download Jom Explore app
Lokasi Menarik Untuk Korang Pergi Di Kuala Kangsar

Lokasi Menarik Untuk Korang Pergi Di Kuala Kangsar

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 19 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Dikenali sebagai sebuah bandar diRaja, Kuala Kangsar dipenuhi dengan pelbagai warisan sejarah, budaya, tradisi menyediakan banyak tempat menarik untuk kunjungi serta meneroka keindahan negeri Perak.

Terletak sepanjang Sungai Perak, Kuala Kangsar menjadi tapak persidangan Raja-Raja Melayu pertama pada tahun 1897 ialah antara salah satu sejarah yang boleh dipelajari ketika berada di sini.

Bandar diRaja yang menyimpan banyak warisan sejarahPhoto from MFikri MY

 

Sangat sesuai dengan penggemar sejarah dapat mempelajari banyak fakta tentang kekayaan warisan bandar ini. Jadi nak berjalan ke mana dahulu?

1. Muzium DiRaja Kuala Kangsar

Menyimpan banyak koleksi yang dimiliki oleh Sultan Perak untuk korang lihatPhoto from Klook

Kita mulakan jelajah dengan melihat Muzium DiRaja yang menampilkan gaya seni bina tradisional Melayu. Sekali pandang memang penuh details buat korang terpukau dengan keindahannya.

Ia dibina di atas tiang (sama seperti rumah kampung di Perak) dan dipenuhi dengan pelbagai motif serta corak Melayu. Dibina oleh seorang tukang kayu tempatan bernama Haji Suffian tanpa menggunakan sebarang paku.

Tujuan asal pembinaan ialah untuk dijadikan istana Sultan 100 tahun lalu. Tambahan pula ia berfungsi sebagai kediaman sementara Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke-30) dan mempunyai banyak nama seperti.

Gaya seni bina yang semakin sukar nak jumpa, tradisional Melayu!Photo from Tourism Perak

Istana Lembah, Tepas dan Kenangan. Banyak koleksi barangan raja dimiliki oleh pemerintah dahulu dipamerkan untuk korang lihat, belajar dan teliti. Lokasinya pula tidak jauh daripada lokasi menarik yang lain.

2. Jambatan Victoria

Dinamakan sempena Pemaisuri Victoria kini menjadi lokasi tumpuan pelancongPhoto from Hazwan Hafiz

Antara jambatan keretapi tertua dalam negara, Victoria Bridge (Jambatan Enggor) menjadi simbol gambaran betapa majunya negeri Perak ketika zaman Jajahan dahulu. Terletak di Karai dibina pada tahun 1897 dan siap pada tahun 1900.

Jambatan ini digunakan untuk merentasi Sungai perak menghubungkan laluan kereta api di Sungai Siput dan Kuala Kangsar. Karai pula terletak hanya 9 kilometer daripada bandar diRaja.

Kerana penemuan arang batu pada tahun 1890-an telah menghidupkan bandar sunyi sepi menjadi antara yang tersibuk satu ketika dahulu. Permintaan arang batu sangat tinggi ketika era Revolusi Perindustrian.

Bukan sahaja orang ambil gambar, drama pun jadikan jambatan sebagai lokasi penggambaranPhoto from Myinformasi

Walaupun sudah tidak lagi digunakan. Jambatan Victoria dihidupkan semula menjadi khazanah negara menarik pelancong untuk melihat kemegahannya. Selain dari orang ambil gambar ia juga pernah menjadi lokasi penggambaran drama tempatan.

3. Masjid Ihsaniah Iskandariah

Perasan tak warna masjid ni sama macam bendar negeri Perak?Photo from FB | Masjid

Terletak di Kampung Kuala Dal, Masjid Ihsaniah Iskandariah mula dibina pada tahun 1936 menonjol dengan rupanya yang cantik dan kisah disebalik pembinaannya. Menurut Orang Perak, Sultan Iskandar Shah membina masjid ini setelah bernazar.

Baginda akan membina sebuah masjid jika anakanda sembuh daripada gering (penyakit). Setelah sembuh Baginda membeir sumbanyak sebanyak 8,000 pound sterling di atas tanah yang diwakafkan oleh bangsawan bernama Jerangan Abdul Shukur Mohammad Ali.

Bumbung masjid yang menggunakan atap zip ambil inspirasi daripada reka bentuk Istana Kenangan. Keistimewaan seterusnya ialah masjid dua tingkat dibina dengan reka bentuk berupa segi empat bujur lebih mesra dikenali sebagai bujur sangkar burung.

Seterusnya, ia dilengkapi 20 buah tingkap dengan setiap satu dihiasi dengan ukiran motif insang ikan yu dan pucuk kacang. Di bahagian kepala ada ukiran motif bulan sabit dan bintang pecah lima.

Dipenuhi dengan banyak motif dan ukiran Melayu menghasilkan sebuah bangunan unikPhoto from Orang Perak

Dindingnya pula dihasilkan dengan ayaman buluh dihiasi dengan ukiran bunga tikam membuatkan bangunan lebih menonjol. Tak lupa jua perasan tak warna digunakan kuning, putih, hitam melambangkan bendera negeri Perak.

4. Istana Iskandariah

Menjadi simbol kemegahan kerajaan Perak!Photo from Orang Perak

Simbol kemegahan, kemasyuran dan kekayaan Raja Perak ialah Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Mula dibina pada tahun 1933 oleh Sultan Iskandar Shah menamakan istana sempena dir baginda.

Mengambil inspirasi seni bina Islam-India dan Asia Barat dapat dilihat dengan pelbagai kubuh berbentuk bawang. Tiang minaret dan gerbang tajam ialah salah satu ciri gaya seni bina ini.

Selain itu, istanai menjadi tempat bersemayam Sultan Perak yang ditabalkan sejak tahun 1933. Ia juga digunakan untuk acara rasmi dan protokol Kerajaan Perak. Terletak di tepi Sungai Perak bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad.

Di sini korang daapt menikmati permandangan menawan melihat kemegahan Istana Iskandariah menjadi lokasi menarik untuk mereka ingin mempelajari sejarah dan budaya.

5. Malay College Kuala Kangsar

Bangunan kolonial yang masih dijaga dengan baik membuatkan sekolah sangat unikPhoto from Radm Hum

Ingin melihat bagaimana rupa sekolah ketika zaman kolonial dahulu? Sudah semestinya wajib melihat Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang cukup terkenal dalam negara sehingga menjadi inspirasi drama yang diminati ramai.

Ia merupakan sebuah sekolah lelaki terletak di bandar diRaja. Ditubuhkan pada tahun 1905 dengan sokongan penuh daripada Raja-Raja Melayu dan menariknya salah satu daripada dua sekolah berasrama penuh berada di bawah naungan diRaja.

Dikenali sebagai sekolah kluster kecermalangan berprestasi tinggi dipenuhi dengan banyak tradisi, budaya serta semangat kolej tinggi. MCKK turut melahirkan banyak alumni yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk kepimpinan.

Cantik betul bangunan itu dalam gambar kan?Photo from Malay College Kuala Kangsar

Bangunan gaya kolonial semakin susah untuk dijumpai sekarang. Sebab itu memang cantik betul kalau lihat sekolah ini di depan mata.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok