Mesti Korang Pernah Jumpa Orang Macamni Ketika Bercuti
Pergi bercuti dengan kawan-kawan ialah satu kenikmatan yang tiada bandingannya. Pengalaman menyeronokkan dapat dikongsikan bersama orang kita rapat memang seronok kalau mereka jenis travel buddy yang best!
Setiap orang pasti mempunyai ragam, perangai dan angin masing-masing ketika berjalan. Ia juga menjadi faktor untuk pastikan pengalaman jadi seronok serta manis atau pahit dan menyedihkan.
Rapat macam mana pun kita dengan seseorang itu. Kita belum kenal sepenuhnya individu tersebut kalau tidak pernah pergi berjalan dan bercuti bersamanya kerana pelbagai ragam akan dikeluarkan semasa melancong.
Photo from Pinterest
Baca sampai habis untuk lihat korang jenis macam mana. Paling penting tiada siapa nak ada travel buddy yang contoh terakhir tu!
Kaki Suka Ambil Gambar!
Photo from Pinterest
Antara benda wajib semua akan buat ketika bercuti semestinya ambil gambar. Memandangkan telefon kita sudah mempunyai sistem kamera cukup canggih, ramai orang akan memenuhkan galeri album dengan gambar percutian.
Disebabkan itu ramai akan cari travel buddy yang suka dan pandai ambil gambar. Ini memudahkan proses untuk minta orang ambil gambar kita ibarat seperti mempunyai paparazi peribadi kita snediri.
Tetapi ada juga jenis yang memang suka sangat ambil gambar tanpa disuruh sekalipun! Walau bagaimanapun, koleksi gambar cantik cukup penting untuk kenang semula pengalaman percutian itu.
Photo from Pinterest
Lagi seronok kalau dapat jenis memang boleh ambil gambar percutian kita sangat cantik hasilnya.
Jenis Wajib Ikut Jadual
Photo from Pinterest
Travel buddy jenis macamni sudah siap sedia dengan segala jadual perjalanan sebelum memulakan percutian lagi. Mereka yang akan lakukan ulang kaji lokasi menarik, kedai makanan wajib cuba, aktiviti apa ingin dilakukan.
Semuanya akan ditulis, disediakan dan dirancang penuh teliti supaya tidak terlepas setiap saat! Kebaikkannya korang boleh percaya 100% perjalanan akan lancar dan tidak perlu hirau tempat ke mana nak pergi seterusnya.
Mereka akan pastikan semuanya teratur dan bergerak mengikut pelan disediakan. Jadual memang wajib ada ditangan supaya tidak ketinggalan segala aktiviti, lambat daripada masa ditetapkan dan sebagainya.
Sisi tak seronok pula ada yang jenis tak boleh ikut jadual memang tak sesuai dengan buddy seperti ini.
Bercuti Di Mana-Mana, Makanan Tetap Di Hati
Photo from Raja Lepak
Ada orang tak kisah nak makan apa ketika bercuti, manakala ada orang sangat memilih bab makanan ketikat bercuti. Ada travel buddy memang gemar makan tak kisah langsung asalkan dapat menikmati makanan kegemaran di destinasi percutiannya.
Bab makan jangan hirau serah sahaja tanggungjawab itu kepada mereka. Segala kedai, kafe, makanan tempatan akan mereka cari dan pastikan semuanya menepati citarasa untuk kita nikmati.
Jangan terkejut kalau hari-hari perut korang sentiasa penuh akibat mengikut jadual si foodie ini. Mereka akan memberikan korang pengalaman bercuti daripada perspektif makanan menyelerakan!
Photo from Pinterest
Tambahan pula ini cara paling terbaik untuk korang kenal budaya sesuatu tempat baru. Semuanya datang dari makanan.
Tak Kisah Apa, Janji Dapat Shopping
Photo from Pinterest
Korang mesti kenal seorang perangai seperti ini. Tak kisah ke mana sekalipun dia wajib membeli belah di kedai berdekatan untuk memuaskan hatinya. Travel buddy macamni pula sangat pandai dalam tawar-menawar.
Min galakkan kalau nak beli cenderahati, baju atau apa-apa korang ikut sahaja tingkah langkuhnya. Nescaya, dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan harga munasabah dan berbaloi.
Bagi mereka, kepuasan bukan daripada membeli sahaja, mereka puas apabila dapat harga berbaloi! Biarkan kalau beg bagasi terlebih muatan dengan pelbagai barang dia berjaya beli untuk kongsi bersama ramai-ramai.
Photo from Liputan6
Walaupun kita akan cuba untuk berjimat cermat ketika bercuti. Kita pun akan terikut sekali ketika membeli belah bersama dia.
Kaki Mengembara Ke Mana-Mana Sahaja
Photo from Pinterest
Ada orang korang tidak perlu tanya banyak kalau mengajak bercuti. Travel buddy seperti ini sentiasa mencari pengalaman baru yang dapat mencabar kepuasannya untuk menerokai setiap pelusuk dunia.
Mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, lasak, pelik dan macam-macam lagi. Nak pergi skydiving, berenang, daki gunung, terjah hutan pun mereka sanggup kerana itulah kepuasannya.
Berjalan dengan buddy seperti ini pasti tak bosan. Pagi ke malam dia nak berjalan untuk menikmati kegembiraan dan keseronokan ketika bercuti.
Travel Buddy Dibenci Ramai, Jenis Tak Boleh Buat Keputusan
Photo from Hello Dokter
Jenis terakhir inilah paling dibenci ramai dan korang perlu elak sama sekali. Travel buddy ini paling menjengkelkan berbanding semua orang kerana mereka akan ikut sahaja apa yang kita lakukan tanpa memberi sebarang pendapat.
Kalau ditanya jawapan mereka mesti sama iaitu "Ikut kau, aku tak kisah pun". Walaupun jawapan ini selamat, percaya kata min waktu kita bercuti kita perlu melakukan keputusan cekap, pantas serta tepat untuk tidak membuang masa.
Seterusnya, buddy ini boleh dikategorikan kepada 2 bahagian, Pertama jenis mudah untuk melancong kerana akan ikut sahaja jadual kita tanpa mempersoalkan banyak perkara yang tidak kena.
Mereka akan mengeluarkan perbelanjaan yang sama dan ingin menikmati suasana yang sama. Namun, ada juga yang tak suka bagi jawapan tetapi akan cepat moody kalau tempat tersebut tak kena dengan mereka.
Haa.. yang jenis macam ni korang jangan ajak dia pergi bercuti langsung tau! Buat rugi duit sahaja.
Mungkin korang suka: