap produk dipamerkan guna meja kayu serta paparan siap dipasang.

Fokus mereka di Taiwan untuk hasilkan mood intim supaya pelanggan dapat berinteraksi dengan produk ApplePhoto from Tatler Asia

Menurut Foster + Partners, mereka ingin hasilkan suasana intim apabila pelanggan masuk ke dalam kedai ini. Caranya terhasil dengan membawa unsur alam semula jadi seperti pokok, tempat duduk kayu pada ruang dalam.

Kedai Paling Cantik Di Asia, Semestinya Apple Store Malaysia!

Manakala Apple store paling cantik pula ialah Malaysia punyaPhoto from Vocket

Sekali lagi mengambil inspirasi daripada budaya tempatan. Ramai katakan bangunan kedai Malaysia rupa seperti tudung saji di dapur rumah, keluasan juga sangat menakjubkan memberi kontras sekitar kawasan TRX.

Walau bagaimanapun masih banyak info kita tidak tahu seperti ruang dalam. Namun, ramai pakar gajet merasakan kedai di Malaysia akan ada banyak aktiviti seperti di negara lain.

Contohnya, "Today at Apple" ialah kelas percuma dikendalikan oleh pakar dipanggil Creatives. Mereka akan mengajar orang awam pelbagai topik seperti fotografi, design, video dan macam-macam lagi.

Tinggal beberapa hari lagi, tak sabar rasanya!Photo from Nasi Lemak Tech

Selain itu terdapat bahagian dipanggil "Genius Bar". Di sini pengguna barang Apple berpeluang untuk mendapat pelbagai perkhidmatan servis cekap dan pantas berbanding sebelum ini.

Kalau begitu, simpan tarikh pada 22 Jun 2024 bagi melihat perasmian pembukaan di TRX Exchange.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok