download Jom Explore app
Pakar Rekomen 5 Laptop Terbaik Ini

Pakar Rekomen 5 Laptop Terbaik Ini

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 07 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara masalah yang ramai orang sering hadapi ialah membeli laptop yang sesuai dengan gaya hidup kita. Memandangkan harga peranti ditawarkan berbeza mengikut jenama dan kedai, ramai orang sering keliru dengan isu ini.

Jangan risau min sedia membantu! Kalau korang tengah scroll mencari laptop yang bersesuaian dengan bajet, korang berada di tempat yang betul. Tidak kisah sama ada seorang pelajar, perkerja atau kaki gamer.

Nak cari laptop sesuai dengan gaya hidup kita bukan main susahhPhoto from Canva

Dengan harga bawah RM3,000, min senaraikan beberapa pilihan terbaik yang bersesuaian dengan gaya hidup masing-masing.

1. Acer Nitro V15

Design modern sesuai untuk gamer tengah berkerjaPhoto from PC World

Untuk kaki gamer mencari laptop dengan bajet sedia ada agak sukar. Tak banyak pilihan baik kita ada masa ini namun apa kata korang lihat Acer Nitro V15 pada RM2,999. Berikut ialah spesifikasinya:

Spesifikasi

  • Skrin 15.6” FHD IPS 144Hz
  • CPU Intel Core i5-13420H
  • GPU NVIDIA RTX 2050
  • RAM 8GB DDR4 (boleh diperbesar)
  • Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
  • I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 3 USB-A, LAN, audio 3.5mm
  • Bateri 75Wh
  • Berat 2.11kg

Bermula dengan cip Intel Core i5-13420H mempunyai 8 teras dalam konfigurasi 4+4 serta cip 45W. Maksudnya korang tidak akan hadapi sebarang masalah untuk lakukan kerja dan main game.

harga berbaloi untuk laptop gamerPhoto from congress intercultural

Selain itu, kad grafik RTX2050 sudah cukup untuk main segala game dengan resolusi Full High Definition (FHD) dengan kadar bingkai (frame rate) bagus. Walau bagaimanapun, RAM 8GB DDR4 ialah kelemahan untuk laptop ini.

Pada tahun 2024 kita sekurangnya memerlukan 16GB untuk memastikan tiada halangan ketika melakukan kerja. Skrin 15.6" IPS LCD resolusi FHD dapat memberikan visual imej menawan.

2. HP 15

Sangat sesuai untuk student baru masuk UniversitiPhoto from Harvey-Norman

Laptop sangat sesuai untuk pelajar yang baru menjejak kaki dalam bangku Universiti. Model ini sentiasa dipilih sebagai antara bajet laptop yang bagus dan sejak ditambah baik dengan cip Intel Core i5-1335U, memang berbaloi!

Spesifikasi

  • Skrin 15.6” FHD IPS 60Hz
  • CPU Intel Core i5-1335U
  • GPU Intel UHD
  • RAM 8GB DDR4 (boleh diperbesar)
  • Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
  • I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 2 USB-A, audio 3.5mm
  • Bateri 41Wh
  • Berat 1.59kg

Spesifikasi asas dengan RAM 8GB boleh dibeli dengan harga bawah RM2,500. Tetapi kalau dah ada bajet lebih korang boleh naik taraf sehingga 32GB bersama storan 512 GB supaya dapat menyimpan segala fail penting.

Seterusnya dengan skrin sebesar 15.6". Korang takkan ada masalah untuk membuka dan melihat pelbagai fail dalam satu masa. Akhir sekali peranti ini senang untuk dibawa ke mana-mana kerana mempunyai berat 1.59 kg sahaja.

3. Asus Vivobook 15 OLED

Skrin OLED memberikan kualiti imej visual sungguh menawan!Photo from ASUS

Ada individu pentingkan skrin yang lawa untuk laptop mereka. Kalau korang begitu apa kata lihat model ini kerana ia dapat menyesuaikan keperluan itu. Untuk harga yang dijual korang dapat menikmati skrin OLED dengan spesifikasi tinggi.

Spesifikasi

  • Skrin 15.6” FHD OLED 600nits maksimum
  • CPU Intel Core i3-1115G4
  • GPU Intel UHD
  • RAM 4GB DDR4
  • Storan 512GB SSD
  • I/O 1 HDMI, 2 USB-A, 1 USB-C, audio 3.5mm, 1 slot mikro-SD
  • Bateri 57Wh
  • Berat 1.80kg

Mempunyai skrin 15.6" dengan tahap kecerahan mencapai 600 nits. Paling tinggi berbanding laptop yang disenaraikan dalam artikel ini. Seterusnya ia diperakui oleh Pantone Validated sangat berbaloi untuk pereka grafik.

Memiliki design modern dan ringan memudahkan kita bawa ke mana mana sahajaPhoto from ASUS

Namun kelemahan model ini ialah cip yang diberikan. Ia agak berusia dan tua tetapi korang boleh naik taraf RAM untuk memastikan ia beroperasi dengan cekap serta pantas. Untuk harga yang ditawarkan, skrin OLED ialah keistimewaannya.

4. Asus Vivobook 15X

Selain versi OLED, model ini pun best jugak!Photo from Mint Lounge

Sebuah laptop yang ringan sentiasa menjadi faktor utama yang bermain dalam fikiran kita sebelum membeli. Tapi selalunya peranti ringan tidak mempunyai skrin yang besar.

Perkara itu sangat menyusahkan bagi pelajar, perkerja yang membuka beberapa aplikasi dalam satu masa. Oleh itu min cadangkan korang lihat model ini pula. Ia hadir dengan skrin 15.6" dengan berat keseluruhan hanya 1.6kg sahaja.

Bermaksud korang dapat membawanya tanpa perlu tanggung sakit belakang. Spesifikasinya ialah seperti berikut:

Spesifikasi

  • Skrin 15.6” FHD IPS 60Hz
  • CPU Intel Core i5-1335U
  • GPU Intel UHD
  • RAM 8GB DDR4 (boleh diperbesar)
  • Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
  • I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 3 USB-A, LAN, audio 3.5mm
  • Bateri 42Wh
  • Berat 1.60kg

Berbaloi untuk harga yang ditawarkanPhoto from RTINGS

Walaupun spesifikasinya tidaklah begitu kuat, namun ia cukup kuat untuk menyelesaikan segala masalah harian korang. Sangat sesuai untuk mereka yang suka berkerja di luar ofis!

5. Lenovo IdeaPad Slim3 Gen 9

Ringan, saiz kompak memudahkan untuk bawa laptop ini ke mana manaPhoto from RTINGS

Perlukan sebuah laptop yang power tapi dalam bersaiz kecil untuk dibawa ke mana-mana sahaja? Haa.. rasanya korang akan jatuh cinta dengan model ini. Sejak diberikan versi baru dengan cip Intel Core i5 120U yang lebih kuat.

Ia merupakan keluaran tahun 2023 mempunyai 10 teras. Dengan harga RM2,999 juga mempunyai RAM DDR5-5200 16GB berserta storan seluas 512 GB. Ia cukup bagus untuk kegunaan harian.

Walaupun mempunyai skrin bersaiz 14" ia bukanlah satu kelemahan. Sebaliknya kapasiti bateri sudah cukup untuk memberi bekalan tenaga secukupnya untuk menampung penggunaan pada hari yang panjang.

Akhir sekali dengan berat 1.37kg, sudah tentu ia akan terasa sangat ringan dalam beg kita! Justeru semakin senang untuk melakukan kerja di mana-mana sahaja kita ingin.

Spesifikasi

  • Skrin 14” FHD IPS 60Hz
  • CPU Intel Core 5 120U
  • GPU Intel UHD
  • RAM 16GB DDR5
  • Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
  • I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 2 USB-A, 1 pembaca kad SD, audio 3.5mm
  • Bateri 47Wh
  • Berat 1.37kg

Haa.. laptop mana satu yang akan menjadi pilihan utama korang?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok