download Jom Explore app
[Ramadan 2024] 5 Makanan Simple Untuk Korang Cuba Waktu Sahur!

[Ramadan 2024] 5 Makanan Simple Untuk Korang Cuba Waktu Sahur!

Jom! Makan Resipi
By Muhammad Aliff on 25 Feb 2024
Digital Editor

Menu makanan sahur merupakan perkara yang amat penting bagi mereka yang berpuasa. Kalau kita terlepas sahur, confirm badan kita tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk kita berpuasa pada satu hari.

Tapi, kebanyakkannya mesti selalu pening dan tidak tahu nak sahur apa kan? Korang mesti mahukan makanan menu sahur yang mudah, cepat dan paling penting mampu mengenyangkan korang sampailah waktu berbuka nanti kan.

Haa.. korang kena tengok list yang Min dah buat ni untuk korang! Makanan yang bukan sahaja mengenyangkan malah mudah, cepat bagi mereka yang mudah lapar dan gastrik ketika berpuasa pada bulan mulia ini.

1. Pasta

Pasta Ni Ada Banyak Jenis Tau Korang Boleh CubaPhoto from Sumber Gambar: Canva

Selalunya kita mulakan sahur dengan makanan ruji kita iaitu Nasi, tetapi Min suggest untuk korang cuba tukar kepada Pasta pula. Pasta diperbuat daripada campuran air dan tepung mudah je tau. Campuran ini menyebabkan Pasta mengandungi nutrisi seperti karbohidrat yang tinggi.

Menurut MedicalNewsToday, Karbohidrat merupakan salah satu daripada tiga makronutrien yang memberikan tenaga kepada badan kita selain daripada protein dan lemak. Fungsi utama dia pula adalah menyediakan tenaga kepada badan kita.

Sumber Gambar: CanvaPhoto from Sumber Gambar: Canva

Proses karbohidrat akan dipecahkan melalui proses pencernaan akan bertukar menjadi glukosa membekalkan bahan api kepada badan kita untuk melaksanakan fungsi-fungsi penting. Haa.. sebab itulah Min suggest untuk korang cuba Pasta!

Pasta pulak mengandungi 'simple carbs' yang mudah untuk badan kita mencerna serta memproses dengan cepat dan efektif, sekaligus memberikan kita bekalan tenaga untuk tahan lebih lama. Satu pinggan pasta mengandungi 174 kalori tau dan ia juga mengandungi kandungan protein yang cukup untuk satu hari.

Pasta Bolognese Memang Min Fav!Photo from Sumber Gambar: Canva

Banyak resipi mudah yang korang boleh cuba menggunakan Pasta, tidak semestinya Bolognese ataupun Carbonara je tau! Pasta goreng pun sedap untuk korang cuba.

2. Biskut

Siapa Sini Suka Biskut Cicah Susu? Kita Geng!Photo from Sumber Gambar: Biskut

Selain daripada Pasta, biskut juga sangat bagus untuk membantu korang yang cepat sangat lapar lagi-lagi waktu 'lunch break'. Biskut merupakan satu snek yang membekalkan tenaga kepada badan supaya korang tahan lapar dengan kadar lebih lama.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai makanan sampingan kepada menu sahur yang berat untuk membekalkan tenaga yang lebih pada badan. Biskut juga mempunyai kandungan protein serta lemak yang mencukupi untuk seorang dewasa mahupun kanak-kanak untuk kadar puasa satu hari.

Biskut Memang Sesuai Untuk Jadikan Snek!Photo from Sumber Gambar: Canva

Bukan itu sahaja tau, kalau korang makan biskut sebanyak 100g ia akan membekalkan sebanyak 353 kalori yang berbaloi kerana mudah dan cepat untuk korang makan. Terdapat pelbagai jenis biskut yang ada untuk korang cuba dan sebaiknya dipadankan dengan susu untuk meningkatkan selera ketika korang bersahur.

3. Oat

Oat Memang Sesuai Kalau Korang Tambah Buah-BuahanPhoto from Sumber Gambar: Canva

Oat merupakan menu makanan paling popular dan sering kali direkomen oleh pelbagai pakar nutrisi. Menurut Hello Doktor, oat adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran oat dan susu. Selain itu, oat merupakan antara makanan yang berkhasiat dan sangat sesuai untuk dijadikan menu ketika korang sahur.

Walaupun 100 gram oat hanya mengandungi 91 kalori, kerana kandungan serat yang tinggi akan memberikan korang tenaga yang diperlukan untuk tahan lapar dalam jangka masa yang lama tau!

Oats Senang Sangat Nak Buat Lagi-Lagi Waktu SahurPhoto from Sumber Gambar: Canva

Paling seronok yang Min suka tentang oat adalah terdapat pelbagai variasi dan cara untuk korang makan ataupun sediakan oat. Korang juga boleh campurkan oat bersama buah-buahan untuk meningkatkan lagi kandungan nutrisi fiber sekaligus menjadikan menu makanan lebih sihat. Wow!

Tetapi, Min kena pesan awal-awal dekat korang. Sebelum beli, pastikan korang memilih oat yang tidak mengandungi kandungan gula ataupun pilihlah kandungan yang mempunyai kandungan gula yang rendah untuk memastikan pilihan oat yang sihat dan tidak memudaratkan korang.

4. Mi

Pelbagai Resipi Yang Mudah Korang Boleh Cuba Dengan Mi TauPhoto from Sumber Gambar: Canva

Kalau korang bosan makan nasi ataupun pasta dan mahukan sedikit variasa ketika sahur, korang boleh cuba Mi untuk mengantikan makanan karbohidrat ketika sahur nanti. Korang tahu tak, senang je tau nak masak mi dan banyak variasi ataupun pilihan jenis mi yang korang boleh pilih untuk masak.

Bukan itu sahaja, korang makan mi sebanyak 100gram mengandungi 340 kalori tau lebih tinggi daripada nasi. Selain itu, kerana ia mudah dan cepat disediakan korang juga boleh campurkan dengan telur untuk meningkatkan lagi tenaga dan lambatkan proses untuk korang rasa lapar.

Sedapnya Dapat Mi Goreng!Photo from Sumber Gambar: Canva

Kalau korang dah takda idea untuk menu sahur, Min rekomen untuk korang buat mi goreng dengan telur! Memang sedap lagi-lagi waktu bersahur nanti.

 

 

5. Nasi

Nasi Putih Memang WinPhoto from Sumber Gambar: Nasi

Sebut sahaja Nasi confirm kita tidak boleh lupakan makanan asas ruji kita betul tak? Tidak dapat dinafikan nasi memang antara pilihan yang sering kali kita dengar dan makan ketika bersahur kerana pelbagai nutrisi yang terdapat dalam nasi yang mudah untuk badan kita proses tanpa menyebabkan kerumitan.

Bukan itu sahaja, Nasi juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan sepinggan nasi mempunyai sebanyak 272 kalori tau! Memang banyak dan mengenyangkan.

Nasi Goreng Sangat Mudah Untuk Korang Buat Time SahurPhoto from Sumber Gambar: Canva

Tapi, korang kena pastikan korang tidak makan Nasi secara berlebihan kerana pengambilan jumlah nasi yang banyak tidak semestinya membantu korang untuk tahan lapar lebih lama. Sebaliknya, pastikan jumlah pengambilan nasi korang berada pada tahap yang optimum ataupun yang telah disyorkan oleh pakar kesihatan.

Nasi juga antara makanan yang serba-boleh. Korang boleh padankan dengan pelbagai lauk untuk membekalkan korang segala nutrisi penting untuk tahan lapar lebih lama.

Haa.. Min dah share dekat korang 5 jenis makanan yang bukan sahaja sedap untuk korang cuba tapi sesuai untuk dijadikan menu ketika korang bersahur nanti untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan tidak cepat lapar.

Nasi Goreng Dengan Telur Memang Boleh Kenyang Sampai Hari EsokPhoto from Sumber Gambar: Canva

Bukan itu sahaja, makanan ini semua adalah makanan yang cepat dan mudah untuk korang sediakan terutama mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak. Selamat mencuba!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok