download Jom Explore app
Biar Betul! Airport Pun Takda Dekat Negara Ini?

Biar Betul! Airport Pun Takda Dekat Negara Ini?

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 20 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara keseronokan pergi bercuti di luar negara sudah tentu menaiki kapal terbang di lapangan terbang (airport). Tetapi apa akan berlaku jika negara kita ingin melawat tidak mempunyai airport.

Eh mana boleh macam tu min. Mustahil perkara sebegitu boleh berlaku, tidak mungkin sebuah negara tidak mempunyai dana untuk membina sebuah airport untuk memudahkan pelancong keluar masuk.

Macam pelik kan sebuah negara takda airport? Kita pun ada!Photo from Arkitek ICB Sdn Bhd

Sedangkan negara seperti Singapura pun wujud Changi Airport yang cukup terkenal sebagai antara yang paling cantik dalam dunia. Haa.. mungkin kedengaran pelik, realitinya memang wujud negara ini.

Baca sehingga habis untuk kenali kesemuanya.

Jika tiada airport, bagaimana pelancong nak lawat negara ini?Photo from Lowyat

1. San Marino

Terletak di kawasan berbukit-bukau, San Marino terkenal dengan bangunan bersejarahPhoto from Britannica

Menjadi negara kelima terkecil dalam dunia yang mungkin korang tidak pernah dengar. San Marino terletak dalam negara Itali berdekatan dengan Florence, Bologna dan Tuscany.

Negara micro ini tidak mempunyai airport tersendiri. San Marino pula terletak di kawasan berbukit-bukau tetapi tidak menghalang pelancong luar untuk menyinggah dan melihat kecantikkan yang ada.

Menariknya, San Marino masih mengekalkan beberapa seni bina bersejarah yang sungguh cantik. Jika ingin melawat, korang boleh pergi ke Lapangan Terbang Federico Fellini (Itali) yang terletak hanya 14 km.

Dikelilingi bangunan bersejarah menawarkan gambaran kehidupan orang duluPhoto from beer and croissants

Tambahan pula, penduduk di negara ini dipercaya antara terkaya dalam dunia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita.

2. Liechtenstein

Berkongsi sempadan bersama Austria dan JermanPhoto from The Family of 5

Juga sebuah negara terkecil dalam dunia berkongsi sempadan bersama dua negara gergasi, iaitu Austria dan Jerman. Untuk melihat keindahan Liechtenstein, korang perlu memandu kereta atau menaiki kereta api dari Switzerland yang berdekatan.

Airport paling dekat ialah Lapangan Terbang St. Gallen-Altenrhein, Switzerland. Keluasan negara ini adalah 160km persegi. Untuk Kuala Lumpur jauh lebih besar daripada negara ini dengan perbezaan sebanyak 83 km persegi.

KL lebih besar daripada negara iniPhoto from GetByBus

Ia dilaporkan bandar terbesar Liechtenstein mempunyai 6,000 penduduk sahaja. Walau bagaimanapun negara ini mempunyai hutang terendah dan juga mempunyai KDNK per kapita tertinggi.

3. Monaco

Monaco cukup terkenal sebagai sebuah permata di EropahPhoto from Pinterest

Walaupun memiliki saiz sungguh kecil dan berkongsi sempadan bersama jirannya yang sungguh besar iaitu Perancis. Monaco merupakan antara yang paling popular dan terkenal dalam senarai ini.

Menjadi negara kedua terkecil dalam dunia, ia juga sebuah negara paling padat dengan penduduk di dunia. Kenapa negara ini terkenal walaupun kecil dan tidak memilki airport tersendiri?

Perlumbaan F1 setiap tahun menjadi tarikan utama di MonacoPhoto from Monaco Lif

Monaco ialah sebuah negara yang mempunyai prestij sangat tinggi. Menjadi tuan rumah wajib untuk perlumbaan Formula One yang tertua. Selain itu, ia juga dipenuhi dengan golongan elit menetap di sini.

Airport paling dekat ialah Lapangan Terbang Nice Cote d'Azur, Perancis.

4. Andorra

Andorra pula terkenal dengan suasana menawan!Photo from GezEnder

Terletak di sempadan antara Sepanyol dan Perancis dan berada di banjaran gunung Pyreness. Andorra merupakan sebuah negara menawarkan permandangan sungguh menakjubkan.

Pelancong boleh mendaki gunung sambil menikmati keindahan suasana yang tak dapat di tempat lain. Ibu negeri Andorra, Andorra la Velle adalah ibu kota tertinggi di Eropah dan korang boleh melawat Andorra melalui 5 airport berdekatan di Sepanyol dan Perancis.

Cuma perjalanan daripada lapangan terbang ke negara ini akan mengambil masa sedikit, iaitu 3 jam. Selain itu, warga Andorra mempunyai jangka hayat tertinggi dalam dunia kerana mempunyai budaya makanan cukup sihat.

Makanan Andorra dikatakan sangat sihat, sebab itu jangka hayat mereka paling tinggi dalam duniaPhoto from In Your Pocket

Bukan itu sahaja, negara ini sudah berusia lebih 1,000 tahun.

5. Vatican State

Vatican state terletak dalam bandar Rom, paling kecil dalam duniaPhoto from Navager

Secara rasmi, Vatican ialah negara paling kecil dalam dunia. Ia tidak diperintah daripada mana-mana negara lain dan hanya mempunyai kawasan seluas 190 ekar membuatkan ia tidak muat untuk ada airport.

Jika korang tidak tahu Vatican berada di mana, ia terletak dalam bandar bersejarah Rom, Itali. Bayangkan keluasan kawasan Bukit Bintang, diubah menjadi sebuah negara untuk memahami suasana negara ini.

Boleh singgah melalui bandar bersejarah RomPhoto from What a Life Tours

Walau bagaimanapun, Rom mempunyai dua airport antarabangsa. Jika korang nak menyinggah ke sini, terbang sahaja ke Rom dan memandu ke Vatican yang tidak akan mengambil masa sangat lama.

Maka, ini 5 negara yang tidak mempunyai airport secara rasmi. Hairannya perasan tak semuanya berada dalam benua Eropah?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok