Tenggelamnya Kapal Portugis Bersama Khazanah Kota Melaka
Bayangkan korang tengah berjalan dan terjumpa sebuah harta karun terdampar tepi pantai. Lalu korang membukanya dan mendapati dalamnya berisi penuh dengan jongkong emas, barang kemas dan pelbagai regalia yang nilainya mencecah jutaan ringgit. Pasti korang tersenyum kan?
Harta karun bukanlah cerita dongeng sering kita lihat dalam filem. Ia merupakan hadiah lumayan bagi pemburu-pemburu harta karun yang giat mencari seribu satu harta yang tersesat dalam dunia ini.
Antaranya seperti Kerajaan Colombia yang berjaya menjumpai bangkai kapal milik Empayar Sepanyol di perairan negara pada tahun 2015. Mereka memaklumkan bahwa dalam kapal tersebut berisi emas serta barangan berharga dengan anggaran USD 17 Billion (RM68 Billion).
Kapal kelas Galleon diberi nama San Jose ditemui berhampiran Pelabuhan Cartagena di sempadan Colombia. Namun bukan semua kisah harta karun habis dengan kisah gembira seperti ini masih ada satu harta yang satu dunia berusaha untuk mencarinya tetapi tak dapat dijumpai.
Photo from historic clothing
Harta ini berkait rapat dengan sejarah kita dan ada mengatakan ianya sebuah lagenda. Korang pernah dengar kisah tenggelamnya kapal Flor de la Mar?
Bunga di Lautan, Flor de la Mar
Photo from Heritage Daily
Kapal yang mempunyai nama sungguh romantis ini merupakan sebuah kapal Portugis seberat 400 tan. Ia merupakan salah satu kapal perang dihantar untuk menawan kota Melaka pada tahun 1511.
Ia dibina di Lisbon pada tahun 1502 dan pada waktu itu, Flor de la Mar ialah yang paling besar serta cantik dalam koleksi Portugis. Dia memulakan pelayaran pertamanya ke India pada tahun 1502 di bawah perintah Estevao da Gama dan kembali semula ke Portugis membawa bekalan rempah ratus.
Bukan terhad kepada perdangangan sahaja. Tahun 1507 dia telah mengambil bahagian untuk menakluk Ormuz (Iran). Kemudian tahun berikutnya dia mengambil bahagian dalam pertempuran Diu di India dan mengambil bahagian dalam penaklukan Portugis ke Goa di 1510.
Photo from Iluminasi
Akhir sekali pada tahun 1511. Portugis memberi fokus kepada kota Melaka yang pada waktu itu sangat terkenal serta merupakan antara bandar terkaya dalam dunia. Penaklukan itu diketuai oleh Afonso de Albuquerque merupakan Gabenor Portugis di India pada waktu itu.
Portugal Mula Belayar Kembangkan Empayar
Photo from World History Encyclopedia
Sekitar tahun 1400-an, Portugal mencari laluan perdagangan baru di laut. Mereka inginkan pasaran rempah dari Asia tetapi tidak mahu bergantung kepada jalan darat yang dikuasai oleh Venice. Lalu, mereka ambil keputusan untuk cari laluan laut ke China.
Vasco de Gama berjaya belayar mengelilingi hujung selatan Afrika pada tahun 1400-an dengan bantuan navigasi ahli Islam. Dengan penemuan baru ini, Portugis berjaya menjadi sebuah kuasa besar di Lautan Hindi dan berusaha untuk menguasai pasaran rempah Asia.
Photo from Clear and Present Danger
Kemudian, mereka mewujudkan pangkalan di India seperti bandar Goa dan Calicut. Selesai disitu mereka melihat sasaran seterusnya iaitu Melaka dan mengambil keputusan untuk menakluk pelbauhan penting di kawasan itu untuk kawal perdagangan dengan China pada tahun 1511.
Ditolak Mentah-Mentah Oleh Sultan Mahmud Shah
Photo from History Today
Portugis datang secara aman damai dengan harapan untuk jalinkan hubungan mesra dengan Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka). Namun, Sultan diberi amaran oleh orang islam Tamil setelah melihat kekejaman mereka di India.
Disebabkan itu Sultan Mamud menolak segala usaha untuk adakan hubungan dagangan bersama mereka. Malu dan berang ditolak mentah, 25 Julai 1511 Alfonso dengan kekuatan 1200 orang, 17 kapal memulakan serangan ke atas kota Melaka.
Tawanan sengit ini melihat Melaka mampu bertahan dan menolak percubaan serangan Portugis. Malang sekali akibat pergolakan dan tali barut menybebakan pada 24 Ogos 1511, kota hebat ini berjaya ditawan.
Kerana Tamak Haloba, Tenggelamnya Kapal Bersama Harta
Photo from 21st Century Asian Arms Race
Setelah berjaya Alfonso tak lepaskan peluang untuk mencuri segala kekayaan kota Melaka dan Istana Sultan. Terlalu banyak harta berjaya mereka dapat dan mengambil keputusan untuk membawa semula harta rampas perang balik ke negara mereka.
Alfonso cadangkan untuk guna Flor de la Mar kerana saiznya besar. Hanya dia sahaja boleh mengangkut segala harta yang dikumpulkan dalam operasi penaklukan Melaka balik semula ke Portugal.
Akibat degil dan tamak. Alfonso menghiraukan reka bentuk kapal yang tidak boleh berlayar dengan muatan penuh serta jangka hayatnya yang tua. Flor de la Mar ketika itu telah digunakan selama 9 tahun (1502 - 1511) berbanding sepatutnya 3-4 tahun sahaja.
Photo from The Patriots
Belayarlah Flor de la Mar dari Melaka ke Goa dan apabila mereka di Selat Melaka. Secara tiba-tiba diserang oleh taufan dahsyat dengan ombak gelora menyebabkan kapal tidak dapat bertahan lama mengharungi ribut ini.
Pada malam 20 November 1511 berdekatan Sumatra di Selat Melaka. Kapal ini mengaku kalah dan tenggelam ke dalam laut.
22 Peti Wang Emas, Perak, Mutiara & Banyak Lagi
Akibat taufan tersebut, Flora mengalami kerosakan dan tenggelam sepenuhnya bersama harta dalamnya. Afonso dan anaknya berjaya selamatkan diri daripada nahas tersebut. Menurut Utusan Malaysia, harta didalamnya mengandungi,
22 peti wang emas, perak mutiara, berlian, batu permata. Bukan itu sahaja dua patung monyet emas bertatahkan batu permata yang diberikan dari Kerajaan Thai kepada kesultanan Melaka turut karam bersamanya.
Photo from Kompas
Afonso mengambil masa tiga hari untuk angkut semua harta ke dalam kapal termasuk dua kapal lain. Selain itu, tanda penghormatan Raja Siam untuk diberikan Raja Portugis serta kekayaan peribadi Afonso turut ada didalam muatan tersebut.
Usaha Untuk Mencari Harta Yang Hilang
Photo from AREAS GREY
Walaubagaimanapun terdapat banyak percubaan untuk mencari semula bangkai kapal ini. Ramai pakar mengatakan kargo kapal ini mengandungi harta paling kaya dalam dunia masih gagal ditemui sehingga hari ini.
Antara usaha untuk mencarinya seperti berikut:
- Satu kumpulan dari Australia, Amerika dan Indonesia menubuhkan South East Asia Salvage (SEAS) untuk mencari bangkai kapal pada tahun 1989 dan 1990. Usaha mereka ternyata gagal dan dibubarkan pada tahun 1992.
- 1992, Bob Marx dari Amerika dikatakan berjaya jumpa serpihan kapal di sekitar Selat Melaka. Namun tetap tiada bukti lanjut dan gagal juga.
- Presien Indonesia, Soeharto pernah belanja sebanyak USD20 Juta untuk mencari harta ini di perairan Indonesia. Hasilnya tetap sama gagal
Pada tahun 2014. Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan Flor de la Mar, Tan Sri Rahim Tamby Chik mengusulkan cadangan kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Portugal untuk cari semula bangkai kapal tersebut. Namun masih tiada apa-apa.
Persoalannya di sini apa korang buat kalau korang sendiri terjumpa harta karun ini? Atau korang ingin adakan ekspedisi untuk menjejak semula ke mana pergi bangkai kapal serta muatan kargonya.
Photo from Mix 96
Jika berjaya didapatkan semula nescaya kita mungkin dapat kembalikan semula ke bandar Melaka ke zaman kegemilangannya.
Mungkin korang suka: