download Jom Explore app
[Ramadan 2024] 5 Resipi Ayam Goreng Ranggup Melazatkan & Menyelerakkan!

[Ramadan 2024] 5 Resipi Ayam Goreng Ranggup Melazatkan & Menyelerakkan!

Jom! Makan Resipi
By Muhammad Aliff on 26 Mar 2024
Digital Editor

Ayam ialah pilihan protein paling popular dalam negara kita. Senang dimasak serta mempunyai pelbagai resipi seperti ayam goreng yang menyelerakan menjadi antara faktor kenapa ia menjadi makanan kegemaran orang tempatan.

Sekitar tahun 2018, ada kajian melaporkan bahawa orang tempatan menikmati sebanyak 1.8 juta ekor ayam dalam sehari. Kemudian menurut Kosmo, jumlah itu telah meningkat sekurang-kurangnya kepada 2.5 juta selepas permintaan tinggi kepada makanan berasaskan ayam.

Kalau bertanya mengapa populasi Malaysia gemar menikmati protein ini. Ramai akan memberi jawapan yang sama iaitu masih dianggap murah berbanding sumber protein lain seperti ikan serta daging.

Lanjutan itu, ayam boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti bakar, salai, rebus dan paling popular ialah mengoreng. Bahagian luar ranggup dengan isi berair bukan sahaja diminati dalam negara malah di seluruh dunia.

Harga murah menyebabkan ramai orang tempatan gemar makan ayamPhoto from Kosmo

Disebabkan itu, jom belajar beberapa resipi ayam goreng melazatkan untuk korang cuba pada bulan mulia ini!

Ayam Goreng Korea

Menjadi popular akibat budaya Korea Selatan. Rasa sos pedas memberi rasa mendalamPhoto from Pinterest

Berasal dari Korea Selatan, dicirikan dengan bahagian luar yang rangup, berwarna perang keemasan dan isi lembut. Versi Korea menjalani proses menggoreng dua kali untuk hasilkan tekstur yang rangup.

Seterusnya versi ini mempunyai pelbagai jenis sos dan perasa aromatik. Antara yang popular seperti gochujang manis dan pedas, bawang putih soya, barbeku, glaza mentega madu pasti dapat membangkitkan selera makan.

Sos ini akan disapu di bahagian luar atau dimasak bersama sos untuk menambah rasa lebih mendalam dan kompleks pada hidangannya. Korang boleh cuba lakukan dengan resipi di bawah ini:

Bahan:

  • 3½ paun kepak ayam siap basuh dan toskan air lebihan
  • ½ sudu teh garam, lada hitam
  • 1 sudu teh halia cincang
  • ⅔ cawan kanji jagung
  • ⅓ cawan kacang tanah
  • 4 ulas bawang putih siap dikisar
  • 3 hingga 4 lada cili merah kering besar, dibiji, dipotong bersilang menjadi kepingan ⅓ inci
  • ¼ cawan kicap
  • ½ cawan sirap beras atau sirap jagung
  • 1 sudu besar cuka putih
  • 1 sudu besar mustard (pilihan)
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar bijan bakar
  • Minyak biji anggur (atau minyak sayuran, minyak kacang tanah)

Sedap makan bersama nasi seperti iniPhoto from Pinterest

Langkah:

  • Campurkan ayam dengan semua bahan perasa dan salut dengan tepung
  • Goreng dalam minyak panas (mendidih) selama 7-8 minit
  • Angkat biarkan rehat. Goreng kali kedua selama 12-15 minit
  • Salutkan dengan sos perasa dan taburkan bijan sebelum hidang

Ayam Popcorn Cilik

Memiliki saiz kecil sangat sesuai jadikkan snekPhoto from Pinterest

Versi ini merujuk kepada kepingan ayam tanpa tulang bersaiz kecil disalut dengan adunan berperisan digoreng hinggan garing. Namanya berasal daripada saiz kecil menyerupai biji jagung popcorn yang kita gemar makan ketika menonton filem.

Ia merupakan hidangan serba boleh kerana sedap dinikmati sebagai snek atau pembuka selera. Boleh makan begitu sahaja, masuk ke dalam salad, nasi atau sandwich dan banyak lagi membuatkan ia mempunyai ramai peminat.

Kerana sifatnya yang bersaiz kecil memudahkan korang jadikan snek ketika hari minggu ketika menonton tv!

Bahan:

  • Ayam siap dipotong ke bahagian kecil
  • Bahan perap terdiri serbuk bawang putih, bawang, cili
  • paprika, lada hitam
  • Garam masala (kalau ada)
  • Serbuk roti
  • Tepung Jagung
  • Yogurt/susu mentega

Buat banyak-banyak untuk puaskan selera makan!Photo from Pinterest

Langkah:

  • Masukkan protein ke dalam mangkuk bersama semua bahan perapan
  • 2 sudu yogurt dalam adunan itu nak gaulkan untuk membiarkan mereka mengenali sesama
  • Tutup dan biarkan diperap sekurang-kurangnya 30 minit
  • Tambah separuh cawan yogurt dan 4 sudu besar tepung jagung
  • Ambil protein itu dan gaulkan dengan serbuk roti dan goreng sehingga ranggup

Ayam Penyet

Nasi ayam penyet amat popular dalam negara kitaPhoto from Resipi Che Nom

Hidangan popular dari negara jiran iaitu Indonesia. Protein perlu ditumbuk, dipenyekkan dan hidang dengan sambal pedas baru boleh dianggap sebagai Ayam Penyet. Dipadankan dengan nasi putih menjadikan salah satu hidangan cukup popular di negara kita.

Asalnya ialah makanan jalanan di Indonesia yang korang boleh jumpa di seluruh tempat. Tesktru ranggup, rasa pedas membuatkan isinya sangat melazatkan telah melahirkan ramai peminat dalam negara kita.

Sukar untuk menggambarkan rasanya kepada mereka yang tidak pernah mencubanya! Cara untuk melakukannya ialah seperti berikut.

Bahan:

  • 6 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 halia sebesar ibu jari, dikupas
  • 1 lengkuas sebesar ibu jari, dikupas
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu kecil ketumbar kisar
  • 1/2 sudu kecil kunyit & jintan manis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 biji cili merah
  • 3 sudu besar sos ikan

Akan ada sambal untuk memberi rasa pedas!Photo from Pinterest

Langkah:

  • Masukkan bahan ke dalam pengisar sehingga menjadi satu pes. Campurkan pes bersama ketumbar, kunyit, jintan manis dan sedikit gula
  • Sapukannya pada protein dan biarkan ia perap sekurang-kurangnya 2 jan
  • Letakkan protein ke dalam air mendidih dan reneh selama 15-20 minit sehingga masak. Kemudian goreng selama 3 minit atau warna perang keemasan untuk dihidangkan.

Kerala Ayam

Memiliki rasa rempah banyak kerana pengaruh masakan IndiaPhoto from Pinterest

Merujuk kepada sebuah negeri di India. Masakan Kerala terkenal dengan rasa kaya, berempah serta penggunaan kepala yang banyak dalam pelbagai bentuk. Terdapat beberapa variasa pada hidangan ini.

Antarnya seperti kari kerala yang menggunakan kelapa untuk berikan rasa berlemak dan harum. Kalau versi goreng pula perbezaan datang daripada penggunaan rempah yang banyak pengaruh masakan India.

Kalau taknak goreng, guna perapan yang sama dan panggang pun boleh menghasilkan rasa lebih unik!

Bahan:

  • Jus Lemon - 1 sudu besar
  • Minyak

Perapan:

  • 1-2 sudu besar Serbuk cili kashmir
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit, garam masala
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar, jus lemon, masala ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar pes halia bawang putih

Mempunyai rasa mendalam sungguh menyelerakan!Photo from Anishyas Kitchen

Langkah:

  • Rendam protein dalam 1 sudu besar jus lemon selama 5 minit. Basuh dan lakukan hirisan untuk memudahkan rempah masuk ke dalam. Sediakan bahan perapan dan sapu kesemuanya pada protein tersebut.
  • Perap selama 1 jam sekurang-kurangnya dan panaskan minyak masak
  • Goreng seperti biasa dan toskan minyak berlebihan untuk dinikmati dengan nasi putih panas!

Ayam Goreng Jepun (Karaage)

Boleh cuba versi Jepun utnuk menikmati rasa goreng ringan dan kurang berminyakPhoto from Pinterest

Karaage merujuk kepada teknik memasak Jepun untuk menggoreng pelbagai makanan. Kaedah ini melibatkan beberapa kepingan daging dicampurkan dengan bahan perapan sebelum menyalutnya dengan tepung ringan.

Hasilnya isi lembut tetapi masih ranggup di luar. Selalunya ia dijadikkan snek dalam masakan Jepun ditemnai dengan sos pencicah seperti kicap, ponzu atau sos sitrus yang mempunyai rasa tajam.

Boleh cuba hasilkannya di rumah untuk menikmati rasa goreng yang tidak terlalu berminyak dan berat. Rasa ringan serta ranggup pasti membuatkan korang jatuh cinta dengannya!

Bahan:

  • Wajib guna Ayam bahagian peha siap dipotong dalam bentuk kecil/dadu

Perapan:

  • 1 ulas bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu besar kicap cair, minyak bijan & sos manis jepun
  • Tepung Kanji

Rasa ranggup tidak berminyak sangat sedap makan bersama nasi!Photo from Pinterest

Langkah:

  • Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat dan gaul bersama bahan perapan yang lain
  • Perap bahan protein korang dan biarkan selama 30 minit
  • Panskan minyak dalam kuali dan gaulkan protein dengan tepung kanji untuk digoreng sehingga ranggup keemasan
  • Toskan minyak dan siap dihidang

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok