download Jom Explore app
Elakkan Sakit Belakang, Jom 'Upgrade' Tempat Kerja Korang!

Elakkan Sakit Belakang, Jom 'Upgrade' Tempat Kerja Korang!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 02 Jun 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Mempunyai tempat kerja selesa sangat penting kerana ia mempengaruhi produktiviti dan kesihatan kita untuk melengkapkan tugasan harian kita. Sebab itulah pentingnya korang yang berkerja ofis ataupun yang asyik duduk hadap laptop tu perlu mengambil berat tau tentang keselesaaan tempat kerja kita.

Untuk mendapat tempat kerja selesa bermula dengan mencipta tempat kerja yang fokus kepada ergonomik dan efisien tau. Ia akan menjaga produktiviti, keselesaan dan keseluruhan kesihatan kita.

Produktiviti akan meningkat apabila kita rasa selesa pada tempat kerja. Kita akan menjadi lebih fokus serta efisien dalam menjalankan tugasan. Keselesaan membolehkan kita untuk berkerja dengan baik tanpa sebarang gangguan atau ketidakselesaan mampu menghalang untuk berfikir jelas atau menjalankan tugasan dengan berkesan.

Tempat Kerja Yang Selesa Sangat Penting Untuk Produktiviti Kita TauPhoto from Canva

Jadi, kalau korang ikuti tips yang Min kongsikan. Nescaya, produktiviti korang akan bertambah sekaligus dengan keselesaan korang ketika berkerja!

Sediakan Bajet Secukupnya Untuk Kerusi Yang Selesa Dan Mampu Menampung Struktur Tulang Belakang Pada Tempoh Jangka Masa Lama

Kerusi Ofis Yang Selesa Akan Memastikan Tulang Belakang Kita Tak Rosak TauPhoto from Canva

Keselesaan tempat kerja bermula dengan proses ergonomi iaitu proses merekabentuk atau menyusun tempat kerja, produk dan sistem untuk menyesuaikan dengan orang yang menggunakannya.

Antara langkah ergonomi korang boleh lakukan adalah memberi fokus kepada membeli kerusi yang selesa tau. Membeli kerusi ergonomi akan menyokong bahagian belakang korang dan memberikan postur duduk yang betul.

Apabila korang duduk dalam postur yang salah, ia akan menambah risko untuk mempunyai sakit tulang belakang, sakit punggung ataupun masalah saraf yang berkait rapat dengan tulang belakang korang tau.

Bila Postur Duduk Salah, Kita Akan Cepat Sakit Belakang Dan Pinggang TauPhoto from Canva

Selain itu, postur duduk yang betul bukan sahaja menambah keselesaan kepada tubuh badan. Korang akan rasa lebih baik dan kurang mengalami keletihan, ketegangan otot ataupun ketidakselesaan akibat postur duduk yang buruk tau.

Bukan itu je, postur duduk yang baik akan meningkatkan kecekapan produktiviti kerja korang dengan menambah fokus, konsentrasi dan kualiti kerja yang tinggi apabila badan kita dapat duduk dalam keadaan selesa.

Meja Yang Bersih, Teratur Dan Boleh Laras Akan Membuatkan Korang Lebih Selesa

Meja Yang Teratur Dan Bersih Akan Bantu Kita Lebih FokusPhoto from Canva

Walaupun kerusi korang dah selesa serta postur kedudukan lebih baik. Ini akan jadi membazir apabila meja korang bukan dalam keadaan teratur dan bersih tau.

Meja yang bersih bebas daripada sebarang gangguan akan memastikan korang dapat fokus dengan lebih baik tau. Antara langkah pertama boleh dilakukan adalah pastikan meja korang teratur. Gunakan barang organisasi, pengurusan kabel serta kabinet penyimpanan untuk mengurangkan ganggu dan mencipta persektiran kerja yang teratur.

Selain itu, sediakan bajet lebih untuk memberi meja yang boleh laras yang boleh turun-naik tau. Ini akan membolehkan korang menukar kedudukan duduk dan berdiri supaya badan korang tidak berada dalam satu postur terlalu lama.

Tak Salah Untuk Berbelanja Lebih Supaya Tempat Kerja Lebih SelesaPhoto from Canva

Apabila keadaan meja korang lebih teratur, kesannya akan menambah kepada produktiviti korang berkerja kerana keadaan tempat kerja lebih tersusun membolehkan korang fokus kepada tugasan sahaja dan tidak pada benda yang lain.

Pastikan Tempat Kerja Mempunyai Pencahayaan Yang Betul Untuk Mengelakkan Sakit Mata Menghadap Monitor Berjam-jam!

Pastikan Tempat Kerja Korang Tak Malap Dan Gelap. Boleh Sakit Mata TauPhoto from Canva

Antara masalah utama korang yang berkerja di ofis adalah tidak mengetahui keadaan mata korang tau. Mata kita pun sama seperti anggota badan kita yang lain. Ia pun memerlukan rehat setelah menghadap laptop pada satu tempoh masa yang lama.

Selain itu jika tempat kerja korang mempunyai pengcahayaan yang buruk ia akan menjejaskan kesihatan mata serta mengurangkan keselesaan korang.

Pastikan tempat kerja korang terang untuk mengurangkan keletihan dan silau mata. Gunakan kombinasi cahaya semula jadi dan buatan dan elakkan meleteakkan monitor korang di hadapan tingkap tau.

Ini untuk mengelakkan perbezaan cahaya yang berlebihan sekaligus boleh menyebabkan kerosakan mata.

Bukan itu je tau, kalau korang asyik menghadap laptop sahaja pastikan monitor ataupun laptop diletakkan dalam posisi yang betul. Letakkan monitor menghadap pada ketinggian mata dan jaraknya adalah satu lengan sahaja tau. Sesuaikan kedudukan skrin dan kecerahan skrin untuk mengurangkan keletihan mata.

Dengan Pengcahayaan Yang Baik, Mata Korang Tak Cepat PenatPhoto from Canva

Ataupun korang boleh menggunakan alat laras monitor yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan untuk mencapai posisi yang ideal.

Sebagai peringatan, tempat kerja yang selesa amat penting sekali untuk memastikan keadaan kerja kita berada dalam keadaan baik pada satu jangka masa panjang tau. Ia akan memberikan manfaat yang signifikan kepada kesihatan, kesejahteraan dan produktiviti kerja kita!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok