Nikmati Kafe Vanilla Asli Di Temerloh, Pahang!
Jarak 5 kilometer dari Temerloh terdapat sebuah ladang dengan keluasan 1.6 hektar. M Feisal Mohamd Norawi giat mengusahakan ladang vanila dan kafe memberi peluang kepada orang tempatan rasa sebenar rempah Vanilla.
Vanila atau nama saintifiknya, Planifolia Andrews berasal dari Mexico menjadi rempah oleh kaum Asli sebagai penyedap tembakau. Majoritinya ditemui dalam hutan Mexico membuatkan negara tersebut menjadi pengeluar utama.
Juga dikenali sebagai emas hijau, Vanilla ialah rempah kedua termahal di dunia. Harganya boleh mencecah sehingga RM2,000 per 1 kilogram membuatkannya sebagai hasil tanaman sangat lumayan.
Photo from Nizam Nordin
Namun bukan perkara mudah untuk cuba tanam pokok ini. Petani memerlukan ilmu, kesabaran dan usaha tinggi untuk membuahkan hasil bagi tujuan komersil. Disebabkan minat Feisal menceburi dalam bidang ni selepas tamat pengajiannya.
Ini kisah bagaimana dia berjaya mengusahakan ladangnya.
Photo from IG | Vanilla_temerloh
Hati & Jiwa Sebagai Seorang Petani
Photo from IG | Vanilla_temerloh
Feisal merupakan bekas wartawan akhbar sebelum berubah arah menjadi petani. Menurutnya, dia mempunyai cita-cita untuk mengusahakan ladang pertanian persendirian kerana terasa jiwanya seorang petani.
Selepas menamatkan pengajianya, dia bersama seorang rakan berkongsi idea untuk mencari tanaman yang sesuai. Lalu mereka ambil keputusan untuk tanam pokok vanilla kerana hasil pulangan lumayan dan iklim negara kita.
Kebanyakkan negara pengeluar utama pokok ini mempunyai iklim tropikal dan berdekatan dengan garisan khatulistiwa. Pokok ini akan tumbuh lebih subur bila berada dalam iklim macam ini kata Feisal.
Photo from drcatherinec
Pada tahun 2008, Feisal mula mengusahakan tanamannya secara sambilan dan 10 tahun kemudian. Feisal mengambil keputusan untuk berhenti dari kerja dan berkerja sepenuh masa sebagai seorang petani.
Proses & Fasa Menanam Pokok Vanilla
Photo from drcatherinec
Feisal berkongsi bagaimana kehidupan harian mengusahakan tanaman ini. Setiap hari dia akan membersihkan dan menembak air untuk memastikan setiap pokok mendapat bekalan air mencukupi.
Menurutnya, pokok ini suka memanjat. Oleh itu dia membina banyak tiang untuk membolehkan pokok menjalar ke atas. Jangka hayat produktif mereka ialah 15 tahun daripada mula proses penanaman.
Photo from FB Vanilla Temerloh
Fasa daripada tanam ke hasil boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:
- Fasa 1: Permulaan proses tanaman yang makan masa selama 3 tahun untuk biarkannya mula hidup
- Fasa 2: Apabila pokok sudah muncul. Kita perlu 'stress'-kan pokok tersebut supaya dapat lahirkan bunga dan buahnya
- Fasa 3: proses pendebungaan perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil. 8 bulan seterusnya baru kita boleh petik
- Fasa 4: Selesai memetik hasil, kita perlu keirngkan selama 3-6 bulan untuk jadi bagaimana rupa seperti kacang panjang yang kita selalu lihat
Photo from FB Vanilla Temerloh
Selesai kesemua fasa ini, baru kita boleh guna untuk tujuan persendirian atau komersil.
Cabaran Yang Dihadapi Sebagai Petani
Photo from Nizam Nordin
Tanpa cabaran dan ujian maka bukan kehidupan namanya. Feisal juga menghadapi beberapa cabaran ketika mengusahakan ladangnya. Antaranya ialah menunggu pokok berbuah hasil mengambil masa selama 6 tahun.
Dalam tempoh 6 tahun tersebut, pelbagai cara sudah digunakan untuk memastikan ladangnya mengeluarkan hasil. Dia juga pernah menarik diri dan mengaku kalah beberapa kali namun kerana ingin menjadi orang pertama berjaya melakukan.
Feisal giat berusaha sampai pada tahun 2014, ladangnya mengeluarkan hasil pertama. Kemudian pada tahun 2019, Feisal mengajar orang yang berminat untuk mempelajari segalanya tentang Vanilla.
Photo from Chegu ajak
Dia mendapati selepas selesai mengajar, mereka akan lepak di luar ladang menikmati secawan kopi. Lalu tercetus lagi satu idea dalam buah fikirannya..
9 Kali Berusaha Mencari Resipi
Photo from ayuhmakan
Feisal ambil keputusan untuk perluaskan ladangnya dengan membina sebuah kafe. Kafe tersebut menjual satu produk sahaja, iaitu Vanilla hasil tanamannya. Tujuannya untuk memberi orang tempatan rasa sebenar rempahnya yang asli.
Kalau nak tahu, kebanyakkan rasa Vanilla kita makan ialah ekstrak asli atau pati. Disebabkan harga mahal, proses pertanian yang sukar membuatkan sukar untuk kita nikmati rasa yang sebenar tanpa membayar harga sangat mahal.
Oleh itu bila singgah ke Amani Vanilla Termeloh, korang berpeluang untuk nikmati resipi aiskrim yang original! Selain itu, korang boleh makan bersama waffle, set cornflake, set ubi kayu dan ice cream goreng!
Photo from Argonzhara
Menurut pelanggan, rasa sebenar yang asli memang tiada bandingan. Mungkin sedikit janggal kerana tidak terlalu manis namun rasa menyegarkan makan bersama waffle ranggup memang berbaloi untuk cuba!
Tambahan pula, korang juga berpeluang untuk mempelajari segala-galanya tentang tanaman pokok ini. Feisal membuka ladangnya supaya dapat memberi inspirasi serta mengajar orang tempatan tentang pokok emas hijau ini
Photo from Haji D
Menghidupkan Pekan Temerloh Dengan Ladangnya
Photo from drcatherinec
Pekan Temerloh terletak dalam hati negeri Pahang. Pekan ini cukup terkenal dengan masakan ikan patin tempoyak menarik minat seluruh orang untuk singgah bagi menikmati hidangan utama di sini.
Usaha Feisal dengan ladangnya juga menjadi salah satu tarikan pelancong luar ke pekan Temerloh. Bukan sahaja orang tempatan, orang luar negara turut menyinggah ladangnya untuk menikmati sesuatu yang jarang sekali kita dapat jumpa di pusat bandar.
Photo from Haji D
Selain itu dia menyediakan servis ATV membolehkan pelanggan pusing sekitar ladangnya untuk melihat dari sudut berbeza. Justeru korang boleh explore ladang ini dan nikmati rasa sebenar antara rempah termahal dunia!
📍 lot 2231, Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang
⏰ Hari bekerja (11 am - 7 pm) Hari Minggu (10 am - 7 pm)
Mungkin korang suka: