download Jom Explore app
Serendah RM599, Ini Jam Pintar Paling Best!

Serendah RM599, Ini Jam Pintar Paling Best!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Haa.. tengah mencari jam pintar yang ada banyak fungsi dengan harga berbaloi ke tu? Korang cuba usha HUAWEI WATCH FIT 3 menampilkan rekaan sangat nipis dengan berat hanya 26g bermula dengan harga serendah RM599 sahaja.

Semakin ramai orang gemar memakai jam pintar berbanding jam analog pada hari ini. Bukan sahaja dapat menunjukkan masa, ia mempunyai banyak fungsi sangat membantu gaya kehidupan seharian kita.

Teknologi pula semakin maju saban hari. Dahulu jam pintar mempunyai nilai tinggi dalam pasaran. Namun, kini semakin banyak pilihan ada membuatkan kita susah serta rambang mata untuk pilih yang paling best.

Semakin ramai memilih jam pintar kerana fungsinyaPhoto from ben sin

Disebabkan itu, apa kata korang baca sampai habis untuk mengenali segala fungsi menarik wujud di Huawei Watch Fit 3.

Seni Reka Lebih Kemas, Elegan Dan Bergaya

Mempunyai reka bentuk sungguh kemas, moden dan sleekPhoto from forbes

Selling point utama jam ini ialah rekaan berbentu petak yang sangat nipis tau! Ini memberikan aura lebih berani tetapi masih elegan untuk pengguna yang inginkan sesuatu kelainan dalam pasaran.

Ia mempunyai badan berukuran 9.9 mm dengan berat 26g tanpa tali tau. Huawei juga telah memastikan badan jam ini diperkuatkan supaya tahan lama dan tidak mudah rosak ketika berhadapan apa jua situasi.

Selain itu, perasan tak betapa modern rekaan keseluruhan jam ini? Bukan itu sahaja, penampilannya sangat kemas bersama sentuhan ergonomik memberikan keseimbangan. Bahagian mahkota berwarna merah boleh diputarkan untuk menjadi sistem navigasi bagi pengguna.

Sentuhan merah di bahagian mahkota (kanan) memberi sedikit elemen mewahPhoto from Huawei

Tambahan pula, ada satu butang untuk memberikan korang pilihan memilih layout latar belakang dan mencipta Gallery serta Style muka jam tersendiri.

Sangat Sesuai Untuk Mereka Yang Aktif

Contih pengguna yang aktif dengan jam pintarPhoto from Forbes

Majoriti pengguna jam pintar adalah mereka yang aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti. Mereka akan catat, rekod serta melihat tahap kesihatan ketika bersenam atau bila-bila masa.

Jika korang tergolong dalam kumpulan tersebut. Min ada berita baik kerana jam ini ialah padanan sempurna untuk korang tau! Kerana ada lebih daripada 100 mod senaman yang boleh dipilih untuk bantu capai sasaran kalori aktiviti harian.

Bukan itu sahaja, terdapat ciri pengurusan kalori untuk membantu korang mengawal diet lebih senang. Haa.. tak perlu dah bersusah payah memikirkan makanan apa boleh atau tidak boleh dimakan setiap hari.

Takut diet asyik gagal? Jam ini akan jaga diet korangPhoto from Huawei

Tambahan pula, Huawei TruSport™ memperkenalkan 5 mod baru seperti bola sepak, bola keranjang dan bermacam-macam lagi. Manakala, Activity Rings 2.0 membantu untuk kita mencipta tabiat untuk bersenam menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Eh ada lagi tau. Jam ini boleh mengira data aktiviti seperti kiraan langkah, penggunaan kalori dan kadar denyutan jantung kita.

Jangan Risau, Bateri Mampu Bertahan Lebih Lama

Caj 10 minit sudah mampu bertahan untuk 1 hariPhoto from Huawei

Antara masalah yang menjadi mimpi ngeri untuk pengguna jam pintar ialah jangka hayat bateri. Untuk jam ini korang tidak perlu risau kerana ia mampu bertahan sehingga 10 hari dengan sekali cas sahaja.

Menariknya jika korang caj selama 10 minit sahaja sudah boleh bertahan selama satu hari tau. Walau bagaimanapun, jika korang seorang pengguna kerap, kapasiti bateri boleh bertahan sehingga seminggu.

Sudah memadai betul tak?

Kehidupan Jauh Lebih Cekap Dan Mudah Selepas Ini

Kehidupan jadi lebih mudah, produktif dan efisienPhoto from Expert Reviews

Jam ini bukan sahaja bagus tapi dapat mengubah kehidupan seharian kita. Ia memudahkan rutin harian tanpa kita sedar pulak tu. Contohnya, jam ini mempunyai ciri untuk mengakses kad modul NFC pelbagai fungsi.

Ia bermaksud ia boleh berfungsi sebagai kad akses korang. Jadi dengan tangan sahaja korang boleh melakukan banyak perkara yang memerlukan urusan kad akses dengan lebih cekap.

Sehubungan dengan itu, telefon tidak lagi perlu dikeluarkan setiap kali menerima notifikasi. Sebaliknya lihat sahaja pada jam korang yang menyokong telefon Bluetooth peranti Android dan IOS.

Hiasan muka yang boleh diubah suai oleh penggunaPhoto from Huawei

Jangan sesekali risau kalau terlepas tarikh penting kerana jam ini akan ingatkan korang! Ia mempunyai ciri penggera memberi getaran lembut pada pergelangan tangan untuk menyedarkan kita.

Harga Serendah RM599, Berbaloi Betul!

Harga bermula serendah RM599 tau!Photo from Sean Talks Tech

Justeru itu segala ciri yang wujud pada Huawei Watch Fit 3 membuatkan ia antara pilihan bagus untuk jam pintar dalam pasaran.

Tak kisah korang jenis kaki bersukan atau sentiasa bergerak. Ini ialah pilihan terbaik dengan 6 varian warna berbeza untuk korang pilih seperti Green, Black, Moon White dan Pink untuk tali fluoroelastomer (sintetik).

Ada 6 varian dan ini semua warna tali yang adaPhoto from Lowyat.net

Manakala warna Grey Nylon dan White untuk tali kulit. Paling penting rekaannya sungguh moden!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok