download Jom Explore app
5 Soalan Panas Makcik Bawang Wajib Tanya Time Raya!

5 Soalan Panas Makcik Bawang Wajib Tanya Time Raya!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 16 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Keseronokan hari raya bermula dengan seluruh keluarga berkumpul bergelak ketawa mewarnai kemeriahan suasana. Bila dah berkumpul mesti macam-macam soalan panas yang ditanya yang sering menjadi topik tiap-tiap tahun.

Min membesar dengan keluarga yang besar. Maka tak hairanlah setiap kali pergi beraya min akan siap sedia dengan beberapa jawapan untuk menjawab segala pertanyaan makcik pakcik ketika berbual.

Maklumlah sanak saudara bila dah ramai ada macam-macam kerenah. Ada jenis mesra, segan, kelakar, happening dan yang syok sendiri pun ada. Bila hanya setahun sekali dapat berjumpa bermacam-macam benda ingin diketahui.

Suasana hari raya memang tak sah kalau takda makcik bawangPhoto from Nona

Topik perbualan pula mesti tajuk yang sama! Haa.. mesti korang boleh relate situasi menjawab soalan panas sering ditanya ketika raya Aidilfitri antara adalah:

1. Dah Ada Pasangan Belum, Bila Lagi Nak Membujang?

Makcik bawang memang tak sah membawangPhoto from Remaja

Baik lelaki mahupun perempuan, soalan ini sentiasa digeruni oleh semua orang. Ia menjadi soalan paling wajib akan ditanya setiap tahun asalkan status korang bujang, maka inilah soalan kegemaran saudara kita.

Min yakin ramai beri jawapan acuh tak acuh sahaja untuk memotong perbualan tersebut. Sebab kita pun dah naik muak dengar benda yang sama setiap tahun di rumah berbeza-beza. Haa.. bayangkan kalau sehari 10 orang tanya benda sama.

Kalau korang nak elak stress, daripada mengelak untuk menjawab soalan ini. Korang boleh lakukan dua perkara sama ada jujur tentang situasi bujang atau buat kisah drama bersiri sendiri macam min selalu buat!

Soalan paling kerap ditanya bila nak kahwin?Photo from IG | aimn.film

Bila dah jawab macamtu cepat-cepat alih ke topik lain sebelum mereka tanya bermacam-macam.

2. 'Sihat' Lain Macam Tahun Ini, Dah Lama Tak Bersenam Ke?

Haa... yang ni sangat sensitif mintak penampar kalau ditanya!Photo from BERITA Mediacorp

Sebaiknya elakkan bertanya soalan ini atau menjawab soalan ini kerana perkara ini amat sensitif. Rupa paras dan bentuk tubuh badan ialah sesuatu perkara yang tak patut ditegur oleh sesiapa pun.

Lebih baik kita bersangka baik sahaja. Namun ada juga orang yang tidak kenal isu sensitif dan sudah semestinya mereka pantas mengajukan soalan ini terutama kita tengah sedap menjamu selera.

Haa.. kalau malas nak melayan, korang jawab secara terbuka supaya tukang bertanya tidak dapat menyambung perbualan. Tetapi, kalau nak membalas sedikit, boleh sahaja korang memerli secara sinis.

Tidak semua dimudahkan dengan sihat tubuh badanPhoto from Berita Harian

Siapa makan cili dialah terasa pedasnya betul tak?

3. Taknak Tukar Kereta Baru Ke? Orang Tak Pakai Dah Kereta Gini

Makcik bawang memang suka bandingkan hidup kita dengan dia betul tak?Photo from CarSifu

Selain daripada soalan pedas, soalan seperti ini pun sering dikeluarkan. Biasanya makcik bawang suka melaga-lagakan keadaan dengan mengeluarkan topik ini untuk panaskan suasana.

Kalau tidak topik kereta, mereka ubah ke topik perkerjaan, rumah, harta benda dan macam-macam lagi. Selalunya yang bertanya mempunyai agenda tersembunyi untuk memberitahu anak, pasangan atau keluarganya sudah mencapai status lebih mewah.

Bukan takank tukar kereta, kita malas nak berhutang macam anak makcik!Photo from Blog Malaysia

Contohnya seperti anaknya baru sahaja beli kereta baru lebih selesa dan besar. Kalau terkena dekat diri korang jawab sahaja "tidak mahu terbeban dengan hutang" sudah memadai.

4. Asyik Tak Dapat Cuti Balik Kampung Je Ke Mengelak

Ramai memilih kerja di bandar kerana peluang lebih besarPhoto from Employment Hero

Kebanyakkan orang akan berpindah ke bandar atau jauh dari kampung halaman untuk merebut peluang perkerjaan. Disebabkan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk pulang semula ke kampung kerana kesibukkan kehidupan seharian.

Jadi mereka ambil keputusan untuk pulang ketika waktu raya sahaja. Namun ada juga tidak dapat bercuti ketika waktu ini dan sudah semestinya akan dibanjiri dengan soalan seperti ini.

"Orang lain senang je dapat cuti, kenapa kau susah sangat nak balik kampung?" Haa.. memang menyakitkan hati sunggu kerana segelintir orang tidak memahami situasi perkerjaan kita. Nak terangkan pun sudah satu hal.

Setiap orang mempunyai bidang kerja yang berbeza. Ada yang mudah cuti ada yang tidak. Ada yang berkerja sampai hujung minggu dan perlu korbankan masa demi mendapatkan rezeki.

Kesibukkan hidup menyebabkan hanya balik ketika raya sahaja tak perlu dipertikaikan!Photo from VOCKET

Apa yang boleh kita buat ialah senyum dan melayan sahaja walaupun terasa pedih di hati.

Takkan Dah Kahwin Tak Dapat Anak Lagi? Orang Lain Elok Je

Soalan seperti bila nak ada anak tidak perlu ditanya punPhoto from Kashoorga

Soalan paling panas yang sering ditanya apabila kita sudah berkahwin. Memang tiada kerja lain selain daripada membandingkan kita dengan orang sahaja kerana kita tiada apa-apa seperti yang lain.

Bila nak ada anak sangat sensitif dan seboleh-bolehnya tidak perlu ditanya. Tidak semua orang ingin berkahwin semata-mata untuk menghasilkan anak, ada juga ingin menikmati keindahan perkahwinan terlebih dahulu.

Seeloknya tanyalah bagaimana kehidupan mereka sudah memadai. Tak perlu kita bertanya pelbagai soalan perihal rumah tangga orang tersebut sehingga segala salah silah kain mereka pun perlu tahu!

Paling penting kita doakan terbaik untuk pasangan itu sahajaPhoto from OHBULAN!

Min faham soalan ini amat popular dan apa yang korang boleh lakukan ialah jawab sahaja dengan tenang. Lagi agresif jawapan korang, lagi seronoklah makcik-makcik bawang ini mengapi-apikan situasi.

Justeru itu, memang susah untuk elak daripada terkena dengan soalan-soalan panas ini. Apa yang kita boleh buat ialah melayan sahaja dan elak daripada berborak terlebih untuk memberi mesej kepada kaki membawang!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok