download Jom Explore app
Malaysia Mendapat Tempat-5 Negara Paling Gembira!

Malaysia Mendapat Tempat-5 Negara Paling Gembira!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 11 Mar 2024
Digital Editor

Orang Malaysia memang cukup terkenal dengan budi bahasa serta ramah mesra. Tak lupa jua dengan kepelbagaian makanan sedap tak terkejut kita dihadiahkan tempat ke-lima negara paling gembira berdasarkan survey.

Laporan yang dikeluarkan oleh Sapien Labs ialah laporan tahunan keempat berjudul "Mental State of the World". Tinjauan survey yang dijalankan dalam kalangan lebih 400,000 individu dalam 71 buah negara.

Metodologi kajian menggunakan Mental Health Quotient (MHQ) bagi menilai pelbagai aspek kesihatan mental. Kemudian, peserta akan dikategorikan berdasarkan markah mereka daripada berkembang maju sehingga tertekan.

Rupa-rupanya negara kita antara tertinggi dalam skala kegembiraanPhoto from Pinterest

Menariknya negara kita telah mencatatkan sebanyak 85% peratus. Peningkatan sebanyak 2.9% dari tahun 2022. Berikut ialah senarai negara paling gembira dan paling tidak gembira berdasarkan survey ini.

Gembira Sungguh Jadi Orang Malaysia!

Negara Dominican Republic terkenal dengan pantai yang menakjubkanPhoto from Pinterest

Negara gembira:

  1. Dominican Republik
  2. Sri Lanka
  3. Tanzania
  4. Panama
  5. Malaysia

Sri Lanka mendapat tempat ke-2Photo from Pinterest

Negara paling tidak gembira:

  1. Uzbekistan
  2. United Kingdom
  3. Afrika Selatan
  4. Brazil
  5. Tajikistan

Negara kita terkenal dengan kepelbagaian makanan sedap membuatkan orang kita sangat gembiraPhoto from Pinterest

Tujuan survey ini dijalankan ialah untuk menilai 47 aspek kesihatan mental dalam enam kategori berbeza. Ia terdiri daripada mood dan pandangan, diri sosial, pemacu dan motivasi, sambungan minda-badan, kognisi, kebolehsuaian dan daya tahan.

Tambahan maklumat seperti gaya hidup, dinamik dengan keluarga dan rakan dan trauma peribadi. Survey ini turut mendapati bahawa kesejahteraan mental kekal pada tahap rendah selepas pandemik.

Tiada sebarang pergerakan ke arah lebih baik berbanding pra-pandemik. Pada 2023, di peringkat global dan peringkat negara individu, markah MHQ sebahagian besar kekal tidak berubah berbanding tahun 2021 dan 2022 selepas penurunan mendadak ketika berlakunya pandemik.

Impak Sisi Pandemik Yang Kita Tak Dapat Lihat

Disebabkan pandemik kita sudah menerima konsep berkerja dari rumahPhoto from Pinterest

Kesan pandemik Covid-19 masih berkekalan dan telah mengubah cara kita hidup serta berkerja. Tuntasnya kita dapat lihat kita lebih selesa kerja jauh, komunikasi dalam talian, konsumpsi makanan berproses tinggi telah mendorong ke ruang kesejahteraan mental lebih miskin.

Sapien Labs turut menyimpulkan generasi muda terutama mereka berumur di 35 tahun ke bawah. Telah melihat kemerosotan paling teruk dalam kesejahteraan mental ketika pandemik Covid-19.

Manakala mereka berumur lebih 65 tahun kekal stabil. Akibat daripada wabak penyakit itu telah meningkatkan trend kesejahteraan mental lebih lemah yang dapat dilihat pada generasi muda di seluruh dunia.

Kesihatan mental diambil berat pasca pandemik Photo from Pinterest

Daripada survey ini kita dapat lihat. Bahwa kekayaan yang lebih besar dan pembangunan ekonomi tidak semestinya membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih besar. Justeru itu, kita perlu ambil berat tentang masalah kesihatan mental.

Pendapat Daripada Penduduk Tempatan

Orang Malaysia pula peramah dan berkongsi pelbagai budayaPhoto from Ling app

Berdasarkan survey ini kita dapat lihat kestabilan kesihatan mental penduduk tempatan. Namun, selain daripada survey kita juga patut ambil kira apa faktor yang membuatkan penduduk berpuas hati dalam negara.

Menurut beberapa netizen di laman sesawang Reddit. Mereka menjalankan tinjauan pendapat seramai 678 netizen respon. 204 daripada netizen tersebut memberi jawapan berpuas hati dengan keadaan semasa.

Kebanyakkan netizen mengeluarkan pendapat sama apabila menceritakan tentang kepuasan mereka. Faktor utama ialah tidak berlakunya bencana alam yang boleh menyebabkan kemusnahan kritikal.

Kedudukan geografi negara membuatkan kita terlindung daripada bencana alamPhoto from Asia Society

Walaupun kita sering hadap banjir, kita tidak perlu hadap letupan gunung berapi, gempa bumi serta ribut taufan. Selain itu, negara kita secara keseluruhan masih selamat dan aman daripada sebarang jenayah berat.

Contohnya, jarang sekali kita dengar berlakunya rompakan besar-besar atau tidak selamat untuk berjalan ke sana sini. Tambahan pula, infrastruktur serta pembangunan awam pun bertambah baik dalam lembah Klang.

Pembangunan negara kita pula semakin lama semakin majuPhoto from Tech Wire Asia

Kemajuan bandar Kuala Lumpur dapat terlihat dengan pelbagai pembangunan seni bina arkitek moden.

Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Hujan Emas Di Negeri Orang

Pulau Pinang ialah antara destinasi percutian utama untuk pelancong luar dan negaraPhoto from VOCKET

Selain itu, netizen turut mengeluarkan pendapat bahawa negara kita mempunyai banyak destinasi percutian menyeronokkan. Ada juga lokasi yang bertaraf dunia yang mampu menarik perhatian daripada pelancong luar.

Tak lupa jua memandangkan negara kita berbilang kaum. Nilai kebudayaan yang kaya raya membuatkan negara kita amat unik dan turut menghasilkan pelbagai jenis makanan sangat menyelerakan.

Walaubagaimanapun kita patut bangga dilahirkan dalam negara MalaysiaPhoto from Pinterest

Apa pendapat korang sebagai orang tempatan, adakah negara kita patut berada di kedudukan ke-lima atau lebih atas?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok