download Jom Explore app
Juadah Berbuka Dinikmati Umat Islam Di Merata Dunia

Juadah Berbuka Dinikmati Umat Islam Di Merata Dunia

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 22 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Apa makanan kegemaran yang wajib korang nikmati untuk juadah berbuka? Memandangkan negara kita memang takkan kering sumber makanan menyelerakan pasti setiap orang mempunyai makanan khas untuk berbuka.

Bagaimana dengan negara islam yang lain pula? Mereka akan menikmati hidangan apa untuk berbuka? Adakah sama seperti kita atau lain kerana faktor geografi dan budaya. Menariknya hampir setiap negara mempunyai hidangan uniik.

Ini terhasil kerana dunia kulinari sangat luas. Setiap budaya mempunyai profil rasa mereka dan pada waktu ini kita dapat melihat perbezaan makanan digemari oleh saudara islam di satu dunia.

Kalau di negara kita cukup terkenal dengan bazar ramadan kan?Photo from The Star

Jom tengok apa yang mereka hidang untuk juadah berbuka.

Mesir

Ini rupa Medames!Photo from The Washington Post

Kebanyakkan keluarga di Mesir akan menikmati Foul Medames untuk hidangan berbuka. Ia dimakan bersama roti perang dan dimasak daripada campuran kacang, minyak sayur, bawang merah serta putih.

Selain itu, minuman wajib iaah Qamar al Deen. Ia diperbuat daripada aprikot kering yang cukup popular dengan merendam sepanjang hari untuk menghasilkan minuman menyelerakan.

Nampa segar betul minuman Qamaar al Deen iniPhoto from The Kitchn

Manakala, untuk menu berat terdapat beberapa pilihan seperti Baklawa, Katayif.

Iran

Tak sangka orang iran pun makan naan?Photo from Pinterest

Kombinasi popular ialah teh manis dan naan paneer menjadi pilihan utama orang Iran untuk berbuka. Selain itu, mereka juga turut menikmati semangkuk sup diperbuat daripada nasi dan kacang lenting dikenali sebagai Ash Rashteh.

Masakan yang hanya muncul di bulan mulia seperti beranj dan firni dihasilkan dari susu serta nasi. Tambahan pula, Fesenjan ialah antara menu tradisional masyarakat orang Iran dimasak daripada ayam atau itik.

Macam sedap pulak tengok Fesenjan ni, kena cuba!Photo from Pinterest

Dihidangkan bersama nasi putih atau kuning untuk melengkapnya.

Sri Lanka

Contoh Kanji (Congee) dinikmati oleh orang Sri LankaPhoto from Nestle Family Club

Negara ini turut mempunyai populasi umat islam. Muslim di sini berbuka dengan pilihan seperti buah-buahan, serbet dan kanji. Pes diperbuat daripada campuran beras, bawang putih,  santan dan rempah biji sawi, halba serta daun kari.

Hidangan bernama Kanji dihidangkan bersama sambal diperbuat daripada kelapa, cili serta pudina. Seterusnya, mereka juga akan menghasilkan 'adik roti' khas pada bulan ini terdiri daripada beberapa lapis pancake, kari dibalut dengan pastri.

Tengok sahaja dah tahu sedap mesti dipenuhi rempahPhoto from Yari

Akhirnya dibakar.

Tunisia

Negara Tunisia pun lawa tetapi tak ramai tahu tauPhoto from Trip Savvy

Lokasi di utara Afrika berdekatan dengan negara timur tengah menyebabkan makanan Tunisia cukup menarik juga. Mereka akan berbuka dengan isharira sebuah sup terbuat dari lentil, bunci, nasi dan daging.

Ia dikenali sebagai harira turut popular di MoroccoPhoto from Reddit

Selain itu ada beberapa hidangan utama turut dinikmati. Antaranya seperti kuskusy, pai goreng daging cincang dan peterseli disebut sebagai bouriek.

Zanzibar

Contoh makanan di Zanzibar untuk dinikmatiPhoto from Travelwings Journal

Makanan di negara ini cukup menarik kerana dipengaruhi oleh 3 budaya cukup berbeza. Hidangan berbuka puasa mereka dipengaruhi budaya Afrika, Asia, Arab, contohnya pengaruh Asia seperti samosa, bhajiya, kacang dan kebab.

Pengaruh Afrika pula seperti kari jagung dalam santan, singkong dengan santan dipenuhi sayur, daging atau ikan. Tambahan pula, hidangan khas negara ini ialah sup diberi nama Uji.

Contoh pengaruh luar seperti Samosa turut popular di negara ituPhoto from Olives & Lucinda

Sup yang dibuat dari bijirin dan santan. Kemudian mereka suka menikmatinya di tepi pantai menikmati suasana tenang.

Emiriah Arab Bersatu

Kek madu yang diminati ramai di UAEPhoto from Pinterest

Selalunya orang di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) gemar menikmati kuih madu. Kuih ini diperbuat daripada tujuh lapisan doh berbentuk bulat disusun bersama, disalut dengan krim.

Ia kemudian ditabur dengan serbuk diperbuat daripada madu dan pelbagai bahan semula jadi. Bukan itu sahaja, nasi briyani, pasta, salad juga wajib ada ketika berbuka puasa untuk melengkapkan meja makan.

Nasi briyani bukan sahaja popular di timur tengah, di negara kita punPhoto from Pinterest

Akhir sekali, hidangan tradisional seperti fereed iaitu roti nipis dimakan bersama kari. Dan jangan lupa pencuci mulut dipanggil luqmat al kadey.

Menariknya Lihat Umat Islam Berbuka Apa

Antara keseronokan di bulan mulia ialah melihat makanan disajikan ketika berbuka. Kalau di negara kita, nasi menjadi pilihan utama bersama beberapa pilihan lauk untuk menikmati hidangan lengkap.

Di negara lain tidak semestinya sama macam kita. Namun, yang sama ialah menikmati kemanisan bulan mulia, korang nak cuba juadah berbuka di negara mana? Cuba share dengan min!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok