download Jom Explore app
Pameran Seni Digital Baru Di Muzium Telekom!

Pameran Seni Digital Baru Di Muzium Telekom!

Jom! Cuti Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 28 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tengah cari tempat dating baru pada hujung minggu ke tu? Apa kata korang singgah ke Muzium Telekom untuk lihat pameran Immersio: Inspirasi Generasi TV3 bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-40 stesen televisyen (tv) ini.

Pameran ini berlangsung pada 20 Mei - 9 Jun dengan kerjasama antara tiga pihak iaitu TV3, Galeri Seni Digital dan Muzim Telekom. Selain daripada pameran sepanjang bulan ini stesen tv telah menyediakan pelbagai aktivti menarik.

Wow kalau ambil ootd memang cantik!Photo from TW | muhdniquddin

Antaranya seperti Inspirasi Pameran Seni Kontemporari Digital (Audio & Visual), Inspirasi Bazar dan Lights & Art Expressive Showcase dan persembahan beberapa artis tanah air.

Baca sampai habis untuk ketahui segala tarikan yang bakal berlangsung. Bermula dengan:

Ada banyak aktiviti untuk korang nikmatiPhoto from TW | muhdniquddin

Hasil Karya Seni Tempatan Di Inspirasi Art Showcase

Jom ajak kawan atau family lihat hasil karya seni tempatanPhoto from IG | Tv3

Daripada 20 Mei sehingga 9 Jun nikmati beberapa persembahan cahaya interaktif dan seni kontemporari. Melalui kaedah 'project mapping' di Muzium Telekom mempersembahkan hasil karya enam seni tempatan.

Setiap satu telah mengubah bilik dan menghasilkan sesuatu bermain dengan pemetaan cahaya serta seni. Di sini korang dapat menerokai, berinteraksi dan melihat hasil seni termasuk program pernah dikeluarkan oleh stesen tv.

Menurut TV3 mereka ingin meneroka, mengenal serta menjadikan generasi muda sebagai sumber inspirasi untuk rancangan masa hadapan.

Busking, Bazar Dan Bermacam-Macam Lagi

Pelbagai peluang untuk ambil gambar cantik seperti iniPhoto from IG | TV3

Selain daripada hasil seni tempatan. Korang boleh meluangkan masa bersama keluarga di Inspirasi Bazar yang berlangsung pada 1-2 Jun. Nikmati pelbagai gerai menjual pelbagai makanan, minuman serta beberapa aktiviti menarik!

Bazar ini pun akan mengadakan sesi busking tau dengan kolaborasi Atas Angin! Nantikan beberapa persembahan menarik untuk meluangkan masa.

Menyaksikan Persembahan Artis Terkenal!

Haa.. bayangkan tengok persembahan dengan karya seperti ini, menarik betulPhoto from TW | muhdniquddin

Korang peminat Aina Abdul, Naim Daniel dan Alyph? Berita baik untuk korang kerana empat tarikh ini, 1-2, 8-9 Jun akan menyaksikan persembahan secara live yang dimeriahkan dengan latar belakang cahaya digital interaktif.

Tambahan pula korang bukan pulang dengan tangan kosong sahaja. Sebagai tanda penghargaan, korang turut berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik melalui aktiviti Golden Ticket Hunt!

Setiap sudut dipenuhi dengan pelbagai hiasan menarikPhoto from IG | Tv3

Ketika korang menikmati pelbagai tarikan dalam Muzium Telekom. Pastikan korang cari tiket yang tersembunyi pada tarikh 1-2 Jun sahaja. Ada 40 tiket yang disembunyikan di pelbagai tempat.

Mungkin korang tengah bawa pasangan dating terjumpa tiket? Haa.. rezeki korang untuk bawa pelbagai hadiah menarik.

Nak pergi dating kat sini pun bestPhoto from IG | Tv3

Muzium Telekom Ni Dekat Mana?

Muzium Telekom dikelilingi oleh banyak kemudahan untuk digunakanPhoto from Hafiez

Tak lupa juga masuk ke pameran ialah percuma sahaja! Haa.. nak ke Muzium Telekom pun sangat mudah dengan pelbagai kemudahan telah disediakan. Korang boleh naik LRT Kelana Jaya dan turun ke stesen Masjid Jamek.

Jarak antara stesen Masjid Jamek ke Muzium Telekom hanya 190 meter sahaja. Selain itu korang boleh menaiki teksi kerana tiada parking kereta disediakan. Seterusnya kalau nak tahu bangunan ini telah dibina sejak tahun 1928 tau.

Boleh naik LRT dan turun di stesen Masjid JamekPhoto from Kosmo Digital

Asalnya digunakan sebagai pejabat untuk pertukaran telefon manual pada tahun 1938. Beberapa tahun seterusnya, Telekom Malaysia memutuskan untuk menjadikan bangunan ini sebagai muzium.

Pada 3 Jun 1994, ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Akhir sekali, nikmati sebuah pameran interaktif sesuai untuk meluangkan masa dengan aktiviti menyeronokkan bersama orang tersayang.

📍 Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok