download Jom Explore app
Jangan Beli Laptop Dulu, Baca Tips Mudah Ni!

Jangan Beli Laptop Dulu, Baca Tips Mudah Ni!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 07 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Laptop adalah perkara norma dalam masyarakat era digitial hari ini. Sama ada korang seorang pelajar, perkerja professional atau pengguna biasa, laptop menawarkan pelbagai faedah untuk meningkatkan produktiviti, kemudahan dan berhubung. Sebelum korang beli komputer riba baru apa kata ambil tahu tips ini terlebih dahulu!

Pada zaman digital nomad muncul selepas era Covid-19, memiliki laptop membolehkan korang untuk bekerja, berkomunikasi serta berhibur walaupun berada di mana jua. Korang boleh bawa laptop dengan mudah ke kelas, pejabat, kedai kopi atau dalam perjalanan.

Inilah selling point utama bagi sebuah laptop. Korang dengan mudah untuk terus berhubung dan produktif di mana sahaja korang berada. Ia menyediakan platform untuk lakukan tugas berkaitan kerja dan akses kepada pelbagai perisian serta aplikasi untuk menyelesaikan tugas dengan lebih cekap berbanding telefon pintar atau tablet.

Baik pelajar ataupun perkerja memiliki laptop yang bersesuaian dengan gaya hidup penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan masing-masing. Haa.. sebab itulah kalau singgah je ke kedai boleh rambang mata melihat pelbagai jenama laptop ni!

Maklumlah, teknologi semakin maju membuatkan semakin banyak pilihan yang korang ada untuk memilih laptop. Setiap laptop pula mempunyai ciri-ciri yang membuatkan mereka mempunyai harga dan kelebihan berbeza.

Memiliki Laptop Ini Sangat Penting TauPhoto from Pinterest

Sebagai seorang pengguna, korang jangan buat keputusan terburu-buru! Sabar, jangan termakan dengan segala perbualan sales advisor tu dan baca dulu sampai habis apa yang Min nak kongsikan ni tau! Ini semua berguna untuk memudahkan korang untuk membeli laptop paling sesuai mengikut gaya hidup dan minat korang.

Jangan Beli Membuta Tuli, Buatlah Kajian Dulu

Nak Beli Laptop Ni Takleh Membuat TuliPhoto from Pinterest

Min pun pernah berada dalam situasi korang. Masuk sahaja ke kedai berpusu-pusu sales advisor rekomen kita macam-macam jenis laptop dari jenama yang popular sehinggalah jenama yang kita tak pernah dengar langsung!

Itu belum mula berbual menggunakan terma-terma yang kita sendiri pun tak faham membuatkan kita termakan dengan kata-kata mereka. Tetapi, bila nak guna je mula lah ini tak kena, itu tak kena, macam-macam masalah mula timbul.

Itulah bahayanya membeli laptop secara membuta tuli yang tak bersesuaian dengan gaya hidup kita tau! Kerana itulah, setiap jenama mempunyai koleksi laptop lebih dari satu untuk menyesuaikan setiap gaya hidup individu.

Haa.. untuk elakkan dari termakan dari kata-kata indah ini, korang perlu lakukan sedikit kajian terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke kedai tau. Pastikan korang ketahui setiap komponen dan elemen dalam laptop.

Selain itu, kenali terma-terma penting dalam dunia laptop seperti graphics cardcpu processormotherboard dan random-access memory (RAM). Terma ini sering dilontarkan oleh penjual kerana ia adalah elemen penting yang membuatkan komputer riba itu sedap ataupun tidak tau.

Seterusnya, apakah tujuan korang dalam memiliki laptop? Adakah korang seorang pelajar yang ingin siapkan assignment dan bermain game? Atau seorang perkerja yang inginkan siapkan kerja di mana jua tanpa terikat dengan komputer berat?

Faktor-faktor ini perlu dikaji supaya korang tidak mudah tertipu kerana kadang kala penjual akan nyatakan graphics card (gpu) ini lebih baik tetapi sebenarnya tak pun. Macam tu je korang kena tipu dengan kata janji manis.

Pastikan korang juga tanya kekawan ataupun forum yang pakar dalam bidang komputer untuk mengetahui elemen apa yang perlu korang pertimbangkan dalam memilih laptop mengikut tujuan korang.

Kalau Nak Main Game Korang Perlu Fokus Bahagian GPUPhoto from Pinterest

Sebagai contoh, kalau korang suka bermain game dan lakukan kerja seperti 3D Renderinggraphic design3D Modeling yang memerlukan gpu yang kuat untuk memastikan kerja korang boleh siap dengan lancar.

Sediakan Sebuah Bajet Sebelum Beli!

Wajib Ada Bajet Sebelum Beli Laptop BaruPhoto from Pinterest

Haa.. jangan terkejut kalau laptop datang dalam pelbagai julat harga! Dari harga 2 ribu sehinggalah 10 ribu ke atas pun ada tau! Jadi, sediakan sebuah bajet berdasarkan keperluan korang dan ikuti harga bajet tersebut!

Walaupun laptop harga mewah menawarkan prestasi yang lebih baik, korang juga boleh dapat nilai hebat dalam model bajet pertengahan yang dapat memenuhi keperluan korang tanpa merosakkan bajet korang tau.

Janganlah langkah masuk kedai pertama dan terus beli macam tu sahaja, sabar dahulu. Apa kata tunggu sesi jualan bermusim, diskaun dan beberapa tawaran isitimewa dari kedai lain, platform online shopping yang dapat membantu untuk memiliki sebuah laptop prestasi baik dalam bajet yang korang sediakan.

Selepas itu, setiap harga akan menentukan kualiti keseleruhaan binaan komputer riba korang tau. Harga bangsawan tu selalunya menggunakan bahan yang kukuh dan dibina dengan baik bagi memastikan kekuatan serta ketahanan ketika korang bawanya ke mana sahaja.

Tak Semua Laptop Dibina Dengan Cara SamaPhoto from Pinterest

Korang juga boleh semak ulasan dan penilaian oleh pembeli lain untuk mengetahui kualiti binaan bagi setiap jenama supaya korang dapat ketahui jenama mana paling sesuai dengan korang.

Baca Ulasan Untuk Setiap Model Laptop

Setiap Model Laptop Korang Wajib Baca Ulasan DiaPhoto from Pinterest

Tidak dinafikan, kadang kala kita ni akan pilih jenama yang sama je kerana lebih selesa berbanding mencuba jenama lain kan? Tetapi, untuk dunia laptop kadang kala jenama ni nama sahaja kualitinya tak semegah pun.

Apa kata baca ulasan pakar dan dapatkan pelbagai pendapat daripada rakan atau komuniti pakar untuk setiap jenama atau model laptop untuk ketahui prestasi dalam situasi pengguna kehidupan harian.

Antara komponen yang penting adalah paparan. Kualiti paparan adalah penting kerana kebanyakkan masa korang akan melihat paparan laptop. Pastikan resolusi paparan adalah High Definition (HD) Penuh (1920x1080) atau lebih tinggi lebih baik.

Seterusnya, hayat bateri pun penting kerana kita nak menggunakan laptop di mana jua kan? Sasarkan sekurang-kurangnya 6-8 jam bateri. Jangan lupa untuk pertimbangkan saiz dan berat model laptop yang korang tengah tengok tu!

Model kecil memudahkan untuk membawanya kemana-mana sahaja tetapi kemungkinan skrin lebih kecil berbanding model lebih besar tetapi kelemahannya adalah lebih berat.

Tambahan pula, baca juga ulasan prestasi untuk menilai prestasi laptop. Untuk tugas umum, sekurang-kurangnya korang perlu pilih cpu Intel Core i5 atau AMD Ryzen 5 dengan minima 8GB RAM. Lebih tinggi lebih baik untuk melancarkan segala tugasan yang berat atau ringan.

Pilih model yang menggunakan storan Solid State Drive (SSD) berbanding Hard Disk Drive (HDD) kerana SSD menjadikan laptop lebih laju dan responsif tau. Akhir sekali, korang pun perlu menilai dan baca ulasan setiap sistem pengedalian (OS). Setiap OS mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Laptop Ni Kita Nak Guna Untuk Jangka Masa Lama, Pastikan Pilih Yang Sesuai Dengan KitaPhoto from Pinterest

Haa.. pilih yang sesuai dengan gaya hidup korang kerana ia akan membuatkan hidup korang lebih mudah dalam jangka masa panjang. Kemudian kalau nak cari laptop dengan harga berbaloi dan pilihan yang banyak tak payah pening kepala dah. Korang tekan link ini untuk singgah ke laman rasmi Harvey Norman yang tengah buat promosi kaw-kaw sekarang.

Rasa macam rugi pulak kalau tak dapat beli waktu tengah promosi ini.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok