Bosan Hadap Jem Tak Bergerak? Guna TIps Ini!
Perkara paling menyiksakan dalam hidup ialah menunggu untuk sampai ke destinasi. Ia sangat bosan terutama musim beraya seperti kita sedia maklum akan dipenuhi dengan kereta menyebabkan jem tidak bergerak.
Selain daripada membosankan ia juga dapat membuatkan kita menjadi stress lebih cepat! Memandu kereta pun sudah cukup untuk buat kita stress daripada pelbagai faktor seperti pemandu sekeliling, kemalangan, tahap jalanraya dan bermacam-macam lagi.
Menghadap jem tidak bergerak akan menambah kepada keseleruhan stress tersebut. Banyak masa akan dibazirkan ketika berada dalam situasi tersebut bertambah pula berada dalam keadaan duduk pada tempoh lama.
Photo from Sinar Harian
Sedikit sebanyak ini akan menyebabkan kita tertekan dan boleh memberi kesan pada emosi dan fizikal. Lalu apa yang kita boleh buat untuk menghilangkan rasa bosan dan stress ketika menghadap jem musim beraya ini?
Pilih Waktu & Susun Strategi Bersesuai Sebelum Bertolak!
Photo from carsome
Situasi jalanraya jem memang tidak dapat dielakkan kerana ia bergantung pada berapa ramai pengguna kereta berada dalam satu tempoh masa. Jika pengguna kereta berkurangan maka lancar perjalanan korang.
Walaupun kita tidak boleh ubah masalah ini tetapi kita boleh mengawal situasinya! Haa.. ingat untuk capai ke destinasi yang ingin dituju, kita perlu memilih dan menyusun jadual perjalanan dengan baik.
Cara ini sahaja dapat membuatkan korang rasa lebih gembira untuk pulang ke kampung. Penat dan bosan langsung tidak terasa kerana tidak perlu menghadap situasi tidak bergerak memanfaatkan waktu yang ada.
Pilih hari dan waktu yang sesuai sebelum bertolak. Lakukan penilaian secara kasar, menilai reaksi netizen di sosial media atau tanya rakan sebaya bila mereka ingin pulang ke kampung dapat membantu korang untuk dapatkan informasi penting.
Photo from VOCKET
Melalui itu perjalanan menjadi lebih lancar berbanding sebelum ini.
Daripada Bosan Lebih Baik Eratkan Hubungan
Photo from Motoqar
Jika korang tengah menghadap situasi tidak bergerak dan sedang membaca artikel ini. Apa kata korang manfaatkan sahaja situasi tersebut dengan melihatnya dari sudut lain, buat apa nak stress benda dah jadi kan?
Apa kata gunakan masa ini untuk eratkan hubungan bersama keluarga, isteri, pasangan atau rakan-rakan. Kenang semula memori lama indah atau berkongsi pengalaman kehidupan sebelum ini.
Daripada aktiviti ini kita akan lebih mengenali orang yang berada dalam kereta bersama kita. Jika korang mempunyai anak, ajak mereka bersembang benda mereka atau kita suka sekaligus menghilangkan rasa bosan.
Photo from Carsome
Kalau korang memandu secara solo tidak mengapa. Pasang lagu, radio atau podcast kegemaran dan nikmati sahaja situasi tersebut. Takpun ambil masa untuk berfikiran tentang situasi hidup untuk perbaiki kelemahan kita.
Photo from mekanika
Haa... sedar-sedar jem pun sudah berlarutan.
Usah Risau Bila Nak Sampai Ke Destinasi
Photo from Majoriti
Apa yang membuatkan kita jadi stress ketika menghadap jem ialah memikirkan destinasi yang ingin sampai. Maklumlah kita sudah tetapkan masa sesuai untuk sampai ke kampung untuk melakukan aktiviti seperti berbuka contohnya.
Bila masa tersebut dibazirkan maka kita jadi lebih beremosi! Oleh itu apa kata jangan fikirkan bila nak sampai ke destinasi, sebaliknya biarkan sahaja asalkan korang berjaya sampai dengan selamat.
Perubahan pemikiran ini akan mengurangkan kadar tertekan ketika memandu. Ini kerana kita tidak menetapkan sasaran masa menyebabkan pemanduan lebih tenang, santai dan konfiden tanpa perlu mengejar apa-apa.
Tapi jangan terlebih leka sehingga sampai lewat malam pulak!
Bawa Bekalan Makanan & Minuman Mencukupi
Photo from Harian Metro
Selain daripada mengubah pemikira ketika menghadap jem. Apa kata sebelum perjalanan korang menyediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi untuk menghilangkan rasa bosan tersebut.
Andai kata korang bergerak selepas waktu berbuka, bawa kudapan yang digemari bersama. Pilihan air seperti kopi, minuman bertenaga, manis dapat membuatkan penyiksaan sedikit manis.
Tambahan pula kalau tak sempat makan boleh bekalkan makanan berat untuk dinikmati di dalam kereta. Cuma bawa yang mudah untuk di makan tanpa mengganggu korang ketika memandu.
Photo from Syukri Yahya
Sambil melihat persekitaran sambil menikmati makanan menyelerakan betul tak?
Berhenti Memandu Dengan Menyinggah Di Stesen R&R
Photo from Food & Drink
Tidak kisah korang guna lebuhraya apa sekalipun dalam negara. Kawasan RnR memang banyak disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan beban korang ketika memandu atau menghadap jem.
Macam min kata memandu amat memenatkan badan kita. Oleh itu daripada korang menghadap kesesakan lebih baik korang berhenti sahaja di stesen berdekatan dan berehat sementara menunggu perjalanan jadi lancar.
Ambil masa ini untuk tidur, renggangkan badan, berjalan atau mandi! Ini akan menyebabkan pengalaman pemanduan korang lebih selesa berbanding sebelum ini kerana tubuh badan dapat berehat secukupnya.
Photo from Maukerja
Nak makan dan minum pun lebih mudah kerana disediakan meja kerusi yang cukup selesa.
Biar Lambat Asalkan Selamat
Ketika musim perayaan ini memang tidak dinafikan kita memang akan terjebak dengan situasi jem. Tips yang min kongsikan amat bagus untuk mengurangkan rasa bosan dan stress dalam kereta tersebut.
Tidak mengapa jika korang lambat sampai ke destinasi sekalipun. Asalkan korang selamat sampai ke kampung halaman untuk menikmati hari perayaan bersama orang tersayang yang lebih bermakna.
Mungkin korang suka: