Nasi Lemak Tanglin Masih Popular Walaupun Berusia 76 Tahun
Nasi Lemak adalah salah satu makanan yang dapat menghubungkan kita semua melalui kenikmatan rasanya yang sangat menyelerakan. Kalau tanya setiap sorang mereka pasti ada kedai kegemaran mereka sendiri. Namun, majoriti orang Malaysia tak menafikan Nasi Lemak Tanglin menghidangkan yang paling sedap dalam negara.
Makanan dalam negara kita memang patut diraikan kerana pelbagai profil rasa yang kompleks dapat dihasilkan. Antaranya sudah semestinya Nasi Lemak yang cukup popular dalam negara sehingga menarik perhatian pelancong luar.
Sukar untuk mengambarkan perasaan nikmat menikmati nasi lemak panas di waktu pagi mahupun malam bersama pilihan lauk kegemaran kita. Disebabkan itu tidak terkejut kenapa kedai ini masih beroperasi dengan jumlah pelanggan setia semakin meningkat.
Tanglin memberikan rasa nostalgia kepada semua pelanggannya. Walaupun persaingan antara penjual nasi lemak sentiasa sengit, pelanggan di sini masih setia untuk menunggu giliran memilih lauk kegemaran mereka.
Photo from IG | nasilemaktanglin1948
Panjang macam mana barisan itu pelanggan di sini takkan putus untuk mendapatkan rasa sepinggan.
Sudah Wujud Sebelum Munculnya Malaysia
Photo from IG | nasilemaktanglin1948
Mungkin tak ramai orang tahu bahawa kedai ini sudah beroperasi sejak tahun 1948. 9 tahun sebelum negara kita berjaya mencapai status kemerdekaan Tanglin sudah beroperasi di Jalan Cenderasari.
Terletak di Medan Selera Tanglin jangan terkejut kalau kali pertama korang menyinggahnya melihat ramai orang beratur menunggu giliran. Kalau tanya dari pukul berapa rata-rata akan jawab sejak jam 7:30 pagi.
Kalau korang bernasib baik tak perlu beratur panjang kalau tak bernasib baik mungkin perlu beratur lama atau makanan sudah habis. Selalunya masuk jam 10:00 pagi pelanggan sudah mula perlahan sedikit.
Photo from TimeOut
Kemudian ia akan perlahan apabila masuk waktu tengah hari. Resipi yang diturunkan dari Suryati Jawirunnah kepada keluarganya menunjukkan kepakarannya dalam menghasilkan makanan yang sangat menyelerakan.
Nak Pilih Lauk Apa Sesuai Untuk Nasi Lemak Korang?
Photo from Emila Yusof
Selalunya korang akan pilih lauk apa untuk lengkapkan nasi lemak korang? Min akan wajib pilih ayam rendang atau sambal kerang kerana rasa tersebut bertambah bila makan bersama nasi rasa santan ini.
Tanglin pula tidak terkecuali daripada memberi banyak pilihan lauk kepada pelanggan mereka. Watak utama seperti sambal ayam, rendang ayam, sambal sotong, paru lembu dan pelbagai lagi tinggal untuk korang pilih sahaja.
Antara paling popular adalah sambal sotong yang dikatakan mempunyai kacang tanah didalamnya. Ini dapat memberikan sedikit rasa kacang ke dalam sambal cili menambah kompleksiti rasanya.
Photo from IG | nasilemaktanglin1948
Nasi yang dihidangkan pula tidak terlalu melekit bermaksud kurang kanji. Lauk-lauk yang korang pilih itu akan jadi kawan baik kepada nasi korang kerana dapat menyerap segala rasa untuk berikan setiap suapan dipenuhi rasa.
Ramai Pelanggan Masih Setia Bersama Tanglin
Photo from SETHLUI
Kalau taknak pilih lauk pun takpa, dapat nasi lemak bersama telur mata sudah cukup bagi sesetengah pelanggan. Mereka masih setia bersama kedai ini walaupun dahulunya terletak berdekatan Jalan Tanglin di bawah pokok besar.
Bagi mereka yang tidak pernah mencubanya rasanya amat berbeza dengan gerai-gerai korang biasa makan. Kompleksiti rasa sangat halus serta tajam dan jika campur dengan pelbagai lauk pun setiap satu masih mampu beri rasa cukup seimbang.
Untuk dapatkan rasa sebegini rupa memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang mendalam. Nescaya orang yang baru sahaja bermula dapat memberikan rasa sebegini melalui pelbagai bahan-bahan perlu diseimbangkan.
Kalau korang inginkan rasa nasi lemak yang dapat bawa korang kembali ke zaman 40-an, Tanglin adalah destinasi korang wajib menyinggah.
📍Kompleks Makan Tanglin, Gerai, No. 6, Jalan Cenderasari, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (7am - 12:30pm)